Categories
NASIONAL

PR Tekad Teruskan Perjuangan PI Bala

PI bala ziarah PKR 01

RAWANG, 16 MAC: Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) berikrar akan meneruskan perjuangan mendiang penyiasat persendirian P Balasubramaniam (PI Bala) demi mencari kebenaran berhubung kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaaribu.

Meskipun pemergian PI Bala mengejutkan pelbagai pihak, namun beliau disifatkan sebagai pejuang yang berani demi menegakkan kebenaran di dalam kes berprofail tinggi itu.

Ini dikatakan oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang menziarahi keluarga mendiang Balasubramaniam di Taman Pelangi, Rawang,
bagi memberi penghormatan terakhir kepadannya.

Antara yang hadir adalah Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Selayang, William Leong, Adun Rawang, Gan Pei Nei dan Naib Ketua Wanita PKR, Norsham Abu Samah.

Isteri mendiang, Sentamil Selvi melaungkan ‘Demi Rakyat’ sejurus ketibaan isteri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.PI bala ziarah PKR 02“Apabila saya bertemu dengan isteri beliau perkataan pertama yang diungkapkan adalah ‘Demi Rakyat’.

“Dua perkataan yang sungguh mendalam untuk rakyat dan negara. Kita akan teruskan perjuangan demi keadilan mereka semua,” katanya

Sementara itu, William meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat sebenar berhubung kes ini supaya tampil agar keadilan sepenuhnya dapat ditegakkan.

“Yang penting apa telah dimulakan itu untuk mencari kebenaran siapa yang telah membunuh Altantuya mesti dilakukan dan tidak berhenti sehingga mereka yang terlibat diheret ke mahkamah untuk memberikan keadilan.

“Dengan terang dan nyata yang telah dihukum bersalah untuk pembunuhan Altantuya hanya mengikut arahan.

“Maknanya ‘mastermind’ belum ditangkap, saya percaya ada yang berani untuk mmberikan keadilan,” ujarnya lagi.

Adun Rawang, Gan Pei Nei menghargai usaha yang dilakukan mendiang PI Bala sebelum menghembuskan nafas terakhir apabila mengambil keputusan untuk menghadiri siri ceramah sekembalinya semula ke Malaysia.

“Ini adalah keputusan yang dibuat beliau bersama dengan siri ceramah untuk menceritakan perkara ini kepada rakyat.

‘Kita akan teruskan perjuangan ini. Kita akan memberikan bantuan yang diperlukan kepada keluarga,” katanya lagi.

Mendiang PI Bala meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak iaitu Kishen, 16 Menaka, 14 dan Rishi, 9.

Beliau yang baru pulang dari persembunyian di India terlibat dalam kempen bersama PR bagi mendedahkan apa yang berlaku di sebalik pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006 yang lalu.

Beliau memainkan peranan dalam dua akuan bersumpah berhubung kes pembunuhan Altantuyaa, yang mengkaitkan pemimpin tertinggi negara.

Malaysiakini melaporkan bahawa beliau dimasukkan ke hospital apabila jantungnya berhenti berdenyut selepas terlibat dalam beberapa siri kempen bersama PR Balasubramaniam

Portal berita tersebut melaporkan bahawa Balasubramaniam mendaftar keluar dari Pusat Perubatan Sime Darby pada Selalu lalu tetapi mengalami kesukaran bernafas ketika makan tengah hari di restoran dekat rumahnya di Rawang kira-kira jam 2.30pm.

Balasubramaniam kemudian bergegas ke klinik untuk bantuan tetapi meninggal dunia sebelum ambulans daripada Hospital Sungai Buloh tiba.

Menurut peguam yang juga Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa, Mendiang PI Bala sepatutnya membuat pembedahan pintasan jantung dalam tempoh dua minggu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.