Categories
NASIONAL

Haram COMANGO bukti KDN gagal iktiraf peranan kumpulan masyarakat sivil

Oleh :  NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM 10 JAN: Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan Gabungan Badan Bukan Kerajaan Malaysia (COMANGO) mencerminkan kegagalannya dalam mengiktiraf peranan penting kumpulan masyarakat sivil sebuah sistem demokrasi seperti yang dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Tan Sri Hasmy Agam, berkata pengharaman kumpulan itu akan menafikan hak asasi kumpulan masyarakat sivil kepada kebebasan berpersatuan dan bersuara.

hasmi agam suhakamKatanya, hal itu juga menjejaskan usaha kumpulan masyarakat sivil dan pejuang hak asasi dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di negara ini.

“Saya amat kesal dan bimbang dengan kenyataan KDN yang mengatakan COMANGO adalah sebuah organisasi haram.

“Ia jelas mencerminkan kegagalan kementerian mengiktiraf organisasi yang memainkan peranan penting sebagai makanisme ‘ckeck and balance’ dalam sebuah sistem demokrasi yang berfungsi sepenuhnya dan berkembang maju seperti diisytiharkan Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan media, di sini, ahri ini.

Hasmy mendesak kerajaan pusat selaku ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Hak Asasi Manusia supaya mematuhi dan memenuhi komitmennya seperti yang tertera dalam Resolusi 12/2 Majlis Hak Asasi Manusia.

“Kerjasama dengan PBB, wakilnya dan mekanisme dalam bidang hak asasi manusia memerlukan negara anggota mengambil langkah untuk melindungi pembela hak asasi manusia dan menghalang segala jenis intimidasi atau tindakan balas terhadap mereka yang melakukan kerja mempromosi hak asasi manusia di peringkat antarabangsa.

“SUHAKAM menyeru kerajaan berunding dan berdialog bagi menangani cabaran pluralisme dalam semangat “1Malaysia” dan bukannya melakukan gangguan serta penindasan secara selektif terhadap COMANGO dan kumpulan hak asasi manusia yang lain di negara ini,” katanya.

Hasmy berkata, SUHAKAM menggesa kerajaan untuk mengkaji semula undang-undang sedia ada yang bersifat menekan, khususnya Akta Pertubuhan 1966 yang mengehadkan hak warganegara untuk membentuk serta mengendalikan organisasi mereka.

Beliau berkata, sebarang penggantungan dan kajian semula terhadap persatuan seharusnya dilakukan secara saksama, bebas serta mematuhi prinsip hak asasi manusia yang juga asas kepada sebuah sistem demokrasi yang berfungsi sepenuhnya.

Semalam, COMANGO menafikan dakwaan KDN bahawa ia memperjuangkan hak yang ‘menyeleweng daripada Islam’ dan menyifatkan pengharaman KDN terhadap gabungan itu tidak dilakukan mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966, selain akan memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keputusan berkenaan.

-NFN-

Categories
NASIONAL

COMANGO akan fail semakan kehakiman

SHAH ALAM 10 JAN: Gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Hak Asasi Manusia (COMANGO) menafikan dakwaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahawa mereka memperjuangkan hak yang ‘menyeleweng daripada Islam.

Gabungan itu dalam kenyataan media yang dipetik daripada Malaysia Kini berkata, pengharaman KDN terhadap mereka tidak dilakukan mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 dan akan memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keputusan berkenaan.

Comango-300x202COMANGO berkata, mereka terkejut apabila kerajaan menggunakan Islam sebagai alat politik untuk menutup mulut kritikan berkenaan pencabulan hak asasi manusia dan terhadap pembela hak asasi manusia.

COMANGO menegaskan bahawa tidak ada satu daripada usaha gabungan itu bertentangan dengan perlembagaan persekutuan dan presentasinya kepada Majlis Hak Asasi Manusia bagi Penilaian Penggal Sejagat, Bangsa-Bangsa Bersatu (UPR) adalah sebahagian daripada proses yang dibenarkan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Gabungan itu juga menegaskan bahawa semua anggota PBB termasuk negara Islam sudah mengambil bahagian dalam proses kajian semula itu membabitkan rekod hak asasi manusia masing-masing.

Oleh kerana Malaysia sedang melobi untuk menjadi sebahagian daripada Majlis Keselamatan PBB, maka COMANGO berkata, kerajaan tidak boleh mengambil bahagian dalam beberapa proses PBB dan pada masa sama, menafikan yang lain.

Gabungan itu berkata, proses UPR adalah sebagai satu proses yang direka untuk mendorong, menyokong dan memperluaskan promosi serta perlindungan hak asasi manusia untuk dinikmati dengan matlamat untuk memperbaiki keadaan hak asasi manusia setiap negara.

Oleh itu, tegas gabungan berkenaan, tindakan kerajaan melalui KDN itu adalah bertentangan dengan matlamat terbabit dan melanggar hak kebebasan bersuara dan berpersatuan.

Ketua Pembangkang anggap wajar naik gaji

1-MB umum 1/2 bulan gaji untuk kakitangan Kerajaan Selangor

2-Kenaikan gaji Exco, ADUN berpandukan JPM, Sarawak

3-Anwar : Tolak usul intipan tunjuk kerajaan Najib lemah

4-Khidmat bas percuma : Rakyat tempatan didahulukan

5-FOMCA : Negeri lain wajar contohi Selangor beri khidmat bas percuma

6-Menteri Perumahan gagal jawab 3 surat Exco Perumahan Selangor

7-Ketua Pembangkang Selangor anggap kenaikan saraan ADUN, MB wajar

8-Speaker tolak bahas usul tindakan COMANGO

9-‘PJ Safe Safety 4 All’, mantap keselamatan Petaling Jaya

10-MBSA bakal laksana sistem Pembuangan Sampah Bawah Tanah

11-Dua premis vcd lucah diserbu MPSJ