Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Kempen Jom Berzakat di KUIS

OLEH HAFIZAN TAIB

BANDAR SERI PUTRA, 3 DIS: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) melancarkan kempen Jom Berzakat bagi membantu mahasiswa yang sedang mengikuti pengajian di kolej berkenaan.

Timbalan Rektor Pengurusan Korporatnya, Dr Zulkifli Abd Hamid berkata, kempen dengan tema ‘Sempurnakan Zakat, Hidup Berkat’ memberi ruang kepada pembayar zakat menunaikan tanggungjawab mereka dengan mudah di kolej berkenaan sehingga akhir Disember ini.

“Ia dianjurkan bertujuan menjana dana melalui kutipan zakat, wakaf dan sedekah untuk membantu mahasiswa yang sedang mengikuti pengajian.

“Kita berharap pembayar zakat dapat melaksanakan tanggungjawab kerana KUIS dilantik sebagai agen Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan 50 peratus kutipan zakat diagihkan kepada mahasiswa manakala selebihnya kepada LZS,” katanya.

zakatkuis02Kempen turut dibantu enam peserta Pencetus Ummah (PU) yang melahirkan komitmen menjayakan program itu khususnya PU Akram sebagai penuntut KUIS.

Dalam majlis berlangsung pada 1 Disember, KUIS menerima cek bayaran zakat pendapatan daripada individu yang menyertai kempen berkenaan serta menunaikan tanggungjawab mereka.

=EZY=