Categories
SELANGOR

Polisi 60:40 jadi pilihan, Selangor utamakan pengangkutan awam – MB

OLEH HAFIZAN TAIB

KLANG, 25 OGOS: Kerajaan Negeri menekankan keperluan penyediaan pengangkutan awam melebihi keperluan bagi kenderaan persendirian di Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata ia adalah sebahagian polisi diguna pakai bagi memberi lebih kemudahan kepada rakyat di Selangor.

“Polisi Kerajaan Negeri adalah 60 : 40 iaitu 60 peratus pengangkutan awam manakala 40 peratus kenderaan persendirian.

“Namun, saya dimaklumkan Kerajaan Persekutuan menyasarkan 40 : 60 (dalam projek LRT3) dan ia bukan polisi Kerajaan Negeri,” katanya kepada media selepas majlis perasmian Hotel Merrida di sini, hari ini.

CP2A9724-1024x661Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai projek Aliran Transit Ringan 3 dan menyatakan ada menjelaskan beberapa perkara kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika lawatan singkatnya ke pameran projek itu, semalam.

Katanya, Najib dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, juga dicadangkan supaya tidak mempertimbangkan sebarang pembinaan lebuhraya baru kerana ia tidak membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di Selangor khususnya Lembah Klang.

Bagaimanapun, Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri menyokong setiap usaha pembangunan bagi kemudahan orang ramai dirancang Kerajaan Persekutuan.

“Pendirian Kerajaan Negeri adalah mendukung semua usaha untuk kesejahteraan umum,” katanya.

Beliau berkata, pada prinsipnya Kerajaan Negeri bersetuju dengan jajaran baru dikemukakan Prasarana Berhad di mana beberapa cadangan disyorkan dalam pelan jajaran asal bagi memastikan ia tidak bermasalah melalui kawasan berkepadatan tinggi.

Najib merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri kerana memberikan kerjasama untuk menjayakan projek berkenaan.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.