Categories
SELANGOR

Rodziah : Lebih 18,000 Wanita Sertai Mammogram Percuma mamogram

periksa kesihatan 01

SHAH ALAM 8 JULAI : Seramai 18,545 orang wanita dari seluruh Selangor telah menjalani pemeriksaan kanser payudara atau mammogram percuma sejak 2010 hingga April tahun ini.

Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata, program tersebut adalah Skim Kesihatan Wanita (SKW) yang ditawarkan kepada semua wanita di negeri ini berumur 35 tahun ke atas bagi mengesan penyakit kanser berkenaan.

Menurutnya, ia turut mensasarkan wanita berumur kurang 35 tahun yang menghadapi risiko penyakit kanser yang tinggi atau keluarga yang mempunyai sejarah mengidap penyakit tersebut.

“Kerajaan Negeri melancarkan SKW di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dengan peruntukan RM 1 juta setiap tahun bertujuan membantu wanita mendapat pemeriksaan secara percuma.

“Kita mensasarkan 10,000 wanita mendapat kemudahan tersebut dalam setahun,” katanya ketika menjawab pertanyaaan Adun Permatang, Sulaiman Abdul Razak dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini hari ini.

Wanita yang layak akan mendapat pengangkutan khas percuma ke lokasi di mana mereka akan diberi penerangan mengenai kesihatan penjagaan dan menjalani pemeriksaan percuma kanser.

Mereka juga akan diajar bagaimana hendak menjalankan pemeriksaan tersebut sendiri di rumah.

Katanya, hasil pemeriksaan akan segera dimaklumkan kepada wanita yang telah menjalani pemeriksaan tersebut.

“Wanita yang didiagnosis menghidap kanser akan dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan susulan di hospital sama ada kerajaan atau swasta,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.