Categories
NASIONAL

Kritikan N Surendran bukan bermaksud ancam kedudukan Bumiputera

niknazmi-&-surendran

SHAH ALAM 17 SEPTEMBER :  Kenyataan Naib Presiden PKR, N Surendran berhubung kritikannya terhadap Program ‘Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera’ bukan bermaksud untuk menidakkan keperluan memperkasakan masyarakat Bumiputera dan institusi seperti MARA dan TEKUN, tegas Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) berkata, apa yang dipertikaikan oleh N Surendran ialah pendekatan dan rekod UMNO-BN yang gagal dalam memperkasakan Bumiputera selama ini.

Nik Nazmi merujuk komen Menteri Belia dan Sukan serta Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, di Utusan Malaysia pada 15 September yang mendakwa tidak mustahil PKR akan menghapuskan agensi-agensi yang mendahulukan Bumiputera sekiranya memerintah negara ini.

Nik Nazmi berkata, Khairy dan rakan dalam Umno gagal memahami rakyat boleh menyokong pemerkasaan ekonomi Bumiputera namun kritis terhadap bagaimana Kerajaan ini ? malah mana-mana kerajaan pun ? melaksanakannya agenda itu.

“Sewajarnya juga rakyat mampu untuk menggesa kerajaan membantu semua yang rakyat miskin dan terpinggir tanpa mengira kaum, dan tidak dilabel sebagai penghasut mahupun pengkhianat,” katanya.

Tambah Nik Nazmi, komen Khairy itu menggambarkan corak lebih besar di kalangan elit Umno-BN yang menganggap diri mereka kebal dari sebarang kritikan.

“Malang sekali cubaan Khairy bertopengkan Perlembagaan Persekutuan bagi menjustifikasikan pendekatan kerajaan yang kontroversi terhadap pemerkasaan Bumiputera yang nampak hanya memberi manfaat kepada sekelompok kecil,” kata beliau.

Nik Nazmi berkata, Najib Razak sendiri mengakui bahawa masyarakat Bumiputera masih mempunyai banyak cabaran sebelum mereka dapat berdikari dari segi ekonomi.

“Najib juga menyebut bahawa ini untuk ?membalas budi? sokongan Bumiputera terhadap BN pada pilihan raya yang lepas ? gambaran yang jelas kejahilan beliau terhadap kerajaan berperlembagaan dan demokrasi.

“Yang mengundang ketidakpuashatian semua rakyat tidak mengira kaum ialah negara terus terperangkap takuk lama kerana kegagalan kerajaan,” kata Nik Nazmi dalam kenyataan medianya.

Jelas Nik Nazmi, ketika negara menyambut Hari Malaysia ke-50, Umno terus menerus memecah-belahkan masyarakat dan menimbulkan persengkataan antara kaum dan agama.

“Adalah merisaukan bahawa rakyat terpaksa menerima seorang Menteri Belia dan Sukan yang kononnya ?terbuka? dan ?sederhana?, tetapi nampaknya tidak memahami Perlembagaan meskipun menuduh pihak lain jahil.

“Ini mengingatkan kita kepada zaman Khairy menghunus keris dahulu,” kata Nik Nazmi.

Tambah Nik Nazmi, pada 2007, Anwar Ibrahim mencipta sejarah dan menggerakkan wacana negara ke hadapan apabila beliau mengumumkan Agenda Ekonomi Malaysia.

Visi berani untuk Malaysia ini menggabungkan dasar yang mengiktiraf kebolehan dan tindakan afirmatif tanpa mengira kaum sebagai langkah untuk menjadi negara maju.

“Najib cuba meniru idea tersebut dengan pengumuman 1Malaysia dan Model Ekonomi Barunya, namun kedua-duanya terbukti hanyalah kata kosong yang gagal menyatukan rakyat dan membawa kemakmuran untuk semua.

“Adakah Khairy berani berdebat ? dasar mana yang lebih baik ? dasar berasaskan kaum atau tindakan afirmatif tanpa mengira kaum,? ” soal Nik Nazmi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.