Categories
NASIONAL

Penduduk Tidak Puas Hati BN Cat Flat Tanpa Persetujuan

Cat BN

PETALING JAYA SELATAN, 6 FEB : Pemimpin Umno-BN dibidas kerana melaksanakan kerja-kerja mengecat Rumah Flat di Medan Maju Jaya tanpa persetujuan Jawatankuasa Penduduk di situ.

Adun Taman Medan Haniza Talha berkata, rumah flat itu pada awalnya sudah didaftarkan di bawah Skim Ceria Kerajaan Selangor untuk kerja-kerja pembaikan bumbung dan mengecat.

Ujarnya, penduduk di situ tidak berpuas hati dengan pemilihan warna yang digunakan kerana sebelum ini mereka sudah membuat keputusan berkenaan warna yang dipilih untuk mengecat itu.

“Pihak Umno-BN tidak bertanggungjawab dengan mengecat bangunan tanpa bertanya pandangan daripada pihak penduduk.

“Sepatutnya mereka bertanya kepada penduduk dahulu untuk memilih warna cat, itu caranya,” kata Haniza ketika ditemui.

Jelas Haniza, sikap Umno-BN ini menyerlahkan karektor parti itu yang tidak sudi mendengar pandangan daripada pihak rakyat.

“Kita akan berbincang lagi dengan penduduk untuk menambah cat lagi agar lebih ceria dan mempunyai identiti tersendiri,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.