Categories
SELANGOR

MB seru ADN budaya politik luhur, tolak kleptokrat

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 3 APR: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengajak Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor supaya membudayakan politik luhur berteraskan prinsip dan nilai.

Beliau turut menasihatkan ADN supaya tidak bersubahat dan condong kepada kleptokrat.

“Kuasa ialah tanggungjawab bukan keistimewaan. Suasana politik hari ini menuntut kita mengajak rakyat membuat pilihan sama ada menyuburkan demokrasi atau melindungi kleptokrasi.

DNS MAC 2017 (8)“Saya menyambut baik saranan ADN demi merealisasikan gagasan membangun bangsa dan memakmur negeri. DYMM Sultan Selangor turut bertitah falsafah politik yang jitu adalah politik yang tidak memburu kekuasaan tetapi politik dalam konteks sebenarnya ialah usaha mencapai urus tadbir yang cemerlang demi membangun negeri.

“ADN-ADN menghayati dan responsif terhadap titah Tuanku yang menyeru kepada perpaduan dan mengutamakan perkhidmatan kepada rakyat mengatasi politik yang sempit,” katanya di ucapan penutup Sidang Dewan Negeri, di sini.

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata titah Tuanku itu amat bertepatan dengan menjunjung titah murni supaya segala yang kusut dapat dirungkat dan seteru dapat berdamai.

“Dewan Negeri Selangor merupakan institusi demokrasi. Kita berada di sini kerana dipilih rakyat dan membawa mandat rakyat untuk bekerja maka menjadi tanggungjawab ADN untuk memelihara mandat rakyat bagi memenuhi aspirasi rakyat Selangor,” katanya.

-nR-