Categories
SELANGOR

MB: Jaga dan suburkan tanah bukan jual

Oleh: AFEEQA AFEERA

GOMBAK, 9 OGOS: Penerima milikan hak tanah atau notis borang 5A terus diingatkan supaya tidak mengambil jalan singkat dengan menjualnya bagi meraih keuntungan segera.

Sebaliknya, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata tanah itu perlu dijaga dengan baik dan dibangunkan bagi memastikan nilainya lebih tinggi pada masa akan datang.

batu cave 2“Diharap penerima dapat menjaga dan menyuburkan tanah untuk memastikan ia dapat dibangunkan supaya nilainya lebih tinggi.

“Jangan ambil jalan singkat dengan menjual tanah kerana generasi akan datang kelak tidak dapat miliki hartanah,” katanya pada Majlis Sambutan Aidilftri dan Penyerahan Notis 5A kepada penduduk Kampung Sungai Kertas dan Kampung Wira Damai, semalam.

Pada majlis itu, seramai 62 keluarga dipilih untuk menerima notis 5A, sekaligus menamatkan penantian mereka berpuluh tahun lamanya.

Pada masa sama, Mohamed Azmin, berkata Kerajaan Negeri terus menyusun pembangunan di Selangor, di samping menyediakan prasarana terbaik untuk rakyat.

“Ini adalah dasar yang kita amalkan selama ini untuk memastikan pembangunan di kampung tradisi dan kampung baru dapat dijalankan secara tersusun dan menjamin keharmonian serta kesejahteraan rakyat,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.