Categories
NASIONAL

Pua: PAC mengaum tapi tiada gigi

Oleh: AFEEQA AFEERA

KUALA LUMPUR, 18 NOV – Syor yang dikemukakan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkenaan sesuatu isu dianggap tidak bernilai bagi Kerajaan Persekutuan.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berkata respon kerajaan menunjukkan siasatan PAC boleh dibuang di sebalik analisis dan kerja keras yang dilakukan jawatankuasa itu.

Katanya, ia merujuk kepada pelbagai isu seperti pembinaan Lapangan Terbang Antarabangasa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

tony-pua“Mengikut pengalaman lalu, apa yang dibangkitkan PAC tidak dipedulikan kerajaan sedangkan syor itu perlu diambil berat untuk mengenakan tindakan kepada mereka yang bersalah.

“Ia bukan kali pertama berlaku dan jika kerajaan serius untuk mengatasi salah laku atau rasuah, maka tindakan serius perlu diambil,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low yang mengatakan tiada kes dalam pengurusan projek insinerator di negara ini.

Ia merujuk kepada isu penanugerahan projek mini insinerator di Pulau Pangkor, Pulau Langkawi, Cameron Highlands dan Pulau Tioman.

Pua yang juga anggota PAC beranggapan jawatankuasa itu boleh melakukan apa sahaja yang diinginkan, namun tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan.

“Jika serius hendak mengatasi rasuah, maka kerajaan bertindak tegas. PAC boleh mengaum kuat tetapi tiada taring,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.