Categories
SELANGOR

The Red Giants perlu terus bangkit mencabar

Oleh: HAFIZAN TAIB

MELAKA, 5 MAC: Selangor diharap menjadikan kekalahan di tangan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam Piala FA malam tadi sebagai pengajaran untuk bangkit mencipta kejayaan selepas ini.

Dengan saingan seterusnya berhadapan kelab Singapura, Tampines dalam Piala AFC 8 Mac ini, Ketua Jurulatih, Zainal Abidin Hassan berharap pemain akan melupakan kekecewaan dan memberi sepenuh tumpuan kepada perlawanan berkenaan.

IMG_20160304_234349“Kita menguasai permainan cuma peluang tidak digunakan dengan baik.

“Saya harap pemain bangkit daripada kekalahan malam ini (tadi). Memang kecewa (dengan kekalahan dialami),” katanya kepada media di sini, malam tadi.

PDRM mengalahkan Selangor 2-1 dalam pusingan ketiga Piala Fa di Stadium Hang Jebat di sini untuk melangkah ke suku akhir.

Gol The Cops dijaringkan Ahmad Nizam Rodzi (m38) dan Safuwan Baharudin (m58) manakala gol tunggal The Red Giants dihasilkan Patrick Ronaldinho Wleh (m86).

Zainal berkata, Selangor terpaksa menerima kekalahan kerana biarpun menguasai permainan, tetapi gol dicari gagal dicipta untuk memenangi perlawanan.

IMG_20160304_234651“Kita melepaskan banyak peluang, walaupun menguasai permainan lebih kurang 70 peratus, tetapi dalam bola sepak ini yang kita akan alami apabila tidak menjaringkan gol.

“Kelalaian kita memberikan dua gol kepada pasukan lawan kerana mereka tidak banyak membuat serangan tetapi mengambil peluang dengan baik,” katanya yang berharap pemain The Red Giants mendapat pengajaran daripada kekalahan itu.

Dalam saingan Liga Super sebelum ini, Selangor sering ketinggalan dengan pihak lawan menjaringkan gol awal tetapi bangkit untuk memenangi perlawanan seperti mana dilakukan ketika menentang Pahang (3-1) dan Sarawak (4-2).

Bagaimanapun dalam Piala FA menentang PDRM kali ini, Selangor gagal mengulanginya.

IMG_20160304_234329Pengurus pasukan, Amirudin Shari berkata, skuad Merah Kuning melepaskan peluang memenangi perlawanan kerana berdasarkan undian mereka berupaya melakukannya.

Antara punca kekalahan itu, katanya, pemain gagal menyesuaikan diri pada awal permainan dan gagal membuat ‘comeback’ apabila ketinggalan kepada pihak lawan.

“Tiada pasukan yang gembira dengan kekalahan, kita sudah terlepas satu piala dan walapaun kita tidak sasarkan tetapi berdasarkan undian dibuat kita dilihat berpeluang.

“Bagaimanapun ada hikmah yang harus diterima dengan pemain mendapat sedikit rehat untuk meneruskan cabaran dalam Liga Super, Piala AFC dan seterusnya Piala Malaysia,” katanya.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.