Categories
SELANGOR

MPK jual pokok harga ‘kasih sayang’

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 18 OGOS: Tapak Semaian Majlis Perbandaran Klang (MPK) di Jalan Seruling 59, Taman Sentosa menawarkan anak pokok pada harga jauh lebih rendah dari harga pasaran.

Yang DiPertuanya, Datuk Mohamad Yasid Bidin, berkata pelbagai jenis pokok dijual di tapak semaian ini, namun tidak mendapat sambutan ekoran orang ramai tidak menerima maklumat kewujudan tapak itu.

“Terdapat pelbagai pokok bagi memenuhi keperluan ke arah menghijaukan kawasan ini agar lebih indah, bersih dan sejuk mata memandang.

“Tapak semaian ini juga menjual anak pokok kepada penduduk berminat dan harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding harga di pasaran sebenar.

“Pokok yang boleh dibuat pagar dan boleh ditanam di dalam pasu seringkali menjadi pilihan pembeli antaranya Kelat Paya yang dijual pada harga yang murah jika hendak dibandingkan harga di pasaran tempatan,” katanya dalam kenyataan.

taman 3Yasid berkata selain itu, pokok jenis Osmoxylon, Mahkota Duri dan Jenjuang seringkali menjadi perhatian pembeli.

Beliau berkata penanaman pokok di pinggir jalan raya, taman permainan, tanah lapang dan persimpangan yang kosong wajar dihiasai tanaman selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri yang sentiasa menitikberatkan keindahan persekitaran setempat.

“MPK mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk membeli pokok di tapak semaian berkenaan yang dibuka setiap hari ini,” katanya.

Tapak Semaian MPK itu dibuka pada 9 hingga 5 petang manakala 10 pagi hingga 1 petang pada hari Sabtu dan Ahad.

Sebarang urusan bolehlah menghubungi Penolong Pegawai Pertanian Jabatan Taman Dan Rekreasi MPK, Zainudin Md Noh di talian 019-3935357

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.