Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Banjir kilat dalam jerebu berlaku di Lembah Klang

SHAH ALAM 30 OGOS: Kesesakan lalu lintas yang teruk berlaku di sepanjang jalan utama di Lembah Klang sehingga menyebabkan pengguna jalan raya terpaksa mengharungi perjalanan lebih panjang untuk urusan harian.

Hujan lebat lebih dua jam menyebabkan beberapa kawasan berlaku banjir kilat di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Banjir kilatDilaporkan banjir kilat berlaku di sepanjang jalan menuju ke Lapangan Terbang Subang dan dari Ara Damansara menyebabkan trafik sesak dari susur keluar Lebuhraya Persekutuan dan Citta Mall.

Banjir kilat dilaporkan turut berlaku berhampiran Tol Sungai Rasau di Shah Alam hingga menyebabkan kesesakan sejauh beberapa kilometer dari Taman Berkeley, Klang ke persimpangan Batu 3.

Sementara itu di Persiaran Surian, Kota Damansara, banjir kilat di laluan bawah berhampiran Sunway Giza menyaksikan trafik sesak dari Pelangi Damansara dan Sierra Damansara.

Di Kuala Lumpur, lalu lintas sesak dari Sungai Besi ke Jalan Loke Yew dan seterusnya ke Jalan Tun Razak.

Selain itu kenderaan berhenti berhampiran Terowong Penchala menghala ke Bandar Utama dan berhampiran tol Batu 9, Cheras telah menyebabkan kesesakan di jalan-jalan berkenaan.

jerebuSementara itu kualiti udara di Shah Alam mencapai tahap tidak sihat apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 101 setakat jam 10 pagi ini dengan bacaan 104, manakala di Putrajaya (101) dan Banting (100).

Bacaan IPU antara 0-50 dikategorikan sebagai baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat); 201-300 (sangat tidak sihat) dan 301-400 sebagai berbahaya.

EZY