Categories
SELANGOR

MPSJ perlu kerap pantau kemudahan taman rekreasi

OLEH LIZAWATI MADFA

SUBANG JAYA, 1 DIS: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) digesa untuk sentiasa memantau kemudahan disediakan di kawasan riadah dan rekreasi.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, ia termasuk audit berkala terhadap peralatan permainan dan ‘outdoor gym’ bagi menjamin tahap keselamatannnya.

Katanya, kerja penyelenggaraan juga perlu memastikan segala kemudahan itu selamat untuk digunakan terutama oleh kanak-kanak.

“Kebanyakan padang di Subang Jaya sudah dilengkapi dengan ‘outdoor gym’, jadi kerja pemantauan dan penyelenggaraan ini perlu dilakukan secara kerap.

????????????????????????????????????

“Seperti di Laman Sukan USJ 1 dilengkapi kemudahan tandas awam, maka diharap kebersihan dapat diberikan lebih perhatian untuk keselesaan orang ramai,” katanya.

Di Subang Jaya, ‘Outdoor Gym’ boleh didapati antaranya di padang USJ4, USJ5, USJ 11, USJ12, SS14, SS15 dan SS19.

Pada masa sama, Hannah juga menggesa Polis Di Raja Malaysia (PDRM) menjalankan pemeriksaan di kawasan padang bagi memantau aktiviti minuman beralkohol.

“Sebelum ini, kita dapat lihat tin ‘beer’ sahaja, tetapi kini kita dapati terdapat botol ‘hard liquor’ juga ditinggalkan.

“Kita tidak mahu aktiviti yang dilakukan secara terbuka di tempat awam ini mengundang bahaya kepada orang awam.

“Botol pecah ditinggalkanboleh mencederakan orang awam,” katanya.

-nR-