Categories
SELANGOR

Selangor perlu inisiatif jangka panjang bantu petani

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 6 APRIL: Golongan petani dan pesawah perlu diberi perhatian sepenuhnya dalam usaha merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri memacu pertumbuhan Smart State.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Pajang, Budiman Mohd Zohdi, berkata golongan terbabit berdepan kesukaran meneruskan aktiviti pertanian ekoran masalah kemarau yang berlaku ketika ini.

budiman zohdi“Petani sudah membuat beberapa rundingan dan persetujuan kepada pihak pembekal untuk mendapatkan bekalan benih tanaman padi calit.

“Tetapi bila keadaan air yang kurang konsisten (faktor kemarau) menyebabkan para petani mengalami kerugian.

“Jadi, kita mahu Kerajaan Negeri memberi tumpuan dan mengambil perhatian dalam isu ini,” katanya kepada SelangorKini.

Sungai Panjang adalah kawasan tumpuan pertanian di Selangor melalui kegiatan penanaman kelapa sawit dan padi.

Pada masa sama, hasil pertanian di kawasan itu turut menyumbang kepada pengeluaran pertanian utama negeri dengan perolehan keseluruhan sebanyak 42.7 peratus atau RM32 juta.

Usaha menggerakkan industri pertanian negeri juga sehingga kini tidak pernah tercicir dengan peruntukan sebanyak RM26 juta bagi tujuan pembangunan pertanian pada Belanjawan 2016 lalu.

-AA-

Categories
NASIONAL SELANGOR

Iskandar : 15,105 Ditawar Miliki Rumah Kos Rendah

iskandar-11

SHAH ALAM 2 JULAI : Seramai 15,105 orang pemohon ditawarkan untuk memiliki rumah kos rendah dari tempoh 2008 hingga 2013.

Manakala seramai 1,568 pemohon ditawarkan oleh Kerajaan Negeri untuk memiliki Rumah Mampu Milik sejak ia diperkenalkan dari tahun 2011 sehingga 30 Mei 2013.

Exco Perumahan, Pengurusan Bandar dan Peneroka Bandar, Iskandar Samad berkata bilangan itu adalah pemohon yang dibantu untuk memiliki rumah sendiri.

Dalam pada itu, katanya, Kerajaan Negeri juga sudah melaksanakan penambahbaikan kepada proses penawaran rumah kos rendah.

“Antaranya pemilihan nama-nama pemohon yang berjaya ditawarkan dilakukan oleh satu jawatankuasa berpusat kendalian Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) untuk memastikan pengagihan yang adil dan bebas.

“Selain itu, mempamerkan nama-nama pemohon yang berjaya bagi projek-projek baru pada laman web LPHS selama dua minggu untuk memberi peluang kepada pihak-pihak yang tidak berpuas hati untuk melakukan bantahan,” katanya yang menjawab pertanyaan lisan Budiman Mohd Zohdi (BN-Sungai Panjang) ketika sidang Dewan Negeri Selangor semalam.

Selain itu, beliau memaklumkan Kerajaan Negeri kini pada peringkat akhir rundingan dengan pihak bank untuk mendapatkan pinjaman perumahan bagi pembeli-pembeli rumah kos rendah di Rimba Jaya (Shah Alam)dan Sungai Sering (Hulu Kelang).

Katanya, ia sebagai usaha Kerajaan Negeri membantu penduduk mendapatkan pinjaman perumahan.