Categories
ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

Hujan diramal turun pada Hari Raya

KUALA LUMPUR 14 JUN: Hujan diramal turun di satu dua tempat di pantai barat Semenanjung manakala cuaca baik di tempat-tempat lain pada pagi Hari Raya Aidilfitri yang diraikan akhir minggu ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, hujan turut diramal turun di beberapa tempat pada sebelah petang dan malam 15 dan 16 Jun ini.

Pada sebelah petang, hujan dan ribut petir dijangka berlaku di beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, beberapa bahagian di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Sibu, Mukah dan Bintulu, serta di Sabah iaitu Kudat dan Sandakan, menurut kenyataan yang dipaparkan menerusi laman sesawang jabatan itu hari ini.

Cuaca di tempat-tempat lain dijangka baik.

Kenyataan itu menyebut, beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang serta beberapa bahagian di Bintulu, Kapit dan Miri di Sarawak dan bahagian Sandakan dan Kudat di Sabah dijangka mengalami hujan pada sebelah malam.

SUMBER: BERNAMA

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

Cuaca dijangka baik 9 Mei

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 8 MEI: Berbaki sehari lagi, rakyat Malaysia akan keluar menjalankan tanggunjawab masing-masing untuk membuang undi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) meramalkan cuaca cerah di kebanyakan negeri.

Menerusi laman webnya, MET Malaysia bagaimanapun menjangkakan ribut petir, hujan sekejap-sekejap dan mendung pada sebelah petang, antaranya di Pulau Pinang dan beberapa tempat di Johor.

Antara lokasi terbabit termasuk Segamat, Labis, Ledang, Kluang, Pagoh, Bakri, Simpang Renggam dan Sembrong.

Mereka yang berada di lokasi berkenaan dinasihatkan supaya keluar awal untuk membuang undi.

Bagi warga Kuala Lumpur, Labuan dan Melaka, cuaca dijangka baik pada pagi dan petang.

Manakala bagi Sabah dan Sarawak pula, cuaca dijangka baik pada pagi dan petang, kecuali di dua tempat yang dijangka akan mengalami ribut petir.

=EZY=

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA BERITA UTAMA NASIONAL

Peralihan Monsun: Waspada, hujan lebat dan angin kencang bermula

SHAH ALAM 27 MAC: Orang ramai dinasihatkan lebih berwaspada terhadap keadaan cuaca dan sentiasa peka dengan ramalan serta amaran cuaca ketika tempoh peralihan monsun yang dijangka bermula hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) menerusi kenyataan semalam berkata, fasa peralihan monsun itu akan berterusan sehingga pertengahan Mei tahun ini sekali gus menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut.

“Dalam tempoh ini, kawasan serantau negara akan mengalami tiupan angin daripada pelbagai hala dengan kelajuan yang rendah.

“Keadaan cuaca yang lazim semasa tempoh itu ialah hujan lebat, ribut petir dan angin kencang terutamanya pada waktu petang dan awal malam,” kata kenyataan itu.

Ia lebih kerap berlaku di kawasan negeri-negeri pantai barat dan pedalaman Semenanjung, pantai barat Sabah serta kawasan barat dan tengah Sarawak.

Katanya, ribut petir kuat yang disertai hujan lebat dan angin kencang itu boleh menyebabkan banjir kilat serta kerosakan struktur yang tidak kukuh.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi laman sesawang MET www.metgov.my, aplikasi mobil myCuaca dan Rakan MET atau laman sosial Facebook Malaysiamet dan Twitter @malaysianmet, SMS 15888 atau talian hotline 1300 22 1MET (1638).

 

Categories
NASIONAL

Amaran cuaca peringkat kuning 8 kawasan di Sarawak

KUCHING 3 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca waspada (peringkat kuning) di beberapa kawasan di lapan bahagian di Sarawak bermula hari ini, yang dijangka berterusan hingga Isnin.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata dalam amaran itu yang dikeluarkan pada 1.30 tengah hari tadi, ia menjangkakan hujan lebat berlaku di Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman (Daerah Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu (Daerah Sibu dan Selangau) serta Mukah.

“Sehubungan itu, semua Bilik Operasi Bencana Bahagian bersedia untuk diaktifkan pada bila-bila masa sebagai tindakan kesiapsiagaan menghadapi bencana yang bakal berlaku terutamanya di kawasan yang berisiko tinggi seperti banjir dan tanah runtuh.

“Semua Pejabat Residen juga dimohon untuk memastikan pusat-pusat pemindahan dilengkapi dengan keperluan asas manakala Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) memiliki aset-aset pengoperasian mencukupi serta berada di dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata Bilik Gerakan Negeri kini sedia menerima maklumat bantuan pengurusan dan pengopersian bencana dari semasa ke semasa.
Bilik Gerakan Negeri boleh dihubungi di talian 082-443991/446991, nombor faksimili 082-442730 dan e-mel [email protected].

SUMBER: BERNAMA

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA

AMARAN CUACA (WASPADA)

Dikeluarkan pada : 05:05am pada 31 Disember 2017

SEKSYEN A: AMARAN CUACA (WASPADA)- Dikeluarkan pada : 01:30pm pada 28 Disember 2017

Hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku di negeri Kelantan (Daerah Kota Bharu, Pasir Puteh, Machang, Bachok, Pasir Mas, Tumpat dan Tanah Merah), Terengganu, Pahang ( Daerah Kuantan, Rompin dan Pekan) dan Johor Timur (Daerah Mersing) dalam tempoh Sabtu, 30 Disember 2017 sehingga Isnin, 1 Januari 2018.

SEKSYEN B: AMARAN RIBUT PETIR – Kemaskini

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Johor (Daerah Segamat, Tangkak , Muar, Batu Pahat, Kluang, Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai dan Pontian) dan Sabah : Bahagian Pantai Barat (Daerah Ranau), Kudat (Daerah Kota Marudu) dan Sandakan (Daerah Beluran) dijangka berterusan sehingga 9:00 pagi, Ahad 31 Disember 2017.

 

AMARAN KATEGORI KEDUA
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

 

SEKSYEN A: UNTUK PERKAPALAN
(I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan timur laut Condore, utara Reef North dan barat laut Palawan sehingga Rabu, 3 Januari 2018.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

(II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan tenggara Samui, Condore, tengah Reef North, Layang-Layang, tengah Palawan, Tioman dan barat laut Bunguran sehingga Rabu, 3 Januari 2018.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

(III) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH – KEMASKINI

Ribut petir di perairan Selata Melaka, Bunguran, Reef South, Reef North, Layang-Layang dan Labuan dijangka berterusan sehingga pagi, Ahad, 31 Disember 2017.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

 

SEKSYEN B: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA

(I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur sehingga Rabu, 3 Januari 2018.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang dijangka sehingga Rabu, 3 Januari 2018.

(II) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH – KEMASKINI

Ribut petir di perairan Perak, Melaka, Johor Barat, Sarawak & Sabah(Pantai Barat) dijangka berterusan sehingga pagi, Ahad, 31 Disember 2017.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Dikemaskini pada 31 Disember 2017, jam 05:04AM

SUMBER: MET MALAYSIA

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA

AMARAN CUACA (WASPADA)/AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

Dikeluarkan pada : 05:44am pada 30 Disember 2017

AMARAN CUACA (WASPADA)- Dikeluarkan pada : 01:30pm pada 28 Disember 2017

Hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku di negeri Kelantan (Daerah Kota Bharu, Pasir Puteh, Machang, Bachok, Pasir Mas, Tumpat dan Tanah Merah), Terengganu, Pahang ( Daerah Kuantan, Rompin dan Pekan) dan Johor Timur (Daerah Mersing) sehingga Isnin, 1 Januari 2018.

 

AMARAN KATEGORI KEDUA
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

SEKSYEN A: UNTUK PERKAPALAN
(I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan timur laut Condore, utara Reef North dan barat laut Palawan sehingga Rabu, 3 Januari 2018.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

(II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan tenggara Samui, Condore, tengah Reef North, Layang-Layang, tengah Palawan, Tioman dan barat laut Bunguran sehingga Rabu, 3 Januari 2018.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

(III) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Ribut petir di perairan Phuket, Selat Melaka Utara, Bunguran dan Reef South dijangka berterusan sehingga pagi, Sabtu, 30 Disember 2017.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

 

SEKSYEN B: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA

(I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur sehingga Rabu, 3 Januari 2018.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang dijangka sehingga Rabu, 3 Januari 2018.

(II) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Ribut petir di perairan Perak dan Sarawak dijangka berterusan sehingga pagi, Sabtu, 30 Disember 2017.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Dikemaskini pada 30 Disember 2017, jam 04:15AM

SUMBER: MET MALAYSIA

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

METMALAYSIA: Angin kencang melebihi 60km/jam sehingga esok

KUALA LUMPUR: 20 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan angin kencang Timur Laut dengan kelajuan melebihi 60 kilometer sejam (km/j) dijangka berlaku sehingga esok

Angin kencang itu juga boleh menyebabkan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter berlaku di kawasan perairan Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat & Kudat).

MetMalaysia menyatakan keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

Selain itu, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60 km/j kategori kedua turut dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak sehingga esok.

Keadaan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan, pantai, menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Bagi seksyen perkapalan, amaran angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga juga dijangka berlaku di perairan timur Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan, Labuan, utara Reef South dan timur laut Bunguran sehingga esok.

MetMalaysia mengeluarkan amaran angin kencang kategori pertama juga dijangka berlaku di kawasan perairan tengah Samui dengan ketinggian ombak mencapai sehingga 3.5 meter.

Ia berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. Bagaimanapun tiada amaran ribut petir dilaporkan.

=EZY=

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA

Angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan

SHAH ALAM, 18 DIS: Angin kencang Timur Laut berkelajuan melebihi 60 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter (m), dijangka berlaku di kawasan perairan timur Condore dan laut barat Reef North, selama empat hari hingga Khamis ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua kegiatan di pantai dan perkapalan, termasuk pekerja di pelantar minyak.

Angin kencang dan lautan bergelora juga dijangka melanda tenggara Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan, Tioman, Bunguran.

MetMalaysia juga meningkatkan amaran kategori kedua di perairan itu, dengan kelajuan angin kencang Timur Laut 60 kmsj dan ombak mencapai ketinggian 4.5 m berterusan selama empat hari.

Amaran kategori pertama turut dikeluarkan untuk perairan tengah Samui, Bunguran, Reef South, Wilayah Persekutuan Labuan dan Palawan, lapor Berita Harian.

Selain itu, bagi kategori perairan negara ini, amaran angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 60 kmsj dan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 m, dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan timur Johor selama empat hari.

Kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan timur Johor juga dijangka terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut.

Sementara itu, cuaca buruk dijangka berlaku di Sarawak (Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Mukah) hingga Rabu ini.

Menurut kenyataan itu, jangkaan ribut tropika Kai- ak turut berlaku di koordinat 10.8 utara dan 120.5 timur iaitu 365 kilometer (km) barat laut Cebu, Filipina.

Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang dengan kelajuan 50 kmsj dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 m di perairan Sarawak, Sabah (pedalaman, pantai barat dan Kudat) dan Wilayah Persekutuan Labuan.

=EZY=

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

AMARAN CUACA (BURUK)

Dikeluarkan pada : 01:30pm pada 09 Disember 2017

SEKSYEN A: AMARAN CUACA (BURUK) – Dikemas kini pada : 01:30pm pada 09 Disember 2017

Hujan lebat dijangka berterusan berlaku di negeri Pahang (Daerah Rompin) dan Johor (Daerah Mersing) sehingga Ahad, 10 Disember 2017.

SEKSYEN B: AMARAN CUACA (WASPADA) – Dikemas kini pada : 01:30pm pada 09 Disember 2017

Hujan lebat dijangka berlaku di negeri Pahang (Daerah Kuantan & Pekan), Johor (Daerah Kota Tinggi) dan Sarawak (Bahagian Kuching, Samarahan, Serian, Betong, Sarikei, Sibu & Mukah) sehingga Ahad, 10 Disember 2017.

SEKSYEN C: PENAMATAN AMARAN CUACA

AMARAN CUACA (WASPADA) untuk negeri Terengganu (Daerah Dungun & Kemaman) yang dikeluarkan pada 01:30pm pada 08 Disember 2017 ditamatkan.

SUMBER: MET MALAYSIA

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

AMARAN CUACA (BURUK)

Dikeluarkan pada : 01:30pm pada 29 November 2017

SEKSYEN A : AMARAN CUACA (BURUK) – Dikemaskini pada 1:30 pm 29 November 2017

Hujan lebat dijangka berterusan berlaku di negeri Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak), Kelantan (Jajahan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Tanah Merah, Machang, Pasir Putih, Jeli dan Kuala Krai) dan Terengganu( Besut & Setiu) sehingga Khamis, 30 November 2017.

SEKSYEN B : AMARAN CUACA (WASPADA) – Dikemaskini pada 1:30 pm 29 November 2017

Hujan lebat dijangka berlaku di negeri Kedah (Daerah Pendang, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, Kelantan (Jajahan Gua Musang) dan Terengganu (Daerah Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) sehingga Khamis, 30 November 2017.

SUMBER: MET MALAYSIA

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

AMARAN CUACA (BURUK)

Turun taraf Amaran Cuaca (Bahaya) kepada Amaran Cuaca (Buruk)
Dikeluarkan pada : 08:30am pada 29 November 2017

SEKSYEN A : AMARAN CUACA (BURUK) – Dikemaskini pada 8:30 pagi 29 November 2017

Hujan lebat dijangka berterusan berlaku di negeri Kelantan (Jajahan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli , Kuala Krai dan Gua Musang) dan Terengganu sehingga Khamis, 30 November 2017.

SEKSYEN B : AMARAN CUACA (WASPADA) – Dikemaskini pada 8:30 pagi 29 November 2017

Hujan lebat dijangka berlaku di negeri Kelantan (Jajahan Lojing), Pahang (Daerah Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Kuantan, Pekan & Maran), Perak (Daerah Hulu Perak), Perlis, Kedah dan Pulau Pinang sehingga Khamis, 30 November 2017.

SUMBER: MET MALAYSIA

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

AMARAN CUACA (BAHAYA)

Dikeluarkan pada : 01:30pm pada 28 November 2017
AMARAN CUACA (BAHAYA)

SEKSYEN A : AMARAN CUACA (BAHAYA) – Dikeluarkan pada : 8:00am pada 28 November 2017.

Hujan sangat lebat dijangka berterusan berlaku di negeri Kelantan (Jajahan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai) dan Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu) sehingga Khamis, 30 November 2017.

SEKSYEN B : AMARAN CUACA (BURUK)

Hujan lebat dijangka berterusan berlaku di negeri Kelantan (Jajahan Gua Musang), Terengganu (Daerah Dungun dan Kemaman) dan Perak (Daerah Hulu Perak) sehingga Khamis, 30 November 2017.

SEKSYEN C : AMARAN CUACA (WASPADA) – Dikemaskini pada 1:30 tengah hari 28 November 2017

Hujan lebat dijangka berlaku di negeri Kelantan (Jajahan Lojing), Pahang (Daerah Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Kuantan, Pekan & Maran), Perlis, Kedah dan Pulau Pinang sehingga Khamis, 30 November 2017.

SUMBER: MET MALAYSIA