Categories
SELANGOR

Kanak-kanak DUN Selat Klang Terima Bantuan pra-sekolah Tunas

halimah tunas selat klang 01

KLANG 13 APRIL : Seramai 94 orang kanak-kanak tadika daripada kawasan Dun Selat Kelang menerima bantuan Skim Tunas hari ini yang disampaikan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali.

Setiap daripada mereka menerima bantuan RM 50 sebulan bermula awal tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhan sehingga April yang diterima setiap mereka ialah RM 200 seorang.

Halimah yang juga Adun Selat Kelang berkata, inisiatif tersebut merupakan antara usaha awal Kerajaan Negeri memupuk budaya ilmu di kalangan halimah tunas selat klang 02rakyat Selangor.

“Ini juga sebagai kaedah kita membantu golongan ibu bapa yang tidak berkemampuan untuk sama-sama menghantar anak-anak mendapatkan pendidikan awal pra sekolah, supaya tiada yang keciciran, supaya dapat keluar dari kepompong kemiskinan.

“Konsep kita juga dalam konsep menuntut ilmu ini ialah galakan untuk terus ‘develop’ diri dan pembelajaran daripada buaian sampai liang lahad, inilah usaha kita,” jelas Halimah.

Sehingga hujung tahun lalu, Skim Tunas yang mula dilancar pada Julai 2012 berjaya menarik penyertaan seramai 1,903 kanak-kanak daripada 217 buah tadika yang melibatkan peruntukan berjumlah RM 210, 475.

halimah tunas selat klang 03Bagi tahun ini, penyertaan yang direkodkan sehingga hujung Mac lalu adalah seramai 2,420 kanak-kanak daripada 406 buah tadika dengan peruntukan berjumlah RM 430,220.

Terdahulu, Halimah turut menyempurnakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang DUN Selat Kelang yang diadakan di Dewan Telok Gadong pagi tadi.

Seramai 52 pelajar menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan empat orang daripadanya mendapat keputusan 11A.

Leave a Reply

Your email address will not be published.