Categories
SELANGOR

Guru KAFA bakal nikmati elaun RM1,500

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 29 NOV: Guru-guru (Kelas Agama Fardhu Ain) KAFA di Selangor bakal menikmati kenaikan elaun baru dari RM1,300 kepada RM1,500 bermula pada tahun hadapan.

Halimah Ali Majlis Pengistiharan Keputusan SM  Agama 2012 01Exco Pendidikan , Dr Halimah Ali (PAS-Selat Klang) berkata, pelaksanaan kenaikan itu sebagai salah satu rancangan Kerajaan Negeri memastikan pendapatan guru KAFA di negeri itu melepasi garis kemiskinan di bawah RM1,500 sebulan seperti mana dinyatakan dalam Manifesto Pilihan Raya Pakatan Rakyat Selangor sebelum ini.

“Memang dalam manifesto kita ada disebut menaikan elaun guru KAFA kepada RM1,500 dan ini sudah dalam proses,” kata Dr Halimah ketika ditemui Selangor Kini di lobi Dewan Negeri Selangor (DNS) semalam.

Dr Halimah berkata, kajian yang dijalankan itu turut melibatkan penambahan masa berkerja guru KAFA dari tiga setengah jam pada masa ini kepada jangka masa yang lebih munasabah.

“Kaedah Kerajaan Selangor sekarang ini, dasar paras kemiskinan RM1,500 adalah kerja sehari tetapi guru KAFA buat masa sekarang kerja tiga setengah jam sehari.

“Jadi kita nak selaraskan supaya guru-guru KAFA layak dan adil kepada pekerja lain yang berkerja selama lapan jam sehari,” ujar beliau lagi.

Sebelum ini elaun guru agama KAFA di Selangor hanyalah RM738.30 sebelum dinaikan kepada RM1,000 selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri pada 2008.

Kerajaan Negeri pada Febuari lalu, sekali lagi menaikan elaun guru-guru KAFA kepada jumlah terkini RM1,300 sebulan.

-EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.