Categories
SELANGOR

PAS Selangor lancar ‘roadshow’ terang Belanjawan Negeri

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 9 DIS: Badan Perhubungan PAS Selangor memulakan ‘roadshow’ ke setiap kawasan Parlimen di negeri itu untuk menerangkan isi Belanjawan Selangor 2017 kepada rakyat.

Pesuruhjaya PAS negeri, Dato’ Iskandar Samad berkata, ia bagi memastikan pimpinan dan ahli PAS di peringkat akar umbi memahami isi kandungan belanjawan terutama manfaat yang boleh diperolehi daripadanya.

Katanya, ‘roadshow’ itu bermula pada 7 Oktober lalu di tiga kawasan iaitu Ampang, Selayang dan Hulu Selangor yang dijangka berakhir, pada Januari tahun depan.

“Usaha PAS Selangor ini untuk memastikan tiada rakyat yang ketinggalan ekoran maklumat tidak sampai kepada mereka.

“Exco dan Ahli Dewan Negeri (ADN) dipilih untuk memberi penerangan kerana mereka terlibat secara langsung di dalam perbahasan sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) ketika belanjawan dibentangkan,” katanya dalam kenyataan.

photo-34Majlis penerangan di Ampang dihadiri Iskandar yang juga Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar; Ahli Dewan Negeri (ADN) Dusun Tua, Razali Hassan dan ADN Selat Klang, Dr Halimah Ali.

Manakala di Selayang dihadiri Exco Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi dan Exco Infrastruktur, Kemudahan Asas dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib.

Sementara itu, di Hulu Selangor, dikendalikan ADN Tanjung Sepat, Haslin Hassan dan ADN Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz.

-AA-

Categories
SELANGOR

Peruntukan RM44 juta, UNISEL – KUIS sedia realisasi agenda pendidikan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 31 OKT : Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) kini bersiap siaga menggarap cabaran baru dan lebih berdaya saing menyumbang kepada agenda pendidikan negeri.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan sejumlah RM 44 juta bagi tujuan merealisasikan visi tersebut.

Beliau berkata, jumlah tersebut meliputi beberapa program pelaksanaan di peringkat institusi pendidikan milik Kerajaan Negeri itu.

“Program Tajaan Yuran Percuma bagi tahun asas di UNISEL telah menghasilkan kejayaan di mana seramai 211 pelajar dapat menikmati kemudahan ini.

“Dijangka jumlah pelajar akan meningkat kepada 1,000 pelajar pada 2017.

“Tambahan kepada usaha ini, Kerajaan Negeri bersetuju memperuntukkan RM8 juta untuk menaiktaraf infrastruktur dan kemudahan pembelajaran di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS),” katanya.

Mohamed Azmin berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Negeri 2017 di Dewan Negeri (DNS) di sini, pagi ini.

Pada masa sama, pendidikan vokasional turut diperksakana menerusi cadangan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk program latihan teknikal dan vokasional (TVET) di Kolej Antarabangsa INPENS.

“Untuk memperkasa pendidikan vokasional yang akan membekalkan tenaga mahir kepada industri, Kerajaan Negeri mencadangkan sejumlah RM 5 juta untuk program latihan teknikal dan vokasional (TVET) di Kolej Antarabangsa INPENS,” katanya.

-nR-

Categories
SELANGOR

PBT berpendapatan rendah terima RM20 juta tingkat urus sisa pepejal

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 31 OKT: Sejumlah RM20 juta disalurkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) berpendapatan rendah bagi kerja kutipan sampah di kampung dan kawasan pembangunan strata.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, PBT berpendapatan tinggi pula disaran dapat menyediakan peruntukan bagi maksud sama.

Katanya, agenda kebersihan awam menjadi antara agenda utama bagi semua PBT pada 2017.

“Pada masa sama, Karnival Kampungku Kesayanganku (3K) yang diperkenalkan pada 2015 akan diteruskan.

“Sejumlah RM 630,000 dicadangkan untuk melaksanakan program ini bagi 2017,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2017 di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

-nR-

Categories
SELANGOR

RM600 juta naik taraf jalan

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 31 OKT: Kerajaan Negeri bercadang memperuntukkan sejumlah RM600 juta sebagai siling peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) Tahun 2017 kepada agensi pelaksana di Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sejumlah RM196 juta diperuntukkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menyelenggara Jalan Raya Negeri.

Katanya, RM372 juta pula diperuntukkan kepada 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor untuk menyelenggara Jalan Raya Perbandaran termasuk lorong belakang dan jalan industri.

jalan reko“Sementara itu, sejumlah RM30 juta diperuntukkan kepada sembilan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) untuk menyelenggara jalan kampung.

“Manakala, baki RM2 juta diperuntukkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk menyelenggara Jalan Pertanian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2017 di Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

-nR-

Categories
SELANGOR

Peruntukan RM5 juta khusus tangani Denggi & Zika

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 31 OKT: Peruntukan kawalan dan pencegahan denggi dan zika dinaikkan kepada RM5 juta, berbanding hanya RM1.5 juta pada 2016.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia akan digunakan untuk menambah aktiviti kawalan dengan menambah penggunaan Pest Controller Operator (PCO) di pihak berkuasa tempata (PBT).

“Penguatkuasaan undang-undang akan dipertingkatkan terhadap pihak
yang tidak bertanggungjawab yang menyumbang kepada wabak ini.

“Tanggungjawab ini juga harus dipikul bersama oleh semua pihak termasuk pimpinan masyarakat seperti Ahli Dewan Negeri, Ahli Majlis, JKKK dan penduduk setempat bagi memastikan tiada lagi tempat pembiakan nyamuk Aedes,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2017 di Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

-nR-

Categories
SELANGOR

Salur RM45 juta perluas iClean Selangor

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 31 OKT: Kerajaan Negeri akan mengembangkan penggunaan sistem iClean Selangor dengan peruntukan RM45 juta, umum Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, sebanyak empat pihak berkuasa tempatan (PBT) bakal menerima manfaat sistem aduan berkenaan yang kini dilaksana di Majlis Perbandaran Klang (MPK).

“Sistem ini antara lain mampu mengesan lokasi aduan untuk memudahkan pemantauan dan mempercepatkan tindakan pematuhan.

“Atas keprihatinan terhadap keluhan rakyat yang mahukan operasi kutipan sisa pepejal yang lebih efektif dan pantas, maka kita kembangkan iClean Selangor kepada PBT lain pada 2017,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2017 di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

img_20161013_174604_547Bermula Julai 2016, KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) dilantik menerajui projek perintis penstrukturan semula pengurusan sisa pepejal di MPK.

Mohamed Azmin berkata, pengambilalihan pengurusan berkenaan menunjukkan maklum balas positif.

“Keberkesanan operasi ini adalah hasil daripada penggunaan teknologi pengesan operasi dan pergerakan lori kutipan dan penyelia kawasan.

“Ia juga hasil penggunaan sistem aduan berasaskan aplikasi iClean Selangor yang dipantau terus melalui kaedah ‘real time monitoring’ oleh Command Centre,” katanya.

-nR-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Peruntukan air percuma meningkat kepada RM183.2 juta

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 31 OKT : Peruntukan sebanyak RM183.2 juta diperuntukan bagi meneruskan program Air Percuma yang mula dilaksanakan di negeri ini sejak 2008.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, dasar tersebut diteruskan demi kelangsungan dan memenuhi permintaan masyarakat Selangor khususnya di kawasan luar bandar.

“Peruntukan sebanyak RM 183.2 juta disediakan untuk program air percuma bagi tahun 2017.

“Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri menyarankan air percuma dimanfaatkan secara berhemah.

“Air adalah sumber yang sangat bernilai dan pengguna perlu membudayakan amalan konservasi air,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2017 di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Dalam pembentangan Belanjawan 2016, peruntukan RM170 juta diperuntukkan bagi meneruskan lanjutan Skim Pemberian Air Percuma.

Terdahulu Mohamed Azmin berkata, skim pemberian air percuma kepada rakyat Selangor bagi 2017 dan tahun seterusnya, membabitkan jumlah peruntukan besar.

Sejak dilaksanakan pada 2008, masyarakat Selangor menikmati pemberian air percuma sebanyak 20 meter yang terus memberi manfaat kepada golongan sasar termasuk rakyat berpendapatan rendah.

-nR-

Categories
SELANGOR

Gagasan Smart Selangor teras kemajuan

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 31 OKT: Hampir 10,000 peserta menyumbang pendapat dan maklum balas bagi pembangunan Blueprint Smart Selangor dan membangunkan Smart Solutions bagi empat domain.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, empat domain berkenaan adalah Smart Governance, Smart Waste Management, Smart Transport and Mobility dan Smart Digital Infrastructure.

Katanya, peserta berkenaan terdiri dalam kalangan wakil agensi Kerajaan Negeri, sektor swasta dan pihak berkepentingan termasuk rakyat.

“Gagasan Smart Selangor adalah teras utama untuk memacu pembangunan negeri mencapai status Smart State.

“Ia bukan hanya tertumpu kepada inisiatif pembangunan infrastruktur Smart semata-mata tetapi turut menggarap nilai kerohanian, kemanusiaan,
amalan tatakelola yang baik dan menjamin keadilan sosial untuk segenap lapisan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2017 di Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Mohamed Azmin berkata, antara aspek terpenting urus tadbir adalah konsep ‘Open Government’.

“Dalam hal ini, inisiatif Smart Selangor bertujuan merealisasikan objektif ini selain daripada pembangunan ekonomi lebih mampan, sistem penyampaian lebih berkesan bagi menjamin kualiti kehidupan lebih baik untuk rakyat,” katanya.

-nR-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Belanjawan terbesar dalam sejarah Selangor

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 31 OKT: Sejumlah RM3.45 bilion diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi melaksanakan perancangan dan agenda Belanjawan Selangor 2017.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sejumlah RM1.65 bilion atau 47.8 peratus merupakan perbelanjaan mengurus, manakala RM1.8 bilion (52.2 peratus) adalah perbelanjaan pembangunan.

Katanya, belanjawan 2017 dijangka mengalami defisit berjumlah RM900 juta berpunca dari peningkatan substantif dalam perbelanjaan pembangunan bagi memenuhi keperluan pembangunan mampan.

belanjawan-selangor-2017-1“Pembentangan belanjawan defisit ini mencerminkan sikap jujur dan disiplin fiskal Kerajaan Negeri dalam membuat perancangan.

“Pengalaman dua belanjawan lalu membuktikan usaha dan dedikasi penjawat awam mengamalkan perbelanjaan berhemah, memperkukuh budaya kerja cekap dalam memungut hasil dan membasmi pembaziran serta ketirisan berjaya mengubah belanjawan defisit kepada belanjawan berimbang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2017 di Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Sebelum ini, Belanjawan Selangor 2015 dibentangkan dengan defisit RM 452.5 juta.

Namun, prestasi sebenar Kerajaan Negeri pada 31 Disember 2015 berakhir dengan lebihan sebanyak RM 232.79 juta.

Sementara itu, Belanjawan Selangor 2016 berdefisit sebanyak RM630 juta, namun sehingga 14 Oktober 2016, prestasi kewangan sebenar berakhir dengan lebihan sebanyak RM 351.38 juta.

-nR-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Rizab Selangor melonjak RM3.62 bilion

SHAH ALAM 31 OKT: Rizab Selangor sehingga 14 Oktober 2016 melonjak kepada RM3.62 bilion berbanding RM3.26 bilion tahun lalu.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata prestasi kewangan semasa kerajaan pada 14 Oktober kekal kukuh dengan lebihan semasa berjumlah RM351.38 juta.

Katanya, rizab negeri pada 2015 mencatatkan peningkatan sebanyak 1.8 peratus atau RM57.7 juta berbanding 2014.

“Kita bersyukur sehingga 14 Oktober 2016 kedudukan kewangan negeri berada pada tahap lebihan sebanyak RM 351.38 juta.

“Selangor sehingga Jun 2016 mencatatkan jumlah pelaburan RM3.04 bilion daripada 130 projek yang diluluskan.

“Negeri Selangor kekal sebagai penyumbang utama kepada KDNK negara dengan peningkatan sumbangan kepada 22.6 peratus,” kata Mohamed Azmin.

Beliau berkata demikian semasa Pembentangan Belanjawan 2017 Negeri Selangor di sini hari ini.

EZY

Categories
SELANGOR

Belanjawan 2017: Selangor peruntuk RM5 juta pembangunan Kampung Baru

OLEH ERMIZI MUHAMAD

HULU SELANGOR, 28 OKT : RM5 juta diperuntukan bagi tujuan pembangunan kampung baru di seluruh negeri dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2017, kata Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram, dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah.

Katanya, jumlah tersebut berbeza dengan Umno Barisan Nasional (Umno BN) apabila hanya memperuntukan RM200,000 untuk tujuan pembangunan ketika memegang tampuk pemerintahan negeri, sebelum 2008.

Hian Wah berkata, peruntukan tersebut sekali gus membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri membantu masyarakat luar bandar menikmati hasil kekayaan negeri secara telus dan adil.

ean-yong“Ini merupakan berita yang cukup baik buat rakyat Selangor khususnya penduduk di kawasan kampung baru seluruh negeri.

“Untuk tempoh 2017, Kerajaan Negeri bersetuju memperuntukkan RM5 juta kepada seluruh kampung baru Selangor bagi tujuan naik taraf infrastruktur dan fasiliti,” katanya kepada SelangorKini.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan Kerajaan Negeri akan mengumumkan Belanjawan berimbangan dengan memberi tumpuan terhada aspek pembangunan negeri.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri komited memastikan program pembangunan diberikan tumpuan terutama aspek pemilikan kediaman pada pembentangan belanjawan, Isnin ini.

Katanya, tumpuan tersebut turut memofuskan ke arah pembangunan kampung-kampung di Selangor seiring kemajuan pembangunan di bandar besar.

-nR-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Buah fikiran ADN ramuan penting Belanjawan Selangor

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 28 OKT: Buah fikiran Ahli Dewan Negeri (ADN) menjadi salah satu ramuan penting dalam Belanjawan Selangor 2017.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau mengadakan sekurang-kurangnya lima sesi perbincangan dengan ADN Selangor sebelum taklimat Rang Undang-Undang dan Mesyuarat Pre-council, Mesyuarat Ketiga Penggal semalam.

“Sebelum ini cuma ada sekali ‘pre-council’ beberapa hari sebelum sidang dewan tetapi tahun ini kita buat lima sesi sekali gus membuktikan bahawa peranan ADN itu amat penting dalam memberikan maklum balas dan pandangan sebelum kita mencetak buku-buku belanjawan.

b“Kalau kita hanya adakan sekali pada hari ini, pada ketika ini semua buku dan dokumen belanjawan sudah pun dicetak dan apa pun pandangan mereka kita tidak dapat pinda,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Taklimat Rang Undang-Undang & Mesyuarat Pre-council, Mesyuarat Ketiga Penggal keempat di Bilik Gerakan, Bangunan Annex, di sini semalam.

Jelasnya, beliau mengambil pendekatan memberi masa sekurang-kurangnya tiga bulan kepada ADN untuk memberikan pandangan sebelum belanjawan dibentangkan.

Selain itu katanya, taklimat rang undang-undang juga boleh membantu ADN supaya menumpukan isu pembangunan dan juga pengurusan negeri dengan fakta kuat dan kukuh.

-nR-