Categories
NASIONAL

Abdul Khalid Rakam Penghargaan Kepada Jentera PR Pelabuhan Klang

MB Bengkel 02

SHAH ALAM 1 JUN : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan isteri Puan Sri Salbiah Tunut merakamkan ucapan terima kasih kepada petugas dan jentera Pakatan Rakyat (PR) bagi DUN Pelabuhan Klang.

Bertempat di kediaman rasmi Menteri Besar di sini, Abdul Khalid dan isteri mengambil kesempatan secara peribadi bertemu dan berbual mesra dengan jentera yang berkerja keras sewakatu Pilihan Raya UmumKe 13 yang lalu.

Abdul Khalid berkesempatan menandatangani bukunya, “Fearless : From Kampung Boy To CEO” yang diberikan kepada tetamu di samping menghiburkan mereka dengan lagu Biarlah Bulan Bicara Sendiri.

Sementara itu, Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin menjelaskan jentera PR DUN Pelabuhan Klang patut berasa bangga kerana hasil kerja keras mereka telah memenangkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan seterusnya mengekalkan beliau sebagai Menteri Besar Selangor buat kali kedua.

Faekah berkata, hasil kesungguhan semua pihak terlibat di dalam PR menerusi parti gabungan, PKR, PAS dan DAP di sepanjang empat tahun menyebabkan PR kekal di DUN Pelabuhan Klang dan seterusnya mentadbir Selangor.

“Perancangan kita mendapat restu daripada Allah akhirnya Menteri Besar kita dilantik untuk penggal kedua.

“Saya rasa hasrat kita tidak akan tercapai jika N46 (Pelabuhan Klang) tidak dapat kita kekalkan. Tuan-tuan sebenarnya tmelantik Menteri Besar dari DUN N46,” katanya.

Beliau berkata, PR akan terus bekerja ke arah menunaikan semua janji di dalam manifesto yang dinyatakan dalam PRU13 lalu.

“Kita telahpun membuat garis kerja jangka pendek dan panjang untuk melaksanakan satu persatu daripada manifesto yang kita gariskan,” ujarnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.