Categories
SELANGOR

Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 akan diputuskan 16 Mei ini

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 14 MEI: Kerajaan Negeri kini dalam rundingan peringkat akhir bersama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) bagi memuktamadkan penggunaan Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA 114) 2006.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata kedua-dua pihak bersetuju untuk membuat ketetapan pada minggu ini sama ada WSIA 114 akan dilaksanakan atau sebaliknya dalam usaha pengambilalihan industri perkhidmatan air di Selangor.

“Kerajaan Negeri bersetuju dengan kementerian untuk tetapkan Jumaat ini sebagai tarikh terakhir dalam memastikan sama ada Seksyen 114 akan dilaksanakan.

Abdul Khalid“Tumpuan rundingan adalah bagaimana pelaksanaan 114 dapat tentukan bahawa selesainya pengambilalihan oleh kerajaan persekutuan, sementara aset dan operasi akan diambil alih oleh Kerajaan Negeri,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, di sini, hari ini.

Pada 26 Februari lalu, Kerajaan Negeri menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama KETTHA dalam usaha mengambil alih industri perkhidmatan air di Selangor.

Kerajaan Negeri sebelum ini menawarkan RM 9.65 billion kepada empat syarikat konsesi namun hanya diterima Korsortium Abass Sdn Bhd sementara tiga yang lain iaitu Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH), Puncak Niaga Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) tidak bersetuju.

air MBMengulas perkembangan lain, Abdul Khalid berkata, semua syarikat konsesi terpaksa menerima keputusan itu jika WSIA 114 dikuatkuasakan.

“Kalau WSIA114 dilakukan, konsesi hanya menerima keputusan terbabit sebab keputusan itu adalah keputusan undang-undang di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air.

“Mereka boleh cabar tetapi pelaksanaan akan terus dilakukan,” katanya.

Baru-baru ini, Abdul Khalid berkata, beliau dimaklumkan dua syarikat konsesi seakan berminat dengan tawaran berkenaan serta tidak mahu WSIA 114 dikuatkuasakan.

Oleh itu, katanya, Kerajaan Negeri kini dalam pertimbangan kemungkinan menolak pelaksanaan WSIA 114.

Jika WSIA 114 dikuatkuasakan, tawaran yang akan diterima tiga syarikat konsesi dijangka lebih rendah daripada tawaran yang dibuat sebelum ini.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Selangor Sambut Baik Pusat Setuju Penstrukturan Semula Industri Air


SHAH ALAM, 9 OGOS: Selangor menyambut baik keputusan Kerajaan Pusat yang bersetuju memberi hak untuk Kerajaan Negeri melaksanakan penstrukturan semula perkhidmatan air.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Kerajaan Negeri telah lama bersedia untuk melaksanakan penstrukturan semula industri air selaras dengan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).

“Sehubungan itu, Kerajaan Negeri akan memanggil semula empat pemegang konsesi bagi menyelesaikan pengambilalihan syarikat konsesi berdasarkan harga pasaran yang munasabah,” kata beliau dalam satu kenyataan akhbar lewat petang tadi.

Abdul Khalid turut memberitahu pemegang konsesi tersebut boleh merujuk kepada timbangtara bebas sekiranya tidak berpuas hati dengan nilai yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri.

“Kerajaan Negeri akan mematuhi keputusan yang dibuat oleh badan timbang tara tersebut,” kata beliau lagi.

Bagi mempercepatkan proses tersebut, Kerajaan Negeri turut menubuhkan jawatankuasa khas yang diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri untuk memuktamadkan pengambilalihan tersebut selewat-lewatnya pada September 2012.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan mengemukakan cadangan kepada Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN), Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi memastikan pemajakkan aset air negeri dan pengambilalihan liabiliti industri air dapat diselesaikan serentak.

Pada masa sama juga, pemantauan ke atas Syarikat Bekalan Selangor Air Sdn Bhd (Syabas) akan diteruskan oleh Jawatankuasa Pemantauan bekalan air seperti biasa.

Semalam, Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu-Isu Air Selangor memutuskan untuk memberi hak kepada Kerajaan Negeri untuk melaksanakan penstrukturan semula perkhidmatan air di negeri itu.

Jawatankuasa Khas Kabinet yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu mencapai keputusan tersebut dalam mesyuarat ke duanya pada 2 Ogos lalu.