Categories
NASIONAL

MAS patut ambil iktibar insiden MH370 dan MH192, tingkat keselamatan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 22 APRIL: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) diseru mempertingkatkan tahap keselamatan dan menyelenggara dengan baik pesawat milik syarikat itu bagi mengelakkan insiden tidak diingini berulang.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata sejak kebelakangkan ini berlaku beberapa insiden melibatkan pesawat MAS hingga mengurangkan keyakinan orang ramai terhadap syarikat milik negara itu.

MH192Katanya, selepas insiden kehilangan MH370, prestasi MAS terus mendapat perhatian media dan badan antarabangsa.

“Perkara yang berlaku akan menjadi berita hangat. Ini hanya menuntut supaya ada peningkatan kecekapan di segi operasi dan penyelengaraan,” kata beliau ketika dihubungi Selangorkini.

Khalid berkata, segala kontrak selama ini yang merugikan MAS perlu dikaji semula kerana kerugian dialami menyebabkan perkhidmatan penyelegaraan tidak dilakukan dengan sepenuhnya .

“Ini perlu dilakukan bagi mengelakkan imej MAS dan imej negara terus merudum di mata antarabangsa dan menyebabkan pendapatan MAS jatuh dan juga merugikan industri pelancongan kita.

mh066“Rating MAS juga nanti diturunkan pihak yang memantau industri syarikat penerbangan dunia,” kata Khalid.

Kata beliau lagi, amalan pemberian kontrak oleh pengurusan MAS menyebabkan tidak memperolehi tender pada harga rendah dan menyebabkan menanggung kerugian.

Kerugian ditanggung MAS memaksa syarikat penerbangan itu memotong kos operasi mereka termasuk melibatkan kerja penyelengaraan pesawat.

Selepas dunia dikejutkan peristiwa kehilangan pesawat MH370 milik MAS, bebarapa insiden lain melibatkan pesawat MAS turut menjadi tajuk utama berita media antarabangsa dan tempatan.

Dalam kejadian terbaru semalam, Pesawat MH192 dalam perjalanan ke Bangalore, India terpaksa berpatah balik kerana berdepan masalah kerosakan gear selepas tayarnya pecah.

Pesawat itu kemudiannya selamat melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 1.56 pagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.