Categories
NASIONAL

Khalid dahului semasa ‘blackout’, JPP dakwa kerosakan ‘sub station’ TNB

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 27 JUN:  Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR mengakui terdapat gangguan bekalan elektrik ketika pengiraan undi pemilihan bagi jawatan Timbalan Presiden sedang dijalankan.

Pengerusinya, Datuk Johari Abdul berkata gangguan elektrik yang berlaku kira-kira selama dua jam itu disebabkan kerosakan salah satu ‘sub station’ milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi kawasan terbabit.

Pemilihan 2014“Aduan kepada TNB dibuat serta-merta. Anda boleh sahkan dengan TNB.

“Semasa kejadian, kiraan undi calon Timbalan Presiden, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedang mendahului dengan agak selesa.

“Pengiraan untuk cabang belum dijalankan lagi. Pemantau dari JPP, wakil calon turut ada sama. Kami ambil gambar keadaan bilik kiraan undi sebelum semua yang ada diarahkan kosongkan tempat pengiraan dan kemudiannya dikunci,” kata Johari dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.

Jelas Johari, kiraan undi disambung semula sejurus bekalan elektrik pulih dan Abdul Khalid mengekalkan kedudukan selesa dalam persaingan Timbalan Presiden.

Sementara itu, talian Care Line TNB memberitahu terdapat kejadian gangguan bekalan elektrik dalam jangkamasa seperti yang dinyatakan Johari sebelum ini.

“Kerosakan melibatkan sembilan jana kuasa bagi kawasan itu.

“Blok di mana terletaknya Hotel Media juga terlibat,” kata petugas terbabit ketika dihubungi Selangorkini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.