Categories
SELANGOR

Jika dasar Kerajaan Negeri, Adun BN sedia isytihar harta

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 11 MAC: Adun pembangkang sedia mengisytiharkan harta jika perkara itu menjadi dasar Kerajaan Selangor ke atas semua barisan adunnya.

Adun Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, jika ia bukan menjadi dasar Kerajaan Negeri, maka terpulang kepada individu itu untuk melakukannya atau tidak.

Datuk-Johan-Abd-Aziz“Ini soal dasar, adakah isytihar harta itu diwajibkan ke atas setiap adun di Selangor. Seandainya dasar, maka kami sebagai Adun Selangor akan isytiharkan harta.

“Jika tidak, ini soal pribadi, terpulang kepada adun untuk isytihar atau sebaliknya,” katanya kepada Selangor Kini.

Pengisytiharan harta dalam kalangan pemimpin mula menjadi hangat apabila Ketua Umno Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mencabar adun dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) mengisytihar harta mereka.

Sebaliknya, perkara itu sudah dilaksanakan kepimpinan PR Selangor sejak 2008 dan tidak menjadi masalah besar untuk melakukannya sekali lagi.

-NFN-

JURNAL BERITA – Yunus: Khairy dapat maklumat ‘tak cukup masak’

1. Khairi dapat maklumat ‘tak cukup masak’, Stadium Hoki dalam proses baik pulih

2. Anwar: Kerajaan ‘sembunyi’ maklumat misteri kehilangan MH370

3. MH370: Najib kecut berhadapan media antarabangsa, imej negara tercalar

4. Isu lukisan Pak Samad jadi iktibar, Kerajaan Negeri akan bayar segera

5. Stadium Hoki Selangor dalam proses baik pulih

6. TAWAS serah sumbangan kepada waris mangsa kelar

7. Kajian: ADUN PR lebih responsif aduan rakyat banding ADUN BN

8. 2,589 pelajar asnaf fakir dan miskin terima bantuan pendidikan LZS

9. LZS terima Zakat Perniagaan RM20.5 juta

10. Penculikan di Sabah, Esscom patut berupaya tangani ekoran perbelanjaan RM200juta

11. Adun Bangi: ‘Bangi Selamat’ demi kesejahteraan penduduk

12. Gemar bermain catur, sertai kejohanan di Klang Parade

Categories
NASIONAL

Takut Tidak Dicalonkan, Adun BN Hadir Ke Sidang DNS

SHAH ALAM, 20 NOV: Berbeza dengan persidangan sebelumnya, kehadiran memberansangkan Adun BN dalam sidang Dewan Negeri Selangor kali ini berpunca daripada kebimbangan tidak dicalonkan semula dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Demikian menurut Adun Seri Muda, Suhaimi Shafie ketika sesi perbahasan di hari Sidang DNS hari ini.

Ketika diminta mengulas lanjut, beliau memberitahu kehadiran Adun BN pada tahun pertama Pakatan Rakyat mengambil alih Kerajaan Negeri adalah baik.

“Paling ketara semenjak tercetus kes melibatkan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Khir Toyo kehadiran mereka jauh merosot sampai kurang separuh Adun BN yang hadir hingga ada suatu ketika tiada seorang pun Adun BN yang hadir.

“Bagaimanapun tak tahulah saya selepas hari ini adakah kehadiran tinggi ini akan kekal selepas ini,” kata Suhaimi kepada TV Selangor di lobi Bangunan Annex DNS hari ini.

Kehadiran dalam sidang DNS adalah sebahagian dari tanggungjawab ADUN selaku wakil rakyat yang dipilih di dalam pilihan raya.

Selain itu kehadiran mereka juga dianggap penting bagi membawa masalah dan isu rakyat di kawasan masing-masing.