JURNAL BERITA – Yunus: Khairy dapat maklumat ‘tak cukup masak’

1. Khairi dapat maklumat ‘tak cukup masak’, Stadium Hoki dalam proses baik pulih

2. Anwar: Kerajaan ‘sembunyi’ maklumat misteri kehilangan MH370

3. MH370: Najib kecut berhadapan media antarabangsa, imej negara tercalar

4. Isu lukisan Pak Samad jadi iktibar, Kerajaan Negeri akan bayar segera

5. Stadium Hoki Selangor dalam proses baik pulih

6. TAWAS serah sumbangan kepada waris mangsa kelar

7. Kajian: ADUN PR lebih responsif aduan rakyat banding ADUN BN

8. 2,589 pelajar asnaf fakir dan miskin terima bantuan pendidikan LZS

9. LZS terima Zakat Perniagaan RM20.5 juta

10. Penculikan di Sabah, Esscom patut berupaya tangani ekoran perbelanjaan RM200juta

11. Adun Bangi: ‘Bangi Selamat’ demi kesejahteraan penduduk

12. Gemar bermain catur, sertai kejohanan di Klang Parade

Categories
SELANGOR

Kajian: ADUN PR lebih responsif aduan rakyat banding ADUN BN

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 4 APRIL: Kajian yang dijalankan badan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Kuasa mendapati Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat (PR) lebih responsif terhadap aduan yang dikemukakan orang ramai berbanding ADUN Barisan Nasional (BN).

Keputusan kajian yang disiarkan di laman sesawang mykuasa.org/ms itu juga mendapati 67 peratus ADUN di Selangor membalas aduan yang dikemukakan berbanding hanya 23 peratus di Perak.

sidang dun 01Kajian yang dijalankan dari 22 hingga 31 Mac itu dibuat menerusi kaedah aduan oleh ‘pengadu misteri’ kepada ADUN di Selangor dan Perak melalui media elektronik e-mel, facebook dan twitter.

Ketua Ekskutif Kuasa, Praba Ganesan berkata wakil rakyat harus bertanggungjawab memberi respon apabila dihubungi orang ramai menerusi alamat yang mereka sendiri berikan.

“Wakil Rakyat Kubu Bahru, Lee Kee Heong dari DAP bukan sahaja dapat dihubungi menerusi ketiga-tiga kaedah, malah beliau menjawab dalam masa 15 minit,” kata Praba dipetik dari MStar semalam.

Selain Kee Heong, Praba juga memuji ADUN Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan (PAS); Teratai, Tiew Way Keng (DAP); Kinrara, Ng Sze Han (DAP), Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran (DAP); Kampung Tunku, Lau Weng San (DAP) dan Teja, Chang Lih Kang.

Kata Praba lagi, ADUN yang lebih muda juga didapati lebih responsif apabila dihubungi melalui media elektronik berbanding ADUN berusia 50 tahun ke atas.

EZY