Categories
NASIONAL

LENSA nafi anjur demonstrasi desak Azmin letak jawatan

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 21 OKT: Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) menafikan laporan di Twitter berhubung penganjuran sebuah demonstrasi di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bagi mendesak Mohamed Azmin Ali meletakkan jawatan sebagai Datuk Menteri Besar Selangor, hari ini.

Koordinatornya, Ekhsan Bukharee berkata, berita palsu yang tersebar di laman sosial milik badan bukan kerajaan (NGO) itu digodam pihak tidak bertanggungjawab untuk memburukkan mereka.

Katanya, insiden penyebaran berita palsu yang mengaitkan LENSA berlaku sejak awal Oktober lalu, namun motif pihak terbabit tidak diketahui.

janji demokrasi 01“Ini bukan kali pertama LENSA diburukkan kerana sebelum ini media ada menghantar mesej kepada saya bertanya berkenaan demonstrasi di hadapan kilang Carlsberg.

“Saya menyedari pemalsuan Twitter Lensa itu petang tadi (20 Oktober) melalui makluman rakan saya dan menganggap ini adalah tindakan ‘sampah’,” katanya kepada Selangor Kini.

Pada masa sama, Ekhsan berkata, pihaknya tidak bercadang membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan menegaskan tidak akan melayan sebarang publisiti murahan yang cuba dimainkan pihak tertentu.

Beliau juga menolak untuk mengaitkan kemungkinan pihak sama terbabit terhadap aktiviti penggodaman berkenaan.

LENSA“Tidak perlu melayan sebarang godaman atau pencerobohan kerana banyak isu yang ingin kami bawa dan sampaikan kepada rakyat.

“Saya tidak pasti siapa bertanggungjawab cuma yang peliknya LENSA baru sahaja bertapak, kenapa orang takut sangat sehingga sanggup menggodam Twitter kami?” katanya.

Terdahulu LENSA didakwa akan mengadakan demonstrasi pada jam 2 petang ini di hadapan bangunan SUK bagi mendesak Azmin meletakkan jawatan kerana membelakangkan demokrasi.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MB: LENSA cakap isu demokrasi tapi pertikai hak rakyat berhimpun?

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR 18 OKT : Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menyifatkan gesaan Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) supaya rakyat tidak terlibat dalam perhimpunan solidariti untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sesuatu yang janggal.

Hal ini berikutan pada masa sama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dianggap mesra Pakatan Rakyat (PR) itu bercakap soal demokrasi yang menjamin hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

MB Azmin“Ini adalah proses demokrasi untuk mereka menyatakan dalam perhimpunan aman dan ini sesuatu yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Kalau dia bercakap soal demokrasi, kenapa dia nak halang pihak lain untuk adakan perhimpunan secara aman?” Kata Mohamed Azmin kepada wartawan selepas menghadiri program Malaysia Largest Lion Dance di Viva Home Shoping Mall di Jalan Loke Yew, di sini.

Terdahulu Jurucakap Lensa, Ekhsan Bukharee dalam sepucuk surat yang tidak dinyatakan nama penerimanya berkata, rakyat sudah letih untuk berdemontrasi setiap kali Anwar menghadapi perbicaraan di mahkamah.

Jelas beliau, sokongan rakyat terhadap Anwar juga semakin berkurangan dan berharap agar Anwar bersara dari arena politik tanah air.

Ekhsan berkata demikian ekoran langkah Angkatan Muda Keadilan (AMK) menganjurkan himpunan ‘Rakyat Hakim Negara’ menjelang keputusan rayuan terakhir Anwar di Mahkamah Persekutuan hukjung bulan ini.

Sementara itu, program Malaysia Largest Lion Dance hari ini dicatatkan di Malaysia Book of Records apabil mengadakan tarian singa terbesar di negara ini.

Tarian kebudayaan kaum Cina itu melibatkan 300 ‘singa’ dengan jumlah penari dan pemain muzik seramai hampir 1,000 orang pada suatu masa.

Acara kemuncak program dua hari itu akan diadakan esok.

EZY

Categories
BERITA UTAMA

Kalau Anwar yang berusia masih bertenaga, kenapa anak muda Lensa letih tak bermaya?

Oleh: Shahbudin Husin

Sebuah NGO anak muda pro PR yang dikenali Lensa tiba-tiba bersuara mahukan Anwar Ibrahim bersara daripada politik negara. Kononnya mereka sudah letih dan tidak akan bersolidariti di jalanraya lagi.

Dalam erti kata, kalau Mahkamah Persekutuan mendapatinya kekal bersalah, berehat sajalah di penjara dan kemudian bersara. Kalau dibebaskan pula, lebih baiklah berehat saja atau berhijrah dan nikmati kehidupan berkeluarga yang lebih baik.

AnwarSebelum ini, NGO yang sama juga meminta Pas keluar daripada PR kerana kononnya juga parti itu menjadi punca segala masalah dan kekalutan dalam gabungan itu, terutama berkaitan isu Menteri Besar Selangor.

Kalau Pas mahu diketepikan dan Anwar pula diminta bersara, berehat dan berhijrah, apakah Lensa berniat mahu mengambil alih teraju PR untuk berlawan dengan UMNO dan BN selepas ini?

Apakah Lensa yang baru ditubuhkan ini mampu melonjakkan sokongan perubahan undi popular sebanyak 52 peratus dan kemenangan 89 kerusi dalam pilihanraya lalu kepada angka yang lebih baik lagi?

Atau apakah Lensa ini sebuah NGO tajaan UMNO dan BN? Melaung dan menjerit atas nama PR tapi dalam hati percaya hanya UMNO dan BN saja yang mampu mentadbir negara ini?

Ramai yang keliru dengan langkah dan pencak Lensa ini? Mereka sendiri wujud atas nama perjuangan yang diasaskan oleh Anwar tetapi dalam masa yang sama mahukan Ketua Pembangkang itu berundur dan bersara?

Lebih tidak enak, seruan bersara itu dilontarkan ketika Anwar sedang menghadapi detik genting dan penentuan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 28 dan 29 Oktober depan. Jika sudah menjual nama sebagai NGO pro PR, kenapa bertindak seakan-akan duri dalam daging, telunjuk lurus kelingking berkait dan musuh dalam selimut?

Kalau merasakan tidak sesuai dengan perjuangan PR yang diasaskan oleh Anwar bersama PKR, Pas dan DAP, kenapa tidak menjadi NGO yang bebas atau bergerak seperti Isma atau Perkasa saja? Atau buatlah seperti NGO beruniform dan bercermin mata hitam yang kerjanya membuat hanya membuat laporan polis saja?

Berbanding dengan beberapa NGO, gerakan, kelompok dan pemimpin anak muda lain yang lahir sejak gerakan reformasi pada 1998, Lensa dikira masih bayi dan baru belajar bertatih saja dalam politik negara ini.

anwar taman ampang 1 mei 02Barangkali belum secawan keringat mereka yang tumpah dan belum setitik juga darah yang terpercik berbanding Anwar yang pernah dipenjara, difitnah, dizalimi dan dipukul setengah mati.

Sementara yang lain masih aktif, bertenaga dan berselera, mengapakah Lensa seakan sudah patah kandar dan mengaku letih hanya setelah dua tiga langkah perjalanan?

Anwar yang keluar masuk penjara, difitnah siang malam, menghabiskan banyak masa di mahkamah, menguruskan masalah parti, memastikan PR sentiasa kukuh dan diselang-seli masalah anak-anak serta keluarga tetapi tidak pernah mengadu letih walaupun semakin berusia, tidak malukah anak muda Lensa ini siang-siang lagi sudah mengaku tidak bertenaga?

Bagaimana agaknya jika mereka ini dewasa ketika hangatnya era reformasi dulu?

Reformasi dan PR tidak mungkin wujud tanpa Anwar dan tanpa isu yang melibatkan dirinya. Dengan kecekalan Anwar meneruskan perjuanganlah, maka terhasil apa yang ada sekarang.

Jika Anwar letih, lebih baik beliau akur saja dengan Mahathir pada 1998 dulu dan boleh memilih kehidupan yang lebih baik untuk diri dan keluarganya. Tetapi kerana itu bukan prioriti dalam hidupnya, kehidupan getir, berliku dan penuh azab yang dilaluinya.

Rakyat negara ini seharusnya berterima kasih dengan Anwar. Tanpa beliau, bukan saja PR tidak ada, pembangkang yang kuat tidak wujud, perubahan di beberapa kerajaan negeri tidak berlaku, malah Lensa sendiri entah di longkang mana beradanya. Dengan pembangkang yang kuatlah, baik BN atau PR berlumba-lumba memberi yang terbaik kepada rakyat.

Memang apabila sampai masanya, bukan saja Anwar malah semua pemimpin akan bersara dan mengundurkan diri. Sama ada Anwar dipenjara atau dibebaskan pada 28 dan 29 Oktober ini, yang penting nama Anwar, isu Anwar dan perjuangan yang diasaskannya tetap diperlukan sekurang-kurangnya untuk menghadapi PRU 14 akan datang.

Meminta Anwar bersara, berehat dan berhijrah di saat genting ini tidak menyumbang ke arah sistem dua parti yang kuat dan jauh sekali untuk merangsang lagi kesedaran rakyat bagi mengakhiri tempoh kuasa UMNO dan BN, sebaliknya hanya mengundang rasa gembira Najib saja.

Atau barangkali memang itu yang dimahukan Lensa. ( SH 18/10/2014)

Categories
NASIONAL SELANGOR

10 projek rumah terbengkalai dipulihkan – LENSA

Sinopsis:

Majlis Daerah Kuala Selangor antara PBT yang mengambil langkah serius dalam menyelesaikan permasalahan projek-projek terbengkalai.

Majlis Daerah Kuala Selangor telah memberi tumpuan serius dan hasil dari usaha ini Sebanyak 10 kes projek terbengkalai kini dalam tindakan pemulihan.

Layari http://www.selangorkini.net

Categories
SELANGOR

Tapak sampah haram bakal dirampas dan disita – LENSA

Sinopsis:

Tapak pembuangan sampah haram wujud di kawasan Johan Setia berhampiran dengan kediaman penduduk. Masalah ini mengundang rasa tidak senang di kalangan penduduk. Adun Sri Muda dan pihak Majlis Perbandaran Klang melawat ke tempat kejadian.

Layari http:www.selangorkini.net

Categories
SELANGOR

Masyarakat dan keselamatan – Lensa

Sinopsis:

Saksikan Lensa hanya di www.selangorkini.net

Peningkatan kadar jenayah samun dan rompak yang berlaku saban hari kini semakin membimbang. Sasaran penjenayah yang beralih arah dengan memfokuskan aktiviti jenayah mereka di kawasan taman-taman perumahan baru di kawasan bandar antara modus operandi jenayah yang terancang.

Categories
SELANGOR

Kilang haram – Lensa

Saksikan Lensa hanya di www.selangorkini.net

Sebuah kilang pemprosesan barangan plastik berani beroperasi walaupun tidak memiliki lesen yang sah serta gagal mematuhi aspek keselamatan alam sekitar . Kilang tersebut juga sanggup memalsukan dokumen untuk mengabui pihak berkuasa tempatan . Namun perkara tersebut akhirnya terbongkar.

Kandang Haram – Lensa

Saksikan Lensa hanya di www.selangorkini.net

Sikap segelintir penternak lembu yang membina kandang secara haram di kawasan yang tidak bersesuaian bukan sahaja mengundang suasana rasa tidak selesa kepada masyarakat sekeliling akibat pencemaran bau najis malah ianya mencacatkan pemandangan dan tanpa disedari ianya mungkin boleh membawa padah kepada orang lain.

Sepasukan anggota penguatkuasa Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) telah bertindak tegas dalam operasi meroboh kandang lembu yang dibina secara haram di bawah jejantas lebuhraya elite km 18.8 arah selatan atas aduan dari orang awam.

Categories
SELANGOR

Masyarakat dan keselamatan – Lensa

Sinopsis:

Saksikan Lensa hanya di www.selangorkini.net

Peningkatan kadar jenayah samun dan rompak yang berlaku saban hari kini semakin membimbang. Sasaran penjenayah yang beralih arah dengan mefokuskan aktiviti jenayah mereka di kawasan taman-taman perumahan baru di kawasan bandar antara modus operandi jenayah yang terancang.

Categories
SELANGOR

Isu pondok pengawal di Bukit Rimau – Lensa

Sinopsis:

Saksikan Lensa hanya di www.selangorkini.net

Peningkatan kejadian jenayah dikawasan perumahan seperti pecah rumah, merompak, ragut, mencuri dan sebagainya semakin membimbangkan. Antara langkah yang diambil oleh persatuan penduduk bagi mengawal keadaan ini adalah dengan membina pondok pengawal. Namun, embinaan pondok pengawal di Bukit Rimau telah mencetuskan pergolakan antara dua kawasan perumahan iaitu penduduk Jalan Sg. Rinching dan Jalan Sg. Burung.

Categories
SELANGOR

Operasi pindah halangan – Lensa

Sinopsis:

Saksikan Lensa setiap hari Isnin dan Khamis jam 12.00 tengah hari hanya di www.selangorkini.net

Operasi demi operasi terus giat diperlakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor bagi memastikan zon yang bersih, aman dan harmoni. Baru-baru ini Majlis Perbandaran Selayang meneruskan operasi “OPS PINDAH HALANGAN” di sekitar kawasan Selayang dan Gombak

Categories
SELANGOR

Ramadhan bersama MPS dan anak yatim – Lensa

Sinopsis:

Saksikan Lensa setiap hari Isnin dan Khamis jam 12.00 tengah hari hanya di www.selangorkini.net

Biro Agama Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Perbandaran Selayang akan mengadakan satu program memasak bubur lambuk bagi merapatkan siratulrahim serta mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak- anak yatim.