Categories
SELANGOR

Selangor International Business Summit, gerbang pelaburan Asean

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 7 SEPT: Selangor berpotensi diangkat sebagai pintu gerbang pelaburan Asia Tenggara (ASEAN) menerusi komitmen Kerajaan Negeri merancakkan lagi prospek pelaburan domestik dan antarabangsa kini.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, komitmen itu dibuktikan menerusi penganjuran Selangor International Business Summit bagi tempoh tahun kedua, di Setia City Convention Centre (SCCC).

Beliau berkata, inisiatif itu mampu membuka peluang kepada Kerajaan Negeri mengukuhkan jaringan pelaburan dengan negara luar.

SIBS 4“Kerajaan Negeri amat gembira dengan penganjuran persidangan kali ini walaupun Invest Selangor mengambil keputusan memanjangkan tempoh persidangan dengan berbagai komponen, kita dapat lihat ini satu prospek positif kepada ekonomi negeri.

“Tujuan penganjuran persidangan kali ini tentulah untuk bangunkan Selangor sebagai gerbang ekonomi serantau sekali gus inisiatif ke arah memberi keyakinan lebih tinggi kepada pelabur asing.

“Saya percaya, jaringan ini meletakkan Selangor sebagai negeri kukuh dan menjadi tumpuan pelaburan domestik dan antarabangsa,” katanya pada sidang media di sini.

Terdahulu, persidangan antarabangsa itu berlangsung bermula 7 hingga 17 September melibatkan pembahagian tiga komponen utama iaitu penganjuran Forum Smart City, Forum Smart & Green City dan Forum Perdagangan Elektronik.

SIBSMenariknya, ia turut melibatkan organisasi dan syarikat dari dalam dan luar negara daripada pelbagai komponen industri pelaburan serantau.

Tahun lalu, keberkesanan penganjuran persidangan itu mendapat sambutan baik masyarakat dengan kehadiran 10,689 pengunjung dari dalam dan luar negara.

Ia turut menyaksikan perolehan pelaburan bernilai RM100 juta direkodkan sepanjang tempoh tiga hari persidangan berlansung.MB INVEST SEL 1 MB INVEST SEL SIBS 3 SIBS 1