JURNAL BERITA – Ops Dawn Raid bukti MB pemimpin berpengalaman luas

1. MB: Selangor berjaya bangunkan sistem bank tanah, kini fasa kedua

2. Ops Dawn Raid bukti MB pemimpin berpengalaman luas

3. Unisel lancar 3 jurnal usaha memasyarakatkan ilmu

4. 14 filem pendek Unisel didik masyarakat bina jati diri cemerlang

5. MAS: MH192 tayar pecah, patah balik ke KLIA

6. Dr Rosli, Rafizi boleh beri ceramah GST percuma, RM2.2 juta bagi rakyat miskin

7. Anwar ada bukti Tun Daim punyai akaun di Tanzania

8. Kes Khir Toyo ditangguh, Fitnah II dicepatkan

9. Bertindak terhadap perasuah, bukan berlari

10. Perarakan himpunan tolak GST ‘berakhir’ di Dataran Merdeka 1 Mei

11. Guan Eng: Contohi Karpal perjuangkan keadilan

12. RM100,000 menanti warga PJ

13. Bantah projek 33 tingkat: Penduduk Damansara Damai lega keputusan MBP

Categories
NASIONAL

MAS patut ambil iktibar insiden MH370 dan MH192, tingkat keselamatan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 22 APRIL: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) diseru mempertingkatkan tahap keselamatan dan menyelenggara dengan baik pesawat milik syarikat itu bagi mengelakkan insiden tidak diingini berulang.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata sejak kebelakangkan ini berlaku beberapa insiden melibatkan pesawat MAS hingga mengurangkan keyakinan orang ramai terhadap syarikat milik negara itu.

MH192Katanya, selepas insiden kehilangan MH370, prestasi MAS terus mendapat perhatian media dan badan antarabangsa.

“Perkara yang berlaku akan menjadi berita hangat. Ini hanya menuntut supaya ada peningkatan kecekapan di segi operasi dan penyelengaraan,” kata beliau ketika dihubungi Selangorkini.

Khalid berkata, segala kontrak selama ini yang merugikan MAS perlu dikaji semula kerana kerugian dialami menyebabkan perkhidmatan penyelegaraan tidak dilakukan dengan sepenuhnya .

“Ini perlu dilakukan bagi mengelakkan imej MAS dan imej negara terus merudum di mata antarabangsa dan menyebabkan pendapatan MAS jatuh dan juga merugikan industri pelancongan kita.

mh066“Rating MAS juga nanti diturunkan pihak yang memantau industri syarikat penerbangan dunia,” kata Khalid.

Kata beliau lagi, amalan pemberian kontrak oleh pengurusan MAS menyebabkan tidak memperolehi tender pada harga rendah dan menyebabkan menanggung kerugian.

Kerugian ditanggung MAS memaksa syarikat penerbangan itu memotong kos operasi mereka termasuk melibatkan kerja penyelengaraan pesawat.

Selepas dunia dikejutkan peristiwa kehilangan pesawat MH370 milik MAS, bebarapa insiden lain melibatkan pesawat MAS turut menjadi tajuk utama berita media antarabangsa dan tempatan.

Dalam kejadian terbaru semalam, Pesawat MH192 dalam perjalanan ke Bangalore, India terpaksa berpatah balik kerana berdepan masalah kerosakan gear selepas tayarnya pecah.

Pesawat itu kemudiannya selamat melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 1.56 pagi.

EZY

Categories
NASIONAL

Nufam: Pastikan keselamatan pesawat 100% sebelum dibenarkan terbang

SHAH ALAM 22 APRIL: Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Penerbangan Awam digesa mengetatkan pemeriksaan rekod keselamatan semua syarikat penerbangan dan prosedur standard operasi (SOP) di Malaysia.

Kesatuan Anak-Anak Kapal Kebangsaan (Nufam) dalam satu kenyataan media berkata syarikat penerbangan perlu memastikan pemeriksaan keselamatan dijalankan 100 peratus sebelum pesawat dibenarkan berlepas dengan tidak memandang ringan perkara itu.

MH192Nufam berkata isu keselamatan tidak boleh dipandang remeh selepas beberapa insiden dalam sektor penerbangan berlaku sejak kebelakangan ini.

Katanya, walaupun insiden pesawat MH192 ke Bangalore yang terpaksa balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (KLIA) yang mengalami masalah tayar pecah selamat, namun tidak dinafikan ia berkait dengan pemeriksaan keselamatan.

“Kami faham isu keselamatan boleh terdedah pada bila-bila masa, namun kejadian sebegini tidak boleh berlarutan.

“Bukan menuding jari kepada sesiapa, namun pihak yang terlibat dalam industri penerbangan perlu memandang serius isu keselamatan,” katanya.

MAS dalam satu kenyataan berkata, syarikat tersebut mengesahkan punca kerosakan adalah kerana tayar di bahagian kanan utama gear pendaratan pesawat pecah semasa berlepas.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) dikerahkan ke KLIA sejurus selepas juruterbang diarahkan berpatah balik untuk melakukan pendaratan kecemasan.

Katanya, bilangan petugas yang memeriksa keselamatan pesawat perlu ditambah oleh syarikat penerbangan, kerana bilangannya kini tidak mencukupi.

“Kami difahamkan terdapat syarikat penerbangan yang memiliki kakitangan yang tidak mencukupi, dan ia perlu ditangani segera.

“Walaupun anak kapal dan juruterbang melaksanakan tugas mereka memastikan keselamatan pesawat, petugas teknikal juga perlu memastikan perkara yang sama,” katanya.

Profesionalisme juruterbang, pembantu juruterbang dan anak kapal MH192 turut dipuji Nufam kerana tetap tenang meskipun berdepan keadaan getir semasa berada dalam pesawat.

EZY

Categories
NASIONAL

MAS: MH192 tayar pecah, patah balik ke KLIA

SHAH ALAM 21 APRIL : Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH192 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang ke Bangalore, India terpaksa berpatah balik ke KLIA awal pagi Isnin kerana satu daripada tayar pada gear pendaratan utama sebelah kanannya pecah semasa berlepas.

Pengurus Perhubungan Media MAS, Khairunnisak Dzun Nurin berkata, juruterbang telah dimaklumkan oleh Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur bahawa serpihan tayar ditemui di landasan dan dengan segera menghubungi Pusat Kawalan Operasi (OCC) MAS pada pukul 10.25 malam.

MH192“Oleh kerana keselamatan adalah amat penting bagi Malaysia Airlines, pesawat itu telah diarahkan berpatah balik ke KLIA.

Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) digerakkan sebaik sahaja juruterbang diarahkan berpatah balik ke KLIA oleh OCC,” katanya dalam satu kenyataan media, Isnin.

Kesemua penumpang akan ditempatkan di hotel-hotel berhampiran dan penerbangan MH192 dijadualkan semula berlepas dari KLIA pada pukul 3.30 petang Isnin dan dijadualkan tiba di Bangalore pada pukul 5 petang hari yang sama, katanya.

Beliau berkata, kesemua 159 penumpang dan tujuh anak kapal telah keluar dari pesawat itu.

Penerbangan MAS MH192 berlepas dari KLIA pada pukul 10.09 malam Ahad ke Bangalore dan mengesan gear mendarat sebelah kanannya tidak berfungsi, menyebabkan ia berpatah balik untuk melakukan pendaratan kecemasan di KLIA pada pukul 1.56 pagi Isnin.

Pesawat itu diterbangkan oleh Kapten Nor Adam Azmi bersama dengan pembantu juruterbang Prakash Kumar.

BERNAMA

Categories
NASIONAL

Gear rosak, MH192 patah balik

SHAH ALAM 21 APRIL: Penerbangan Malaysia Airlines yang menuju ke Bangalore, India, hari ini berpatah balik selepas mengalami kerosakan gear dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melalui Twitternya berkata penerbangan itu membuat pendaratan cemas pada pukul 1.56 pagi turndan semua penumpang serta anak kapal selamat.

Beliau dalam perjalanan ke KLIA.

Pengurus Penyelidikan Van Diemen John, 40-an, berkata juruterbang pesawat MH192 itu amat profesional ketika mengendalikan pendaratan.

“Juruterbang itu begitu tenang ketika beliau mengumumkan bahawa kami terpaksa berpatah balik ke KLIA tetapi perlu menghabiskan sebahagian minyak dahulu.

“Kami berlegar-legar di Selat Melaka dan Kuala Lumpur. Beberapa jam kemudian kami mendarat dengan selamat.

“Beliau memberikan arahan dengan jelas. Beliau amat profesional dan melakukannya dengan baik,” kata John yang terbang dari Shanghai untuk ke Bangalore berjumpa dengan pasukan penyelidiknya.

MH192Sementara itu, seorang lagi penumpang dari Pulau Pinang yang enggan dinamakan berkata pendaratan kecemasan itu dikendalikan dengan baik.

“Juruterbang dan anak kapal mengikut prosedur dengan betul. Ia dikendalikan dengan baik dan saya tidak panik,” katannya sambil menambah, beliau tidak memberitahu keluarganya mengenai insiden itu.

Sementara itu warga Australia Miranda Jason Juse, 30, berkata disebabkan jurutebang dan anak-anak kapal bertindak secara profesional, semua penumpang berasa tenang semasa empat jam terbang, berlegar-legar di udara Selat Melaka.

“Juruterbang melakukan yang terbaik untuk mendarat dengan selamat dan pesawat itu mendarat lembut dan lancar. Keadaan di dalam pesawat pun tenang sebaik kami selamat mendarat,” katanya.

Semua penumpang agak keletihan selepas melalui pengalaman cemas itu tetapi mereka masih mampu memberikan senyuman kepada para pemberita sebagai menyatakan terima kasih kepada dunia yang mereka mendarat dalam keadaan selamat.

– Bernama