Categories
AGENDA EKONOMI NASIONAL

Bursa Malaysia dibuka rendah, pengaruh sentimen tempatan

KUALA LUMPUR, 30 OKT: Kegiatan pembelian berterusan dalam kalangan pelabur berikutan desas-desus mengenai pilihan raya awal yang semakin nyata menyebabkan Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini.

Pada jam 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 7.31 mata pada 1,487.89 selepas dibuka 0.89 mata lebih rendah pada 1,493.31.

Kaunter rugi mengatasi untung dengan 320 berbalas 102 manakala 273 kaunter tidak berubah, 1454 tidak diniagakan dan 80 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 388.31 juta bernilai RM150.01 juta.

Kaunter tenaga mencatatkan kerugian terbesar dengan merosot 1.34 peratus kepada 655.74 mata selepas minyak mentah Brent jatuh di bawah paras US$40 setong.

Pasaran ditutup semalam sempena cuti umum Maulidur Rasul.

Seorang penganalisis berkata saranan yang dibuat semalam meningkatkan kebimbangan para pelabur bahawa pilihan raya umum ke-15 diadakan awal tahun hadapan selepas pandemik Covid-19 dapat dikawal.

“Sebenarnya ada dua sisi dalam perkara ini. Yang baiknya ialah ketidakpastian politik akan berakhir dan satu sisi lagi ialah ia akan menghentikan keyakinan pelabur dalam tempoh yang lama, dan ini boleh memperlahankan pemulihan ekonomi,” kata beliau.

Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO semalam memutuskan agar mandat rakyat dikembalikan bagi mewujudkan kerajaan yang stabil dengan mengadakan pilihan raya umum (PRU) setelah pandemik koronavirus (Covid-19) dapat dikawal dan berada di peringkat minimum.

Sementara itu dari sudut teknikal, beliau menambah dengan keadaan seperti ini berterusan di pasaran, penanda aras KLCI akan terus menyusut dan menguji paras 1,450 dengan halangan segera pada 1,500.

“Kedudukan jualan berlebihan akan berterusan sehingga munculnya pemangkin baharu yang boleh mengubah keadaan,” kata beliau.

Untuk pergerakan global pula, pilihan raya presiden AS pada 3 November turut memberi impak kepada hala tuju pasaran.

Untuk prestasi kaunter berwajaran tinggi, Petronas Chemicals turun 10 sen kepada RM5.85, Axiata dan Top Glove masing-masing susut lapan sen kepada RM2.96 dan RM8.70 sementara Public Bank turun 12 sen kepada RM15.56.

Petronas Chemicals dan Public Bank turut mendahului kaunter rugi pagi ini.

Bagi kaunter paling cergas, ia didominasi oleh kaunter teknologi dengan Vivocom meningkat setengah sen kepada 50 sen, Dataprep menambah 1.5 sen kepada 21 sen sementara saham untung, British American Tobacco naik 21 sen kepada RM10.16 didorong oleh prestasi pendapatan suku tahunan yang lebih baik.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 53.60 mata kepada 10,767.03, Indeks FBMT 100 menyusut 53.06 mata kepada 10,578.79 dan Indeks FBM Emas Shariah lebih rendah sebanyak 68.52 mata kepada 12,909.83.

Sementara itu, FBM 70 berkurangan 75.56 mata kepada 14,168.58 dan FBM ACE lemah 49.61 mata kepada 9,770.93.

Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 42.32 mata kepada 12,218.49, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 1.05 mata kepada 142.79 dan Indeks Perladangan melonjak 2.33 mata kepada 6,924.89.

-BERNAMA

 

Categories
AGENDA NASIONAL

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR, 11 NOV: Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada hari ini, dipacu oleh belian saham-saham berkaitan kewangan dan penjagaan kesihatan yang seiring dengan peningkatan prestasi beberapa saham di peringkat serantau.

Pada 9 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.22 mata kepada 1,610.95 berbanding 1,609.73 sewaktu ditutup pada 8 November lalu .

Sewaktu pasaran dibuka, indeks petunjuk utama itu naik 0.93 mata kepada 1,610.66

Di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 102 berbanding 54 manakala 182 lain tidak berubah, 1,655 tidak diniagakan dan 17 lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 73.96 juta saham bernilai RM24.12 juta.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd menerusi nota ekuitinya hari ini berkata berikutan saham-saham terus terikat dalam belian pada saat-saat akhir, sentimen pasaran terbukti sebaliknya apabila masih ramai penggiat pasaran yang tidak dapat menentukan hala tuju dalam masa terdekat selepas indeks utama pulih daripada penurunan terendah dalam tempoh empat tahun, kira-kira sebulan lalu.

“Keuntungan yang dicatatkan itu baru-baru ini juga telah menyebabkan banyak saham berada dalam kategori belian berlebihan.

“Walaupun masih wujud perbezaan pendapat, keadaan cenderung meningkat di FBM KLCI berikutan bank-bank terus memberi reaksi terhadap langkah Bank Negara Malaysia menurunkan Nisbah Keperluan Rizab Berkanun (SRR) pada 8 November lalu yang dijangka meningkatkan keupayaan pinjaman bank.

“Selain itu, ketidaktentuan baharu membabitkan status rundingan dagangan AS-China juga boleh mempengaruhi hala tuju pasaran dalam masa terdekat dan menyebabkan aktiviti pengambilan untung sebelum dagangan ditutup,” katanya.

Firma penyelidikan itu berkata, saham-saham yang berharga murah dan kaunter pasaran secara meluas juga pulih daripada kerugia harian pada 8 November lalu, sekali gus mungkin memaparkan prestasi saham berwajaran tinggi dalam tempoh terdekat ini.

“Kami masih melihat keuntungan yang dicatatkan akibat pengambilan untung berikutan sebahagian daripadanya mencatat belian berlebihan.”

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank untung satu sen kepada RM8.84, Public Bank menokok empat sen kepada RM19.98, Petronas Chemical meningkat lapan sen kepada RM7.73 manakala Genting Bhd naik dua sen kepada RM6.23.

Antara kaunter paling untung ialah Pharmaniaga yang meningkat 34 sen kepada RM2.60 walaupun terdapat laporan bahawa kerajaan akan menamatkan konsesinya bagi pembekalan ubat dan keperluan perubatan untuk Kementerian Kesihatan.

Sungei Bagan Rubber yang terlibat dalam perladangan, penanaman, dan penjualan tandan buah sawit segar untung 11 sen kepada RM2.95 manakala syarikat produk penjagaan diri Eng Kah naik lapan sen kepada 98 sen.

Saham cergas menyaksikan waran Green Packet menokok satu sen kepada 35 sen, Eduspec tidak berubah pada tiga sen manakala Sapura Energy turun setengah sen kepada 29 sen.

Indeks FBM Emas susut 11.31 mata kepada 11,384.41, Indeks FBMT 100 turun 11.67 mata kepada 11,193.93 dan Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 6.54 mata kepada 11,887.24.

FBM Ace naik 14.75 mata kepada 4,995.16 namun FBM 70 susut 6.13 mata kepada 14,096.43.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 11.67 mata kepada 15,759.88, Indeks Perladangan berkurangan 23.52 mata kepada 6,851.63 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.26 mata kepada 155.21.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Bursa dibuka tinggi, pulih daripada paras terendah empat tahun

KUALA LUMPUR, 7 OKT: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, pulih daripada paras terendahnya dalam tempoh empat tahun yang dicatatkan pada Jumaat minggu lepas, susulan prestasi yang lebih baik di Wall Street.

Pada jam 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.53 mata kepada 1,558.2 daripada paras penutup 1,557.67 pada Jumaat.

Indeks utama itu dibuka tinggi naik 0.12 mata kepada 1,557.79.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 136 berbanding 57, manakala 180 kaunter tidak berubah, 1,621 tidak diniagakan dan 33 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 135.9 juta saham bernilai RM47.22 juta.

Public Investment Bank Bhd berkata, kenaikan di Wall Street pada Jumaat membawa kepada kenaikan sehari terbesar S&P 500 dalam tempoh hampir dua bulan apabila data pekerjaan terbaharu Amerika Syarikat membantu menghapuskan kebimbangan terhadap kelembapan domestik dan tempatan.

“S&P 500 ditutup 1.4 peratus lebih tinggi pada Jumaat yang membantu meningkatkan semua sektor. Ia merupakan kenaikan sehari terbesar penanda aras itu sejak pertengahan Ogos,” kata bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan.

Sementara itu, Nasdaq Composite dan Dow Jones Industrial Average setiap satu ditutup tinggi naik 1.4 peratus.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik tiga sen kepada RM8.47, PBBank, PChem, IHH tidak berubah masing-masing berada pada RM19.28, RM7.31 dan RM5.65.

Manakala, Tenaga turun dua sen kepada RM13.50.

Dalam kalangan saham paling cergas, SDS Group meningkat tiga sen kepada 26 sen, Icon Offshore, Sapura Energy dan I-Stone naik setengah sen setiap satu masing-masing kepada lima sen, 26.5 sen dan 19 sen, manakala Bumi Armada tidak berubah pada 33.5 sen.

Indeks FBM Emas meningkat 6.49 mata kepada 11,055.01, Indeks FBMT 100 naik 5.07 mata kepada 10,879.4 dan Indeks FBM Emas Shariah menokok 4.18 mata kepada 11,650.8.

FBM 70 naik 12.02 mata kepada 13,818.5 dan FBM Ace menambah 15.00 mata kepada 4,524.29.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 28.75 mata kepada 15,026.14, Indeks Perladangan meningkat 0.65 mata kepada 6,568.63 tetapi Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian jatuh 0.01 mata kepada 151.25.

– BERNAMA

Categories
AGENDA EKONOMI

Bursa dibuka rendah hari ini

KUALA LUMPUR, 26 OGOS: Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susulan kemerosotan di Wall Street berikutan perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang meningkat.

Pada jam 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI susut 15.14 mata kepada 1,594.19 selepas dibuka rendah 11.05 mata kepada 1,598.28 berbanding 1,609.33 sebelum ini.

Peniaga berkata, langkah berhati-hati terhadap hala tuju pasaran sekali lagi akan menyebabkan peserta pasaran mengambil pendekatan defensif dan ini dijangka membawa kepada aktiviti pengambilan untung yang baharu selepas peningkatan pada Jumaat lepas.

“Tekanan jualan yang baharu akan menyaksikan paras 1,600 mata sekali lagi di bawah ancaman dan jika berlaku, paras sokongan akan datang berada pada paras 1,590 manakala paras halangan, masing-masing kekal pada 1,610 dan 1,620,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Petronas Chemicals, masing-masing susut tujuh sen kepada RM8.64 dan RM7.22, Public Bank berkurangan 20 sen kepada RM20.62 dan TNB merosot 22 sen kepada RM13.54.

IHH tidak berubah pada RM5.68.

Bagi saham aktif, Talam Transform dan Sumatec, masing-masing tidak berubah pada 3.5 sen dan 2.5 sen, Ekovest dan KNM, masing-masing turun 1.5 sen kepada 83 sen dan 3.5 sen dan DRB-Hicom merosot 24 sen kepada RM2.71.

Indeks FBM Emas susut 113.61 mata kepada 11,272.54, Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 122.301 mata kepada 11,801.89 dan Indeks FBMT 100 turun 116.74 mata kepada 11,102.59.

FBM Ace merosot 43.98 mata kepada 4,509.65 dan FBM 70 susut 193.74 mata kepada 13,986.71.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 114.35 mata kepada 15,540.98, Indeks Perladangan turun 27.43 mata kepada 6,814.26 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 1.21 mata kepada 149.36.

Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 338 berbanding 41, manakala 149 kaunter tidak berubah, 1,438 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 184.95 juta unit bernilai RM90.45 juta.

– BERNAMA

Categories
EKONOMI

Bursa Malaysia kekal tinggi

KUALA LUMPUR, 29 MEI: Bursa Malaysia kekal tinggi setakat tengah hari ini yang terbukti tidak sealiran prestasi pasaran serantau dengan momentum belian tertumpu kepada saham terpilih didahului TNB, IHH dan Maybank.

TNB meningkat 70 sen kepada RM12.36, IHH menambah 13 sen kepada RM5.49 manakala Maybank untung sembilan sen kepada RM9.08.

Indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 10.14 mata kepada 1,624.71 selepas dibuka 0.11 mata lebih tinggi kepada 1,614.68.

Ia menokok 13.22 mata kepada 1,614.57 sewaktu ditutup semalam.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 374 berbanding 317 manakala 312 lain tidak berubah, 949 tidak didagangkan dan 60 lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.20 bilion unit bernilai RM811.34 juta.

Di peringkat serantau, Indeks Straits Times Singapura susut 0.27 peratus kepada 3,156.85, Nikkei Jepun berkurangan 1.15 peratus kepada 21,015.28 manakala Indeks Hang Seng Hong Kong merosot 0.4 peratus kepada 27,280.74.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Digi menokok 10 sen kepada RM4.82, Petronas Gas naik 34 sen kepada RM16.68 manakala Hartalega untung 11 sen kepada RM5.17.

Bagi saham yang diniagakan aktif, Ekovest naik 5.5 sen kepada 78.5 sen manakala warannya menokok tujuh sen kepada 28 sen dan Bumi Armada, Sapura Energy serta Impiana masing-masing naik setengah sen kepada 20 sen, 30 sen and 3.5 sen sementara Lambo pula tidak berubah pada enam sen.

Indeks FBM Emas naik 53.45 mata kepada 11,378.47, Indeks FBMT 100 menambah 53.03 mata kepada 11,234.28, Indeks FBM Emas Shariah melonjak 86.10 mata kepada 11,542.36 dan FBM Ace menokok 7.07 mata kepada 4,275.36.

FBM 70 sebaliknya berkurangan 4.45 mata kepada 13,827.30.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 28.48 mata kepada 16,668.63, Indeks Perladangan susut 6.32 mata kepada 6,854.88 manakala Indeks Perkhidmatan dan Produk Industri turun 0.77 mata kepada 159.32.

– BERNAMA

Categories
EKONOMI

Kontrak niaga hadapan KLCI dibuka tinggi

 

KUALA LUMPUR, 21 Mei: Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi hari ini.

Pada 9.30 pagi, kontrak-kontrak Mei 2019 dan Jun 2019 masing-masing naik tiga mata kepada 1,603.5 dan 1,604 manakala September 2019 menokok 1.5 mata kepada 1,600.

Disember bagaimanapun tidak berubah pada 1,599.

Jumlah dagangan sebanyak 918 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 27,727 kontrak.

Petunjuk penanda aras FBM KLCI meningkat 3.41 mata kepada 1,608.77 selepas 30 minit dagangan dijalankan. -BERNAMA

Categories
NASIONAL

Bursa Malaysia teruskan momentum meningkat

KUALA LUMPUR, 14 JAN: Bursa Malaysia meneruskan momentum menaik minggu lepas untuk dibuka lebih tinggi hari ini didorong sentimen belian positif dengan minat terhadap saham murah dan saham berwajaran tinggi terpilih.

Pada 9.07 pagi, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.36 mata kepada 1,683.58 daripada 1,683.22 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas walaupun dibuka pada 1,683.05, pagi ini.

Peniaga berkata, sentimen pasaran disokong petanda kemajuan perbincangan perdagangan Amerika Syarikat-China ditambah harga minyak lebih baik dengan penanda aras, minyak mentah Brent naik 0.36 peratus kepada US$60.70 setong setakat ini.

AllianceDBS Research menjangkakan FBMKLCI diniagakan melebihi paras 1,684.99 hari ini.

Lingkungan pasaran keseluruhan adalah positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 157 berbanding 91, manakala 173 kaunter tidak berubah, 1,441 kaunter tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 158.39 juta saham bernilai RM38.86 juta.

Bagi saham berwajaran tinggi, Tenaga naik dua sen kepada RM13.88 dan CIMB meningkat satu sen kepada RM5.66, namun Petronas Chemicals turun empat sen kepada RM8.66.

Maybank, Public Bank, dan IHH Healthcare masing-masing tidak berubah pada RM9.45, RM24.76 dan RM5.73.

Bagi saham aktif, RGB naik satu sen kepada 21.5 sen, manakala Hubline dan KNM masing-masing tidak berubah pada 5.5 sen dan 8.5 sen.

Perisai, yang akan digantung berkuat kuasa mulai 22 Jan berikutan penolakan cadangan pelan penyusunan semula oleh Bursa Malaysia Securities Bhd, berkurangan 2.5 sen kepada lima sen.

Indeks FBM Emas turun 0.65 mata kepada 11,617.38, Indeks FBMT 100 kurang 2.71 mata kepada 11,498.51, Indeks FBM Emas Syariah susut 1.89 mata kepada 11,565.57, dan FBM 70 merosot 24. 53 mata kepada 13,566.85.

Indeks FBM Ace, bagaimanapun, meningkat 47.77 mata pada 4,505.87.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan menambah 16.92 mata kepada 17,432.55, Indeks Perladangan meningkat 2.8 mata kepada 7,120.44 tetapi Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.09 mata kepada 164.78.

– BERNAMA

Categories
EKONOMI NASIONAL

Saham Bursa Malaysia catat momentum positif

KUALA LUMPUR, 21 SEPT: Saham di Bursa Malaysia berada dalam momentum positif pada awal dagangan hari in seiring kenaikan semalaman bagi kebanyakan pasaran Asia didorong keyakinan terhadap kemungkinan hasil rundingan perdagangan yang melegakan antara Amerika Syarikat dan China.

Pada jam 9.17 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.37 mata kepada 1,811.07 daripada 1,803.70 ketika ditutup semalam, namun indeks berkenaan dibuka 7.98 mata lebih tingggi, hari ini.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 231 berbanding 80, manakala 190 kaunter tidak berubah, 1,392 kaunter tidak diniagakan dan 33 yang lain digantung.

Jumlah dagangan pula sebanyak 154.12 juta unit yang bernilai RM115.96 juta, lapor BERNAMA.

Sementara iut, Kenanga Research berkata, unjuran teknikal bagi FBM KLCI kekal positif dengan indeks itu bergerak di atas Purata Pergerakan Mudah (SMA) 100-hari dan paras sokongan segera, pada 1,788.

“Kami yakin prospek teknikal positif jangka panjang akan kekal tidak terjejas sehingga melepasi paras sokongan 1,788 dengan 1,765 pula sebagai paras sokongan lebih rendah seterusnya walaupun beberapa kelemahan dilihat dalam petunjuk utama.

“Kami menjangkakan indeks itu menjadikan kedudukan lebih tingginya ke arah paras rintangan 1,827 dan seterusnya 1,865 jika hal sebaliknya berlaku,” kata firma penyelidikan terbabit dalam satu nota.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank meningkat tiga sen kepada RM9.82, Public Bank pula naik empat sen kepada RM25.06 dan Tenaga menokok 12 sen kepada RM15.88.

MYEG muncul sebagai saham paling aktif diniagakan dengan sahamnya meningkat lima sen kepada RM1.81, Sapura Energy tidak berubah pada 44 sen dan Lion Industries bertambah empat sen kepada 96 sen

Indeks FBM Emas meningkat 54.56 mata kepada 12,619.14, Indeks FBMT 100 naik 54.53 mata kepada 12,434.91 dan Indeks FBM Emas Syariah menokok 56.58 mata kepada 12,759.87.

Indeks FBM Ace bertambah 11.46 mata kepada 5,205.61 dan FBM 70 melonjak 80.2 mata kepada 14,893.4.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan naik 51.85 mata kepada 17,957.75, Indek Perusahaan bertambah 15.33 mata kepada 3,229.81 dan Indeks Perladangan menokok 13.95 mata kepada 7,583.31.

 

Categories
EKONOMI NASIONAL

Bursa Malaysia dibuka lebih rendah

KUALA LUMPUR, 23 MAC: Bursa Malaysia dibuka dengan kejatuhan mendadak hari ini ekoran penurunan ketara di pasaran saham Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Memetik BERNAMA, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,858.84 pada jam 9.05 pagi iaitu turun 18.03 mata berbanding 876.87 ketika ditutup, semalam.

Ia dibuka 16.29 mata lebih rendah, pada 1,860.58.

Peniaga berkata, saham AS dan Eropah mengalami kerugian semalaman yang ketara dan bon kerajaan melonjak kerana rancangan AS untuk mengenakan tarif ke atas import China mencetus kebimbangan baru berhubung kemungkinan perang perdagangan global.

Keseluruhan suasana pasaran adalah negatif dengan 458 kaunter rugi berbanding 46 untung sementara 146 kaunter tidak berubah, 1,245 tidak diniaga dan 18 lagi digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 94.55 juta saham bernilai RM79.87 juta.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut 12 sen kepada RM10.42, Public Bank turun 20 sen kepada RM23.84, TNB jatuh empat sen kepada RM15.74, CIMB merosot lima sen kepada RM7.24 dan Petronas Chemicals berkurang tujuh sen kepada RM8.14.

Antara saham aktif, Sapura Energy dan AirAsia jatuh 1.5 sen tiap satu kepada 52.5 sen dan 38.5 sen, UMW O&G dan CME masing-masing turun setengah sen kepada 30.5 sen dan 4.5 sen, manakala Compugates tidak berubah pada 2.5 sen.

Categories
EKONOMI

Bursa Malaysia dibuka rendah, berada pada 1,754.29 mata

KUALA LUMPUR 12 JULAI: Bursa Malaysia dibuka lebih rendah sedikit pagi ini susulan lantunan teknikal dalam kaunter terpilih selepas indeks itu jatuh di bawah paras 1,760 untuk tiga sesi berturut-turut, kata peniaga.

Pada jam 9.20 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,754.29, turun 0.74 mata daripada 1,755.03 penutup Selasa.

Ia dibuka 0.91 mata lebih kukuh pada 1,755.94. Jajaran pasaran negatif susulan kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 173 berbanding 155 dengan 177 kaunter tidak berubah, 1,289 tidak didagangkan sementara 33 yang lain digantung.

Sejumlah 151.55 juta saham bertukar tangan bernilai RM66.61 juta. Dalam satu nota pagi ini, Hong Leong Investment Bank berkata tumpuan hari ini kekal terhadap kaunter murah selain saham minyak dan gas di tengah-tengah lantunan harga minyak semalaman.

Indeks FBM EMAS susut 3.53 mata kepada 12,485.41, FBMT100 turun 2.98 mata kepada 12,132.65 dan FBM EMAS Syariah menguncup 14.68 mata kepada 12,694.35.

FBM ACE menambah 16.17 mata kepada 6,537.44 dan FBM 70 naik 4.56 mata kepada 14,808.26.

SUMBER: BERNAMA

Categories
EKONOMI

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR 4 JAN: Bursa Malaysia memulakan sesi pagi dengan nada positif berbeza dengan kerugiannya semalam selepas harga minyak kembali rancak didagangkan kata peniaga.

Bahkan peniaga turut mengalu-alukan keputusan OPEC dan bukan-OPEC untuk mengurangkan pengeluaran bagaimanapun mereka turut memantau rapat kesungguhan negara terbabit melaksanakannya.

Sekitar jam 9.05 pagi penanda aras tempatan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) didagangkan pada 1,637.21, naik 1.68 mata, lapor BERNAMA.

Indeks dibuka 3.45 mata lebih baik kepada 1,638.98 daripada paras penutup 1,635.53.

Secara keseluruhannya dagangan pagi menyaksikan kaunter untung mengatasi rugi kepada 105 berbanding 79, dengan 156 kaunter tidak berubah, 1,387 tidak didagangkan dan 21 lainnya digantung.

Pendapatannya berada pada 88.95 juta saham bernilai RM22.7 juta.

=EZY=

Categories
EKONOMI

Niaga hadapan KLCI dijangka mendatar minggu depan

KUALA LUMPUR 18 DIS: Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan mendatar minggu depan, menjejaki prestasi kadar asas pasaran tunai.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata indeks petunjuk pasaran dijangka diniagakan antara 1,630 dan 1,650 mata minggu depan.

Katanya ia dipengaruhi oleh kekurangan pemangkin susulan musim cuti akhir tahun, selain pengumuman kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed).
“Kadar Fed yang naik sebanyak 25 mata asas kepada antara 0.50 peratus dan 0.75 peratus baru-baru ini telah memberi tekanan kepada pasaran ekuiti sedang pesat membangun dengan pembiayaan luar yang besar.

“Selain itu, pelabur pasaran saham turut tidak pasti mengenai dasar Presiden AS yang baharu, Donald Trump,” katanya lapor BERNAMA.

Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, Disember 2016 dan Mac 2017, masing-masing susut 0.5 mata kepada 1,635.5, Jun 2017 merosot 1.5 mata kepada 1,631.5 manakala Januari 2017 menokok satu mata kepada 1,639.

Jumlah dagangan pada minggu dagangan selama empat hari ini merosot kepada 18,270 lot daripada 24,123 lot pada minggu lepas dan kepentingan terbuka berkurangan kepada 35,366 kontrak daripada 36,071 kontrak. Petunjuk pasaran FBM KLCI mengakhiri minggu ini dengan 3.63 mata lebih rendah pada 1,637.79 daripada 1,641.42 pada Jumaat lepas.

Bursa Malaysia dan derivatifnya ditutup pada Isnin sempena cuti Maulidur Rasul.

=EZY=