Categories
EKONOMI NASIONAL

Bursa Malaysia baik pagi ini

KUALA LUMPUR, 14 JULAI: Indeks penanda aras pasaran tempatan, Indeks FBM KLCI memulakan dagangan awal pagi ini dengan nota positif.

Pada jam 9.07 pagi, indeks penanda aras itu berada pada 1,755.20, naik 1.42 mata berbanding penutup semalam.

Indeks FBM Emas juga dibuka 9.66 mata lebih tinggi kepada 12,505.92 dan Indeks FBMT100 berada dalam jajaran meningkat 9.58 mata kepada 12,151.82.

Suasana pasaran turut bermula positif apabila kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 148 berbanding 89, sementara 1,546 kaunter tidak berubah.

Jumlah dagangan berada pada paras 207.94 juta saham bernilai RM67.67 juta didagangkan.

*Sumber: BH Online

Categories
EKONOMI

Bursa Malaysia dibuka rendah, berada pada 1,754.29 mata

KUALA LUMPUR 12 JULAI: Bursa Malaysia dibuka lebih rendah sedikit pagi ini susulan lantunan teknikal dalam kaunter terpilih selepas indeks itu jatuh di bawah paras 1,760 untuk tiga sesi berturut-turut, kata peniaga.

Pada jam 9.20 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,754.29, turun 0.74 mata daripada 1,755.03 penutup Selasa.

Ia dibuka 0.91 mata lebih kukuh pada 1,755.94. Jajaran pasaran negatif susulan kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 173 berbanding 155 dengan 177 kaunter tidak berubah, 1,289 tidak didagangkan sementara 33 yang lain digantung.

Sejumlah 151.55 juta saham bertukar tangan bernilai RM66.61 juta. Dalam satu nota pagi ini, Hong Leong Investment Bank berkata tumpuan hari ini kekal terhadap kaunter murah selain saham minyak dan gas di tengah-tengah lantunan harga minyak semalaman.

Indeks FBM EMAS susut 3.53 mata kepada 12,485.41, FBMT100 turun 2.98 mata kepada 12,132.65 dan FBM EMAS Syariah menguncup 14.68 mata kepada 12,694.35.

FBM ACE menambah 16.17 mata kepada 6,537.44 dan FBM 70 naik 4.56 mata kepada 14,808.26.

SUMBER: BERNAMA

Categories
EKONOMI

Bursa Malaysia diniaga rendah tengah hari

KUALA LUMPUR, 10 JULAI: Saham di Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir dagangan pagi, selari prestasi kebanyakan bursa serantau.

Pada rehat tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.11 mata kepada 1,756.82, selepas bergerak antara 1,754.57 dan 1,760.44 di sepanjang dagangan pagi.

Kedudukan pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 397 berbanding 273, manakala 353 kaunter tidak berubah, 768 tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 832.7 juta saham bernilai RM548.78 juta. Antara saham wajaran tinggi, Maybank, Sime Darby dan CIMB kekal pada RM9.63, RM9.54 dan RM6.55, manakala Petronas Chemicals susut 17 sen kepada RM6.92 sementara IHH Healthcare turun satu sen kepada RM5.90.

Seorang peniaga berkata, Indeks Komposit Jakarta susut 4.96 mata kepada 5,809.84, Bursa Saham Filipina merosot 23.84 mata kepada 7,865.49 manakala Indeks Komposit Shanghai China susut 6.66 mata kepada 3,211.31.

Antara saham indeks utama aktif, Advancecon yang disenarai hari ini, meningkat 20 sen kepada 83 sen, MLABS menokok lima sen kepada 24 sen, Netx menambah setengah sen kepada lima sen manakala Borneo Oil, Tiger Synergy, JAG Bhd dan Anzo masing-masing tidak berubah pada 11 sen, enam sen, 12.5 sen dan 12.5 sen.

Di papan skor, Indeks FBM Emas susut 21.82 mata kepada 12,528.94, Indeks FBM Emas Shariah turun 26.01 mata kepada 12,740.24, Indeks FBMT100 susut 22.49 mata kepada 12,165.58 dan FBM 70 turun 31.23 mata kepada 14,906.6.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan susut 3.21 mata kepada 7,868.78, manakala Indeks Perusahaan meningkat 3.58 mata kepada 3,246.87 dan Indeks Kewangan meningkat 10.37 mata kepada 16,772.96.

Sumber: BERNAMA

Categories
EKONOMI

Bursa Malaysia terus rugi pada tengah hari

KUALA LUMPUR, 7 JULAI: FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meneruskan kerugian pada tengah hari ekoran tekanan jualan di kaunter wajaran tinggi utama.

Indeks penanda aras ditutup 8.97 mata kepada 1,761.56, selepas bergerak antara 1,761.20 dan 1,768.61.

Ia dibuka 2.46 mata lebih rendah pada 1,768.07 berbanding 1,770.53 pada penutup semalam.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 540 berbanding 160, manakala 337 kaunter tidak berubah, 754 tidak diniagakan dan 31 lagi digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 606.82 juta saham bernilai RM536.27 juta.

Peniaga berkata, aliran harga menurun di bursa tempatan itu selari dengan prestasi lemah bursa serantau, menjejaki kedudukan lemah di Wall Street apabila pulangan Perbendaharaan AS meningkat semalam selepas data ekonomi lemah.

Di peringkat serantau, Nikkei 225 Jepun susut 0.47 peratus kepada 19,899.69, Hang Seng Hong Kong turun 0.36 peratus kepada 25,373.80, Straits Times Singapura merosot 0.21 peratus kepada 3,219.59 dan Kospi Korea Selatan turun 0.23 peratus kepada 2,382.29.

Seorang peniaga berkata pelabur memilih untuk tidak memasuki pasaran dalam kedudukan dagangan yang berhati-hati sementara menunggu lebih banyak petunjuk baharu mengenai pemulihan ekonomi dunia.

Saham wajaran tinggi utama, Maybank, TNB dan Public Bank, masing-masing susut dua sen kepada RM9.63, RM14.12 dan RM20.30.

bursa-sahamCIMB turun empat sen kepada RM6.56 manakala Petronas Chemiclas turun enam sen kepada RM7.09, manakala Sime Darby meningkat satu sen kepada RM9.54.

Mengenai saham aktif, Hubline dan AT masing-masing kekal pada enam sen dan 4.5 sen, Dagang Nexchange meningkat 1.5 sen kepada 60 sen, AHB menokok tiga sen kepada 35.5 sen, dan MRCB susut satu sen kepada RM1.48.

Indeks FBM Emas turun 70.12 mata kepada 12,561.63, Indeks FBM Emas Shariah turun 78.55 mata kepada 12,773.78 manakala Indeks FBMT100 susut 69.15 mata kepada 12,198.00.

FBM 70 susut 111.09 mata kepada 14,944.83 dan FBM Ace turun 65.16 mata kepada 6,480.81.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan mencatatkan 47.83 mata lebih rendah pada 16,793.80, Indeks Perusahaan turun 12.65 mata kepada 3,248.04 manakala Indeks Perladangan susut 93.97 mata kepada 7,872.78.

Sumber: BERNAMA

Categories
EKONOMI SELANGOR

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR, 23 JUN: Bursa Malaysia meneruskan keuntungan semalam apabila dibuka tinggi, hari ini ekoran sokongan pembelian berterusan dalam saham berwajaran tinggi seperti Hong Leong Bank dan Maybank.

Pada jam 9.01 pagi, penanda aras FBM KCLI berada pada 1,779.24, naik 1.81 mata daripada penutup semalam, 1,777.43.

Indeks utama itu dibuka 0.92 mata lebih tinggi pada 1,778.35.

Pada jam 9.30 pagi, sebanyak 205 kaunter untung mengatasi 124 kaunter rugi, manakala 243 kaunter lagi tidak didagangkan.

Jumlah saham adalah 207.977 juta dengan nilai RM91.511 juta.

*Sumber: BERNAMA

Categories
EKONOMI

Bursa Malaysia diramal catat aliran meningkat

KUALA LUMPUR 3 JUN: Bursa Malaysia dijangka dalam aliran meningkat minggu depan, didorong oleh ringgit yang stabil dan sentimen baik di pasaran luaran, dengan pengumuman data ekonomi yang kukuh di Amerika Syarikat.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata ringgit yang stabil pada RM4.28 berbanding dolar AS, adalah petanda yang baik bagi pasaran saham tempatan berikutan ia mencerminkan aliran masuk dana asing yang bertambah baik.

“Persekitaran di luar Malaysia turut positif dengan prestasi bursa serantau yang kukuh, angka pekerjaan sektor swasta AS yang meyakinkan dan tanda-tanda peningkatan ekonomi global.

“Semua faktor ini akan membawa kepada keyakinan yang lebih tinggi dalam pendapatan korporat, sekali gus menyediakan rangsangan kepada Bursa Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, purata saham Nikkei Jepun mencatatkan hampir tertinggi sejak pertengahan Ogos 2015, naik 1.6 peratus kepada 20,177.28 pada Jumaat.

Dalam negara, Nazri Khan berkata, pelan penggabungan antara RHB Bank Bhd dan AMMB Holdings Bhd akan menjadi pemangkin utama bagi sektor perbankan di Bursa Malaysia minggu depan dan dijangka mendorong FBM KLCI ke arah paras 1,800.

Sementara itu, Alliance-DBS Research berkata jangkaan pemulihan pendapatan kekal kukuh dengan pendapatan suku pertama 2017 memuaskan, apabila 65 peratus daripada syarikat di bawah liputannya memenuhi jangkaan.

Katanya, ekuiti tempatan kukuh pada Mei, bagaimanapun, berdasarkan asas yang bertambah baik dan risiko geopolitik luaran yang semakin berkurangan, memberi peluang kepada pelabur untuk memanfaatkan faktor-faktor berkenaan.

“Kami terus memilih kitaran kepada saham defensif dan yang mempunyai pemangkin pertumbuhan pendapatan yang jelas. Pilihan saham bermodal besar kami adalah Maybank, Genting dan Gamuda.

Antara saham bermodal kecil dan sederhana, kami memilih BIMB, Sunway Construction, VS Industry, Serba Dinamik, Globetronics dan Yong Tai,” kata Alliance-DBS Research.

Bagi asas mingguan, FBM KLCI meningkat 4.65 mata kepada 1,776.95, Indeks FBM Emas naik 20.68 mata kepada 12,682.26 dan Indeks FBMT 100 menambah 30.97 mata kepada 12,325.33.

Bagaimanapun, Indeks FBM Emas Syariah susut 30.11 mata kepada 12,894.35. Jumlah dagangan mingguan merosot kepada 12.34 bilion unit bernilai RM14.01 bilion daripada 16.20 bilion unit bernilai RM14.43 bilion dicatatkan minggu lalu.

SUMBER: BERNAMA

Categories
EKONOMI

Bursa Malaysia dijangka meningkat minggu depan

KUALA LUMPUR 21 MEI: Bursa Malaysia dijangka didagangkan tinggi minggu depan susulan sentimen yang lebih baik hasil pemulihan sederhana pasaran global dan harga-harga komoditi yang membantu melegakan ketidaktentuan dalam kalangan pelabur.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidik Runcit Affin Hwang Investment Bank Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata pasaran saham serantau, termasuk Malaysia, kembali mengukuh, didorong oleh prestasi Wall Street yang lebih baik, selain data ekonomi yang lebih kukuh berdasarkan data pekerjaan dan aktiviti perniagaan selepas jualan besar-besaran dua hari lalu.

Beliau berkata pelabur akan mengalihkan perhatian mereka kepada pemangkin tempatan ekoran kebimbangan yang melanda politik Amerika Syarikat sudah reda, katanya, dan menambah pasaran tempatan dan serantau juga akan terus memantau prestasi Wall Street untuk petunjuk seterusnya.

Pemulihan harga minyak mentah juga menyumbang kepada kedudukan yang lebih baik dalam pasaran tempatan minggu depan.

Pada Jumaat, minyak mentah Brent meningkat 28 cent kepada AS$52.79 setong manakala minyak mentah AS meningkat 29 cent kepada AS$49.64 setong, susulan keyakinan yang semakin meningkat bahawa negara pengeluar utama akan terus mengurangkan pengeluaran untuk mengurangkan lebihan minyak mentah.

Di pasaran tempatan, Nazri berkata data Keluaran Dalam Negara Kasar yang menggalakkan dengan pertumbuhan kukuh pada suku pertama sebanyak 5.6 peratus minggu ini, juga mendorong prestasi di bursa tempatan.

Bagi minggu yang baru berakhir, bursa tempatan tidak banyak berubah ekoran kedudukan Wall Street yang lemah, selain isu politik di AS.

Berasaskan perbandingan mingguan, FBM KLCI susut 7.59 mata kepada 1,768.28, Indeks FBM Emas turun 32.22 mata kepada 12,685.88, Indeks FBMT 100 merosot 40.83 mata kepada 12,307.17, Indeks FBM Emas Shariah susut 48.44 mata kepada 13,009.49, dan FBM 70 susut 5.95 mata kepada 15,313.96, manakala FBM Ace melonjak 163.45 mata kepada 6,601.71.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan susut 55.83 mata kepada 16,355.32, Indeks Perladangan merosot 46.79 mata kepada 8,066.00 manakala Indeks Perusahaan turun 3.01 mata kepada 3,262.22.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 16.98 bilion unit bernilai RM15.60 bilion berbanding 13.49 bilion unit bernilai RM10.82 bilion, minggu lalu.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 11.30 bilion saham, bernilai RM14.71 bilion berbanding 8.43 bilion saham bernilai RM10.10 bilion.
Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 3.70 bilion unit bernilai RM611.29 juta berbanding 3.89 bilion unit bernilai RM564.34 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan waran bagaimanapun meningkat kepada 1.96 bilion unit bernilai RM268.02 juta berbanding 1.11 bilion unit bernilai RM143.90 juta sebelumnya.

 

SUMBER: BERNAMA

Categories
EKONOMI

Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini

KUALA LUMPUR, 11 MEI: Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pagi ini selepas ditutup sehari sempena Wesak, didorong pengukuhan positif pasaran ekuiti global.

Pada jam 9.08 pagi tadi, FBM KLCI naik 12.38 mata kepada 1,778.94 daripada paras penutup Selasa iaitu pada 1,766.56.

Indeks dibuka 9.73 mata lebih tinggi kepada 1,776.29.

Kaunter untung mengatasi rugi 291 kepada 66, manakala 256 kaunter tidak berubah dengan 1,137 kaunter tidak didagangkan dan 19 kaunter lain digantung.

Pendapatan 249.20 juta saham bernilai RM123.59 juta.

Sumber: BH Online

Categories
EKONOMI NASIONAL

Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini

KUALA LUMPUR, 4 MEI: Bursa Malaysia meneruskan kerugian, semalam untuk dibuka lebih rendah pagi ini apabila sentimen pelabur berubah dan lebih berhati-hati.

Ia susulan penjualan ekuiti Bandar Malaysia kepada Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corperation (M) Sdn Bhd (CREC) yang terbatal semalam.

Pada jam 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 7.18 mata atau 0.4 peratus kepada 1,765.33 berbanding paras penutup semalam 1,772.51.

Indeks dibuka pada 4.58 mata lebih rendah kepada 1,767.93.

Kaunter rugi mengatasi untung kepada 194 berbanding 89, manakala 245 kaunter tidak berubah dengan 1,222 kaunter tidak didagangkan dan 29 yang lain digantung.

Pendapatan berada pada 197.04 juta saham bernilai RM101.95 juta.

*Sumber: BERNAMA

Categories
EKONOMI NASIONAL

Bursa Malaysia ditutup tinggi

KUALA LUMPUR, 28 APRIL Bursa Malaysia ditutup tinggi pada akhir dagangan pagi susulan sokongan belian saham mewah terpilih diketuai kaunter kewangan, perdagangan dan perkhidmatan.

Pada jam 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.62 mata kepada 1,769.54 berbanding 1,767.92 pada penutupan Khamis.

Indeks utama dibuka 0.06 mata lebih baik kepada 1,767.98. Ia bergerak 4.89 mata antara 1,772.21 dan 1,767.32 di sepanjang dagangan.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 411 berbanding 358, dengan 401 kaunter tidak berubah, 600 kaunter tidak diniagakan dan 46 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.53 bilion saham bernilai RM1.13 bilion. Maybank Investment Bank dalam notanya berkata, pasaran secara menyeluruhnya bercampur-campur, dan menjangkakan aktiviti pengambilan untung akan meningkat hari ini dengan pelabur dijangka mengambil keuntungan yang diperoleh baru-baru ini menjelang hujung minggu yang panjang.

“Kami mengekalkan unjuran bahawa FBM KLCI dijangka didagangkan antara 1,760 dan 1,775 dalam tempoh terdekat. Sokongan menurun dijangkakan antara 1,729 dan 1,715,” katanya.

Indeks FBM Emas meningkat 16.48 mata kepada 12,629.97 dan Indeks FBMT100 menambah 15.38 mata kepada 12,259.74, manakala Indeks FBM Emas Shariah menokok 13.92 mata kepada 12,966.02.

FBM 70 meningkat 34.59 mata kepada 15,044.86, manakala FBM Ace menambah 27.70 mata kepada 6,227.17.

bursa-sahamMengikut sektor, Indeks Kewangan menambah 36.82 mata kepada 16,274.82 dan Indeks Perladangan susut 41.20 mata kepada 8,054.16, manakala Indeks Perusahaan turun 1.98 mata kepada 3,225.49.

Penggerak utama dalam saham komponen FBM KLCI ialah Maybank yang untung enam sen kepada RM9.60, TNB meningkat 12 sen kepada RM13.98, Genting Malaysia menambah tiga sen kepada RM5.86, manakala RHB Bank menokok empat sen kepada RM5.38.

Dutch Lady adalah kaunter paling untung, meningkat 60 sen kepada RM57.60, manakala kaunter paling rugi, Scientex turun 27 sen kepada RM8.37.

Antara kaunter aktif, Key Alliance dan Tiger masing-masing tidak berubah pada 6.5 sen dan 7.5 sen, dan XOX menokok setengah sen kepada 12 sen manakala RGB meningkat 1.5 sen kepada 33 sen, dan EA Holdings serta Iris masing-masing susut setengah sen kepada 10.5 sen dan 20.5 sen.

*Sumber: BERNAMA

Categories
EKONOMI NASIONAL

Bursa Malaysia lebih kukuh pada tengah hari

SHAH ALAM, 20 APRIL: Bursa Malaysia kembali tinggi selepas kedudukan bercampur-campur pada awal dagangan untuk ditutup lebih kukuh pada akhir dagangan pada tengah hari.

Belian saham berharga rendah muncul di pasaran serantau susulan peningkatan harga minyak. Pada rehat tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.34 mata kepada 1,741.29 berbanding 1,738.95 pada penutupan Rabu.

Indeks penanda aras bergerak antara 1,736.4 dan 1,741.73 di sepanjang dagangan pagi.

Di pasaran serantau, kebanyakan bursa lebih kukuh dengan Nikkei 225 Jepun meningkat 0.29 peratus kepada 18,486.07, Indeks Hang Seng Hong Kong meningkat 0.4 peratus kepada 23,921.39 manakala Indeks Straits Times Singapura menokok 0.24 peratus kepada 3,133.71.

Di Bursa Malaysia, pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 363 berbanding 345, manakala 397 kaunter tidak berubah, 645 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.32 bilion saham bernilai RM825.2 juta dengan sebahagian besar belian tertumpu kepada kaunter berkaitan indeks dan saham berharga murah.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank dan Sime Darby masing-masing menokok dua sen kepada RM9.07 dan RM9.27, manakala Tenaga Nasional, Public Bank dan Petronas Chemicals masing-masing kekal pada RM13.72, RM19.92 dan RM7.58.

Bagi kaunter aktif, Key Alliance, Anzo, Borneo Oil dan Priceworth masing-masing tidak berubah pada 9.5 sen, 36 sen, 18.5 sen dan 23.5.

FBM Ace meningkat 12.8 mata kepada 6,055.13, Indeks FBM Emas menambah 14.14 mata kepada 12,395.13, Indeks FBMT100 meningkat 12.96 mata kepada 12,034.14, FBM 70 menokok 3.6 mata kepada 14,655.85 manakala indeks FBM Emas Shariah melonjak 6.1 mata kepada 12,808.41.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan melonjak 53.76 mata kepada 15,735.02 dan Indeks Perladangan meningkat 9.15 mata kepada 8,000.82. Namun Indeks Perusahaan susut 5.93 mata kepada 3,212.48.

*SUMBER: BERNAMA dan BH Online

Categories
EKONOMI NASIONAL

Bursa Malaysia dibuka rendah

SHAH ALAM, 20 APRIL: Bursa Malaysia dibuka sedikit rendah pagi ini ekoran sentimen lemah dalam pasaran serantau, lapor BERNAMA.

Sehingga jam 9.06 pagi tadu, indeks penanda aras FBM KLCI berada pada paras 1,737.96, susut 1.89 mata daripada penutup Rabu iaitu 1,738.95.

Manakala, indeks utama dibuka 1.05 mata lebih rendah pada 1,737.9.

Sementara itu, Reuters melaporkan saham Asia mungkin dibuka rendah ekoran kelemahan Wall Street di Amerika Syarikat (AS) dan penurunan harga komoditi, terutama minyak yang membuatkan pelabur akan mengurangkan pendedahan kepada aset berisiko.

Pasaran dijangka didagangkan dalam julat dagangan biasa, jika tiada sebarang data mengejutkan di Asia.

Indeks MSCI di luar Jepun susut 0.5 peratus dalam dagangan awal hari ini selepas ditutup rendah satu peratus, semalam.

Penganalisis ANZ berkata, pasaran mungkin akan terus didagangkan dalam nada berhati-hati dengan pilihan raya Perancis bakal berlangsung, pada hujung minggu ini.