Categories
SELANGOR

Pejabat MBSA bergerak turun ke Seksyen 7 Sabtu ini

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 25 SEPT: Pejabat bergerak ‘Shah Alam On Wheel’ yang menawarkan 18 jenis perkhidmatan untuk kemudahan anda akan berkunjung ke Seksyen 7, Shah Alam pada 27 September ini.

Timbalan Pengarah Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata pengguna boleh menggunakan pejabat bermobil itu untuk urusan rujukan, semakan dan pembayaran dari seawal jam 11 pagi hingga 5 petang.

on wheels “Antara kemudahan perkhidmatan yang disediakan adalah semakan dan mencetak bil dan penyata cukai taksiran, mengemaskini maklumat pemunya cukai taksiran, pembayaran cukai taksiran secara online, pembaharuan dan semakan lesen perniagaan, membuat aduan, penjualan kupon letak kereta dan sebagainya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Shah Alam On Wheel pernah singgah di Giant Seksyen 13, Seksyen 28 dan Plaza Shah Alam di Seksyen 9.

Shahrin berkata, perkhidmatan pejabat bergerak ini adalah bagi mempertingkatkan dan memperkasakan sistem penyampaian ‘delivery system’ kepada warga Shah Alam agar maklumat terkini berkenaan perkhidmatan MBSA dapat disampaikan dengan berkesan.

“Selain itu, pengoperasian ini juga merupakan salah satu langkah pihak MBSA untuk memperbanyakkan aktiviti turun padang bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk berurusan secara terus dengan pihak MBSA,” jelas beliau.

HM

Leave a Reply

Your email address will not be published.