Categories
SELANGOR

Kerajaan Negeri puji inisiatif PDRM tangani jenayah

SHAH ALAM, 2 OKT: Kerajaan Negeri akan terus menyokong dan mendokong inisiatif Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangani masalah jenayah di negeri Selangor.

“Saya dan pimpinan baharu telah pun diberi taklimat tentang keadaan di negeri Selangor, dan kami berterima kasih kepada pihak PDRM yang telah mengambil inisiatif untuk menangani masalah di negeri Selangor.

“Kita melihat indeks jenayah telah menurun atas usaha yang telah dimainkan PDRM, dan Kerajaan Negeri akan memberi sokongan dan dokongan kepada PDRM untuk terus menjamin keselamatan rakyat dan memelihara ketenteraman rakyat,” kata Datuk Menteri Besar Mohamed Azmin Ali dalam kunjungan hormat beliau ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor semalam.

DSC_0142

Bersama Azmin ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi, Exco Zaidy Abdul Talib, Exco Dr Daroyah Alwi dan Exco Amirudin Shari.

Delegasi Kerajaan Negeri itu disambut Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah dan barisan kepimpinan PDRM Selangor.

HM

Leave a Reply

Your email address will not be published.