Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Delegasi Kerajaan Selangor selamat tiba dari Timur Tengah

OLEH AFIX REDZUAN

SEPANG, 5 MEI: Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali bersama delegasi Kerajaan Negeri selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada jam 3.05 petang, hari ini, selepas lawatan kerja, selama lima hari ke Timur Tengah.

Dalam lawatan kerja itu, Kerajaan Negeri berjaya menyempurnakan misi bertemu dan menyampaikan bantuan pendidikan Peduli Siswa berjumlah RM2.5 juta iaitu RM3,000 seorang kepada kira-kira 800 pelajar Selangor yang menuntut, di Maghribi, Jordan dan Mesir.

Beliau yang ditemui media gembira dan berpuas hati dengan lawatan kerja itu, sekali gus membuktikan keupayaan Kerajaan Selangor meneruskan skim Peduli Rakyat.

WhatsApp Image 2017-05-03 at 11.40.10 PM“Lawatan ini cukup berjaya dan pelajar Malaysia khususnya dari Selangor amat gembira dengan prestasi Kerajaan Negeri hari ini yang meletakkan program Peduli Rakyat termasuk mahasiswa sebagai asas.

“Saya dan pimpinan akan terus memberikan tumpuan supaya negeri dibangunkan dan rakyat mendapat manfaat daripada kestabilan Kerajaan Negeri, pada hari ini,” katanya.

WhatsApp Image 2017-05-03 at 11.52.41 PMDalam lawatan itu, Mohamed Azmin turut mengumumkan peruntukan RM50,000 untuk sewa bangunan di Maghribi sebagai pusat aktiviti bagi kegunaan pelajar Malaysia dan merasmikan Pejabat Atase Pendidikan Selangor, di Mesir.

Delegasi Kerajaan Selangor mendapat layanan baik daripada Duta Malaysia ke Maghribi, Dato’ Jamal Hassan; Duta Malaysia ke Jordan, Dato’ Zakri Jaafar dan Pengarah Pendidikan Malaysia di Jordan, Prof Dr Mohd Sohaimi Lazim.