Categories
SELANGOR

MB: Ambil iktibar peristiwa Chicago 1888, jangan benar hak pekerja dieksploitasi majikan

OLEH : ERMIZI MUHAHMAD

SUBANG, 1 MEI : Kesatuan sekerja perlu mengambil iktibar daripada peristiwa Chicago 1888 supaya hak pekerja di negara ini tidak dieksploitasikan majikan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata peristiwa itu menjadi permulaan kepada gerakan buruh sedunia dalam memastikan kebajikan pekerja terus dipelihara.

“Sambutan Hari Pekerja 1 Mei ini amat besar maknanya kepada perjuangan pemimpin sekerja seluruh dunia. Mengimbau peristiwa Chicago 1888 apabila demostrasi dibuat bagi menuntut waktu kerja lapan jam sehari dan layanan adil majikan.

MB Azmin MTUC“Mereka peka berjuang, tidak tunduk kepada kezaliman demi hak pekerja untuk membataskan perkara-perkara eksploitasi daripada menjadi hamba kepada manusia.

“Dalam ruang demokrasi yang matang, kita tidak boleh membenarkan mana-mana manusia mengeksploitasikan manusia yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Pekerja di perkarangan Wisma MTUC, di sini pagi ini.

Hadir sama, Pemangku Presiden MTUC; Abdullah Sani Abdul Hamid, Setiusaha Agung MTUC; Gopal Krishnam, bekas Setiausaha Agung MTUC Halim Mansor dan Presiden NUFAM; Ismail Nasarudin.

IMG_20160501_083541Beberapa persatuan sekerja daripada syarikat-syarikat swasta turut hadir menyertai himpunan pagi ini antaranya NUFAM, Malayan Nurses Union, Perodua dan Jeldwen Sdn. Bhd.

Dalam pada itu Mohamed Azmin berkata Kerajaan Negeri menyokong sepenuhnya komitmen MTUC memperjuangkan hak kebajikan dan kepentingan pekerja.

Antaranya, galakan pelaksanaan gaji minima RM1,500 dilaksanakan di Selangor berbanding pentadbiran Barisan Nasional di Putrajaya sekadar RM1,200.

“Walaupun wawasan 2020 semakin hampir, tetapi kita semakin jauh mencapai status negara membangun kerana gaji pekerja rakyat Malaysia masih lagi jauh berbanding upah pekerja di negara maju.

“Pekerja kita pula terus memberi sumbangan besar membantu ekonomi negara tetapi Putrajaya gagal memberi pengiktirafan sewajarnya kepada pekerja di dalam negara ini,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Turun padang 1 Mei, bantah beban GST

SHAH ALAM, 21 APR: Pakatan Rakyat akan menggerakkan ahlinya turun pada himpunan bantahan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), di Kuala Lumpur, pada 1 Mei ini.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, pihaknya menyeru rakyat Malaysia turut sama menzahirkan bantahan terhadap GST dan hadir pada himpunan berkenaan.

GSTGST yang dilaksanakan sejak 1 April lalu terus menekan rakyat, bahkan terdapat peniaga tidak bertanggungjawab mengenakan caj berkenaan sewenang-wenangnya.

Pelaksanaannya menerima reaksi negatif dan kemarahan masyarakat termasuk disuarakan di laman sosial.

Ekoran itu, himpunan anjuran Sekretariat ‘Kita Lawan’ dilaksana bagi menzahirkan rasa tidak puas hati, sekali gus mensasarkan sejuta rakyat Malaysia berhimpun bagi membantah GST dengan berpakaian hitam.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Abdul Khalid : Umno-Selangor Cuba “Beli Bilik Gerakan Pakatan”, Tabur Wang

BN UMNO SUK

SHAH ALAM 25 Apr : Umno Selangor diminta menghentikan usaha untuk membeli bilik gerakan Pakatan Rakyat Selangor dengan tujuan untuk melumpuhkan jentera PR di Selangor, dakwa Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid juga mendakwa terdapat usaha membeli undi oleh pihak-pihak tertentu dengan menabur wang kepada pengundi di Selangor.

?Saya mencabar (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak) untuk benar-benar menghormati  Akujanji Integriti yang antara lain untuk tidak mengamalkan kempen merasuah para pengundi.

?Pada masa yang sama, saya menyeru rakyat selangor tampil ke hadapan membuat laporan dan memberi maklumat  jika terdapat mana-mana calon, ejen mahupun penggerak parti politik menawarkan wang tunai ketika berkempen,? Abdul Khalid berkata dalam satu kenyataan media.

Abdul Khalid berkata laporan rasuah pengundi boleh dibuat kepada beliau, Suruhanjaya Pilihanraya dan polis.

?Saya berharap Transparency International memantau isu ini supaya pilihan raya dijalankan secara adil dan bebas.?

Pada masa yang sama, Abdul Khalid berkata satu laporan kecemerlangan pentadbiran PR Selangor akan dibentangkan di Klang pada 1 Mei sempena siri jelajah manifesto yang disertai Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

?Kita menjemput dan mengalu-alukan kehadiran Barisan Nasional untuk menyaksikan pembentangan ini termasuk calon-calon Menteri Besar Barisan Nasional.?

Dalam isu yang berlainan, Abdul Khalid mendakwa Najib tidak menghormati prinsip federalisme apabila Pengerusi Umno-BN itu berkata beliau akan sendiri pantau pentadbiran Selangor jika BN dapat menakluki Selangor.

?(Ini) menunjukkan bahawa Najib bukan sahaja tidak menghormati kedaulatan malah beliau tidak mempercayai calon bakal MB Umno yang dipilih.

?Saya menganggap ini bukan kempen sayangi Selangor tetapi memperbodohkan rakyat Selangor kerana  banyak maklumat salah tentang negeri Selangor,? kata Abdul Khalid.