Categories
NASIONAL

5 Mei tarikh lihat anak bulan

KUALA LUMPUR, 26 APR: Tarikh melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia adalah pada Ahad, 5 Mei bersamaan 29 Syaaban 1440 Hijrah.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, jawatankuasa yang berkenaan akan melihat anak bulan Ramadan pada petang hari tersebut di 29 lokasi.

Ia merangkumi:

1. Pontian Kecil, Johor
2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka
3. Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor
5. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor
6. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor
7. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak
8. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang
9. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah
10. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah
11. Menara Alor Setar, Kedah
12. Bukit Besar, Kuala Terengganu; Terengganu
13. Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu
14. Pulau Perhentian, Besut, Terengganu
15. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu
16. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan
17. Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan
18. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu, Kelantan
19. Esplanade Luak, Miri, Sarawak
20. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak
21. Tanjung Batu, Kuching, Sarawak
22. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah
23. Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang
24. Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang
25. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang
26. Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan
27. Menara Kuala Lumpur
28. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
29. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis

Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa melalui radio dan televisyen,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

Categories
GLOBAL

Umat Islam di Thailand, Indonesia & Singapura sambut 1 Syawal hari ini

PATTANI 15 JUN: Umat Islam di Thailand menyambut Hari Raya Aidilfitri hari ini setelah pihak berkuasa agama mengisytiharkan anak bulan telah kelihatan di selatan negara itu petang semalam

Perisytiharan tarikh 1 Syawal itu serentak dengan Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Pengumuman rasmi tarikh sambutan Aidilfitri itu dibacakan oleh Sheikhul Islam Thailand, Aziz Phitakumpol, yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara menerusi televisyen tempatan, NBT Thailand, malam tadi.

Petang semalam, kira-kira 1,000 umat Islam daripada empat wilayah di selatan Thailand berkumpul di Bukit Parik, daerah Yaha di wilayah Yala untuk melihat anak bulan bagi penentuan tarikh sambutan Aidilfitri.

Anak bulan telah kelihatan kira-kira 6.45 petang semalam (waktu tempatan).

SUMBER: BERNAMA

Categories
AGAMA SELANGOR

3 kawasan Selangor, lihat anak bulan Syawal 14 Jun ini

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 6 JUN: Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang Khamis, 14 Jun ini.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan memaklumkan, ketetapan Rukyah dan Hisab ditetapkan bagi menentukan tarikh Hari Raya Puasa.

Sementara itu 29 tempat melihat anak bulan sudah dikenal pasti melibatkan beberapa kawasan seluruh negara.

Antaranya di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Negeri Sembilan.

Di Selangor, lokasi melihat cerapan anak bulan dibuat di Bukit Melawati di Kuala Selangor, Bukit Jugra di Banting dan Balai Cerap Sabak Bernam, Selangor.

Umumnya, pengisytiharan pengumuman tarikh akan dibuat di televisyen dan radio seluruh negara, pada malam sambutan Syawal.

Categories
NASIONAL

5 Jun tarikh cerapan anak bulan Ramadan

SHAH ALAM 27 MEI : Tarikh untuk melihat atau mencerap Anak Bulan Ramadan bagi menentukan serta menetapkan tarikh permulaan awal puasa tahun ini adalah pada lewat petang hari Ahad, 5 Jun bersamaan 29 Syaaban 1437 Hijrah.

Sebagai makluman, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang ditetapkan, melalui radio dan televisyen

melihat-anak-bulanMajlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab.

Di Selangor lokasi cerapan adalah Bukit Melawati Kuala Selangor, Bukit Jugra Banting Kuala Langat dan Balai Cerap Selangor Sabak Bernam.

EZY

Categories
NASIONAL

Tarikh lihat anak bulan Ramadhan 27 Jun

KUALA LUMPUR, 20 JUN: Tarikh dan masa melihat anak bulan Ramadhan untuk menetapkan permulaan puasa ialah pada petang Jumaat, 27 Jun bersamaan 29 Syaaban.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan hari ini berkata Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

melihat-anak-bulanPenyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan Puasa melalui radio dan televisyen.

Menurut pejabat itu, jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan akan melihat anak bulan Ramadan di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak dan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.

Lokasi lain ialah Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah; Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu di Terengganu; Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu di Kelantan.

Tempat lain pula ialah di Tanjong Lubang, Miri; Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang; Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.

BERNAMA