Categories
NASIONAL SELANGOR

MB sedia jumpa peniaga Jalan Teratai

MB

KLANG, 14 SEPT : Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam menyatakan kesediannya untuk berjumpa dengan peniaga di Jalan Teratai, Meru, di sini bagi menyelesaikan masalah penempatan gerai yang dihadapi peniaga terbabit.

Beliau yang juga Menteri Besar itu berhasrat untuk berjumpa dengan para peniaga sejurus selepas Belanjawan Negeri Selangor 2014 dibentangkan pada November nanti.

“Saya tiada masalah untuk turun padang berjumpa dengan mereka (peniaga) selepas Belanjawan Negeri dibentangkan pada November nanti.

“Kita akan terangkan apa yang boleh kita berikan untuk membantu mereka menyelesaikan masalah ini,” katanya ketika ditemui selepas sesi Dialog Manifesto Kerajaan Negeri bersama rakyat di Dewan Hamzah, di sini.

Sebelum ini, Majlis Perbandaran Klang (MPK) bertindak merobohkan gerai-gerai di Jalan Teratai yang dibina secara haram selepas mendapat aduan daripada pemilik tanah berkenaan.

MPK juga berhasrat untuk mengadakan operasi fasa kedua ke atas rumah-rumah milik penduduk tempatan yang diubahsuai secara haram untuk dijadikan kedai dan disewa kepada warga asing.

Leave a Reply

Your email address will not be published.