Categories
SELANGOR

Bantuan asnaf: LZS tidak perketat syarat, hanya laksana pemutihan

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 28 APR: Bagi memastikan bantuan zakat disalurkan kepada keluarga yang benar-benar memerlukan, Lembaga Zakat Selangor (LZS) melaksanakan proses pemutihan dan semakan kelayakan secara tahunan.

Ketua Pegawai Penyelarasnya, Abdul Basith Hamid berkata, hal itu ekoran peningkatan penerima bantuan setiap tahun di bawah kategori asnaf fakir dan miskin, masalah ekonomi, bilangan tanggungan selain faktor Selangor sebagai lokasi tumpuan untuk mencari pendapatan.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, pihaknya tidak memperketatkan syarat kelayakan kepada penerima memandangkan cadangan itu disifatkan zalim, sekali gus menafikan hak asnaf mendapatkan bantuan.

“Peningkatan asnaf ini memerlukan dana zakat yang tinggi, namun kita tidak akan berbuat demikian dengan perketat syarat kelayakan sebaliknya, golongan ini harus dibantu.

“Apa yang boleh kita lakukan adalah mengikut kaedah maqasid syariah, memberikan bantuan mengikut keutamaan keperluan daruriyyat (terdesak), hajiyyat (umum) dan tahsiniyyat (apa yang patut),” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pertambahan penerima bantuan persiapan menjelang Ramadan dan Hari Raya, pada tahun ini.

Semalam, LZS mengadakan program Bantuan Ramadan dan Hari Raya kepada asnaf, fakir miskin serta mualaf negeri Selangor 2019, di Dewan Alwi Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

Program dirasmikan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor merangkap Ahli Dewan Negeri (ADN) Sementa, Dr Daroyah Alwi.

Categories
SELANGOR

MDKL : Bersama Anak Yatim – LENSA

Sinopsis:

Saksikan Lensa setiap hari Isnin dan Khamis jam 12.00 tengah hari hanya di www.selangorkini.net

Rumah Anak yatim dan Asnaf As Solihin Kanchung Darat, Banting yang menempatkan hampir 60 orang anak-anak yatim dan asnaf menjadi lokasi pilihan Majlis Daerah Kuala Langat dalam penganjuran Majlis Berbuka Puasa Mesra Media bersama anak-anak yatim dan Asnaf bagi tahun 2013.