Categories
SELANGOR

Jom Shopping Ingatkan Masyarakat Keprihatinan Kerajaan PR Selangor

jom shopping BTR 01

BANDAR TUN RAZAK, 18 MAC: Meskipun diasak hebat Kerajaan Persekutuan, namun program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) khususnya Jom Shopping mendapat tempat di hati warga emas.

Liputan TVSelangor ke program Jom Shopping Parlimen Bandar Tun Razak mendapati sambutan positif kumpulan warga emas yang terus mendapat manfaat daripada hasil kekayaan Selangor.

jom shopping BTR 02Bekas kakitangan kerajaan, Pen Wong, 67 berkata rakyat perlu memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat mentadbir negara.

Ini setelah melihat pelbagai program kebajikan yang dianjurkan oleh Selangor yang membantu semua tanpa mengira fahaman politik atau kaum.

Katanya, selepas hampir 56 tahun dibawah pemerintahan Umno-BN, kekdudukan orang miskin masih tidak berubah malah kerajaan lebih mengutamakan golongan berkepentingan sahaja.

“Kita rasa ini PKR (Kerajaan Negeri) banyak membantu orang miskin. Kita sangat suka parti ini.

“Kita sekarang pun pencen tapi tidak cukup. Kalau dapat bantu memang suka,” katanya.

Beliau turut menyanggah kredibiliti yang dimiliki parti MCA yang gagal membangunkan golongon Cina miskin.

“MCA tak tolong. Saya tidak sokong MCA, setiap kali tengok internet baca berita saya sangat benci sama (Datuk Seri) Chua Soi Lek. Dia tiada moral.

“Kita tidak nampak apa-apa perubahan. Orang Melayu, Cina dan India miskin. (Umno-BN) tolong kroni sahaja,” jelasnya lagi.

jom shopping BTR 03Keprihatinan Kerajaan Selangor ini turut disokong oleh Rabiah Ahmad, 65, yang berkata bantuan tersebut dapat menolong perbelanjaannya.

“Mak cik tinggal dengan anak. Sebulan belanja dalam lingkungan RM 300 lebih. Sudah hampir empat tahun duduk bersama anak. Alhamdulillah kami gembira dengan skim bantuan ini.?

Manakala Yong Chee Loke, 67, pula berkata baucer Jom Shopping itu dapat menolong warga emas sepertinya yang hidup seorang diri.

“Saya sangat gembira dengan bantuan ini. Sehari belanja seorang diri untuk makan dekat RM30. Seronok dapat membeli barang keperluan”

Program Jom Shopping, Parlimen Bandar Tun Razak dihadiri oleh Ahli Parlimennya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menyerahkan sendiri baucar pembelian bernilai RM 100 kepada 60 warga emas.

Dalam program yang berlainan sebelum itu, Abdul Khalid meluangkan masa hampir satu jam beramah mesra bersama pengunjung yang bersarapan pagi di Pusat Penjaja Jalan Jujur 3.

Beliau menyerahkan beg berisi risalah Kerajaan Selangor selain meninjau kawasan tempat letak kereta pusat membeli belah Giant Taman Connaught.

Leave a Reply

Your email address will not be published.