Categories
SELANGOR

Tasik Seri Aman masih belum ‘aman’

Oleh: Naeem Raffi

SHAH ALAM 19 JUN: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) masih belum memulakan kerja-kerja pembersihan di Taman Rekreasi Tasik Seri Aman yang tercemar ekoran kerja-kerja penambakan menggunakan sampah.

ADUN Seri Serdang, Noor Hanim Ismail berkata beliau kesal atas kelewatan MPSJ melantik kontraktor pembersihan biarpun tarik luput sebut harga telah lama tamat.

Tasik Sampah 4“Pada Ahad lalu (15 Jun), saya turun ke lokasi dan keadaannya masih seperti dahulu, tasik dipenuhi sampah

“Perkara ini telah meluas diperkatakan. Dari aduan penduduk sehingga mendapat liputan media. Mengapa sehingga kini, MPSJ masih belum bertindak,” katanya ketika ditemui Selangor Kini di Dewan Annex baru-baru ini.

Noor Hanim berkata, beliau telah menghantar laporan bergambar mengenai perkara itu pada hari yang sama. Malangnya sehingga kini tiada respon dari MPSJ.

“Kesempatan di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), saya telah ‘follow up’ perkara ini kepada Exco Kerajaan Tempatan, Teng Chang Khim.

“Beliau memaklumkan, perkara ini akan dibawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk diambil tindakan segera. Jadi, kita lihat perkembangannya dalam tempoh seminggu dua ini,” jelasnya.

Bermula 27 Mei, MPSJ telah mengaut sebahagian sampah sarap didalam tasik dengan menghantar beberapa lori dan jengkaut ke Taman Rekreasi Tasik Seri Aman.

MPSJ juga menempatkan tong roro dan membina longkang besar serta meletakkan penghalang konkrit di empat lokasi pembuangan sampah bagi menghalang aktiviti pembuangan dan penambakan menggunakan sampah dan sisa binaan.

Kerja-kerja pembersihan awal tersebut dilakukan MPSJ sebelum kontraktor pembersihan dilantik dalam tempoh dua minggu selepas tarikh luput sebut harga pada 28 Mei lalu.

Bagaimanapun sehingga kini, belum ada apa-apa perkembangan mengenainya.

Sebelum ini, siasatan Selangor Kini ke atas isu penambakkan Taman Rekreasi Tasik Seri Aman menimbulkan beberapa petujuk penting.

Difahamkan, kerja-kerja penambahkan tersebut dilakukan oleh kumpulan tertentu yang mendakwa mereka sebagai pemilik tanah.

Lebih memeranjatkan, tasik yang telah digazetkan sebagai taman rekreasi itu telah diagih-agihkan kepada 12 sehingga 20 lot.

EZY

 

Categories
NASIONAL SELANGOR

MB : 50 % Datum Jelatek Untuk Bumiputera – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 03072013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 2.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merujuk Ahli Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng ke jawatankuasa hak dan keistimewaan parlimen atas dakwaan menyalahgunakan kekebalan berhujah di Parlimen.

2. Kuota jualan kepada pembeli bumiputera di projek kondominium bercampur Datum Jelatek oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) lebih tinggi daripada kuota bumiputera yang ditawarkan oleh projek yang dikendalikan Kerajaan Persekutuan.

3. Dalam usaha melahirkan generasi masa depan Selangor yang lebih cemerlang, Kerajaan Negeri disaran merangka program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) khusus untuk golongan anak muda.

4. Adun Seri Serdang Noor Hanim Ismail menyarankan Kerajaan Negeri melaksanakan pembahagian peruntukan mengikut jumlah penduduk per kapita.