Categories
NASIONAL

Perlis mula dilanda banjir

PERLIS 28 NOV: Hujan berterusan sejak dua hari lepas menyebabkan dua buah kampung di daerah ini dilanda banjir malam tadi dengan sebahagian daripada 46 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perlis, selaku Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), berkata mereka yang terlibat ialah penduduk Kampung Padang Malau (26 buah runmah) dan Kampung Padang Malau Dalam (20 buah rumah).

Jumlah mereka bagaimanapun masih dikumpul kerana ada antara mereka masih enggan meninggalkan rumah tanpa dijaga, kata JPBN dalam kenyataan hari ini.

APM berkata agensi itu membuat pemantauan di seluruh negeri terutama di kawasan yang sering dilanda banjir berikutan hujan tanpa henti sejak kelmarin.

“Orang ramai diingatkan agar patuh pada arahan pihak berkuasa apabila diarahkan berpindah dan hendakjlah melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya rumah mereka dinaiki air,”” menurut kenyataan itu.

SUMBER: BERNAMA

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA BERITA UTAMA NASIONAL

AMARAN CUACA (BAHAYA)

Dikeluarkan pada : 08:00am pada 28 November 2017

SEKSYEN A : AMARAN CUACA (BAHAYA) – Dikeluarkan pada : 8:00am pada 28 November 2017.

Hujan sangat lebat dijangka berterusan berlaku di negeri Kelantan (Jajahan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai) dan Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu) sehingga Rabu, 29 November 2017.

SEKSYEN B : AMARAN CUACA (BURUK)

Hujan lebat dijangka berterusan berlaku di negeri Kelantan (Jajahan Gua Musang), Terengganu (Daerah Dungun dan Kemaman) dan Perak (Daerah Hulu Perak) sehingga Rabu, 29 November 2017.

SEKSYEN C : AMARAN CUACA (WASPADA)

Hujan lebat dijangka berlaku di negeri Kelantan (Jajahan Lojing), Pahang (Daerah Jerantut, Kuantan, Pekan, Rompin, Temerloh & Maran), Johor (Daerah Mersing & Kota Tinggi), Perlis dan Kedah (Daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Padang Terap, Sik & Baling) sehingga Rabu, 29 November 2017.

AMARAN RIBUT PETIR – Dikeluarkan pada : 08:30am pada 28 November 2017.

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Kedah (Daerah Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu), P. Pinang dan Perak (Daerah Kerian, Larut,Matang&Selama dan Kuala Kangsar) dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Selasa 28 November 2017.

SUMBER: MET MALAYSIA

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA SELANGOR

AMARAN CUACA WASPADA

Dikeluarkan pada : 12:00pm pada 21 November 2017

Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur dalam tempoh Khamis, 23 November 2017 sehingga Ahad, 26 November 2017.

 

AMARAN RIBUT PETIR – KEMASKINI

Dikeluarkan pada : 03:15pm pada 21 November 2017

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Kedah (Daerah Yan, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), P. Pinang, Perak, Selangor,

WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, N. Sembilan (Daerah Jelebu, Tampin, Kuala Pilah, Rembau, Seremban dan Port Dickson) dan Melaka dijangka berterusan sehingga lewat petang, Selasa 21 November 2017.

SUMBER: METMALAYSIA

 

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA SELANGOR

KEMASKINI: Amaran Cuaca Buruk

Dikeluarkan pada : 03:30pm pada 15 November 2017

KEMASKINI AMARAN :

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Perlis, Kedah, P. Pinang, Perak (Daerah Kerian, Larut,Matang&Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Muallim dan Batang Padang),

Selangor (Daerah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Klang, Kuala Langat, Sepang dan Hulu Langat), WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya,

N. Sembilan (Daerah Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Seremban dan Port Dickson), Johor (Daerah Segamat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Kulai), Pahang (Daerah Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Rompin dan Pekan), Kelantan (Daerah Lojing),

Sabah : Bahagian Sandakan (Daerah Kinabatangan) dan Tawau (Daerah Lahad Datu); dan

Sarawak : Bahagian Samarahan (Daerah Asa Jaya dan Samarahan) dan Kuching dijangka berterusan sehingga lewat petang, Rabu 15 November 2017.

 

SUMBER: MET MALAYSIA

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA SELANGOR

Amaran Cuaca Buruk: Ribut Petir, Hujan Lebat & Angin Kencang

Dikeluarkan pada : 02:15pm pada 15 November 2017

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Perak (Daerah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Muallim dan Batang Padang),

Selangor (Daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), WP Kuala Lumpur,

N. Sembilan (Daerah Jelebu, Kuala Pilah, Rembau dan Seremban), Johor (Daerah Segamat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Kulai), Pahang (Daerah Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Rompin dan

Pekan), Kelantan (Daerah Lojing) dan Sabah : Bahagian Sandakan (Daerah Kinabatangan) dan Tawau (Daerah Lahad Datu) dijangka berterusan sehingga lewat petang, Rabu 15 November 2017.

 

SUMBER: MET MALAYSIA

Categories
NASIONAL

KEMASKINI: Amaran Cuaca Buruk

Dikeluarkan pada : 12:30pm pada 14 November 2017

KEMASKINI AMARAN :

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Kedah (Daerah Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), P. Pinang, Perak (Daerah Kerian dan Larut, Matang & Selama),

Selangor (Daerah Gombak, Petaling, Klang, Kuala Langat, Sepang dan Hulu Langat), WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, N. Sembilan, Melaka, Johor (Daerah Segamat dan Tangkak ) dan

Pahang (Daerah Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Rompin, Pekan dan Kuantan) dijangka berterusan sehingga lewat petang, Selasa 14 November 2017.

 

SUMBER: MET MALAYSIA

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA SELANGOR

Amaran Cuaca Buruk: Ribut Petir, Hujan Lebat & Angin Kencang

Dikeluarkan pada : 09:00am pada 14 November 2017

KEMASKINI AMARAN :

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Perak (Daerah Manjung, Perak Tengah dan Bagan Datoh),

Selangor (Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Petaling, Klang, Kuala Langat, Sepang dan Hulu Langat),

WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, N. Sembilan, Melaka, Johor

dan Pahang (Daerah Maran, Bera, Rompin, Pekan dan Kuantan) dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Selasa 14 November 2017.

SUMBER: MET MALAYSIA

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA SELANGOR

Amaran Cuaca Buruk: Ribut Petir, Hujan Lebat & Angin Kencang

Dikeluarkan pada : 05:55am pada 12 November 2017

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Selangor (Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang), Wilayah Persekutuan

N. Sembilan (Daerah Rembau, Seremban dan Port Dickson), Melaka, Johor (Daerah Tangkak , Muar, Batu Pahat dan Pontian)

dan Sarawak : Bahagian Kapit (Daerah Song), Mukah (Daerah Matu dan Daro), Sibu (Daerah Sibu dan Kanowit), Sarikei, Betong, Sri Aman, Samarahan dan Kuching dijangka berterusan sehingga pagi, Ahad 12 November 2017.

SUMBER: MET MALAYSIA

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

Amaran Cuaca Buruk: Ribut Petir, Hujan Lebat & Angin Kencang

Dikeluarkan pada : 02:50pm pada 08 November 2017

KEMASKINI AMARAN :

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Perlis, Kedah, P. Pinang dan Perak (Daerah Kerian, Larut,Matang&Selama dan Hulu Perak) dijangka berterusan sehingga lewat petang, Rabu 8 November 2017.

 

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

SEKSYEN A: UNTUK PERKAPALAN
(I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Tioman, Condore, Reef North & Layang-layang sehingga Khamis, 9 November 2017.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

(II) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH – KEMASKINI

Ribut petir di perairan Phuket, Selat Melaka, Samui, Tioman, Reef South, Reef North & Sulu dijangka berterusan sehingga awal petang, Rabu, 8 November 2017.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot.

 

SEKSYEN B: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA

AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH – KEMASKINI

Ribut petir di perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor, Sarawak (Mukah, Bintulu & Miri) & Sabah (Kudat & Sandakan) dijangka berterusan sehingga awal petang, Rabu, 8 November 2017.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

SUMBER: METMALAYSIA

 

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

Nasihat Hujan Lebat/Ribut Petir (Peringkat Kuning)

Dikeluarkan pada : 10:00pm pada 05 November 2017

SEKSYEN A: AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)

Hujan berterusan berserta angin kencang dijangka berlaku di negeri Kedah, Perlis, P. Pinang dan Perak (Daerah Kerian, Larut, Matang&Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar) Kelantan dan

Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu) sehingga Ahad, 05 November 2017.

SEKSYEN B: AMARAN RIBUT PETIR
KEMASKINI AMARAN :

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Perak (Daerah Kinta, Kampar, Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak, dan Batang Padang) dan
Pahang (Daerah Cameron Highlands dan Lipis) dijangka berterusan sehingga lewat malam, Ahad 5 November 2017.

 

SUMBER: MET MALAYSIA

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

Amaran Hujan Lebat (Peringkat Jingga)

Dikeluarkan pada : 10:25am pada 05 November 2017

SEKSYEN A: AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA)

Hujan lebat berterusan berserta angin kencang yang sedang berlaku di negeri Kedah, Perlis, P. Pinang dan Perak (Daerah Kerian, Larut,Matang&Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar) dijangka sehingga Ahad, 5 November 2017.

SEKSYEN B: AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)

Hujan berterusan berserta angin kencang dijangka berlaku di negeri Kelantan dan Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu) sehingga Ahad, 05 November 2017.

SEKSYEN C: AMARAN RIBUT PETIR

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Perak (Daerah Kinta, Kampar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datoh, Hilir Perak, Muallim dan Batang Padang),

Selangor (Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Klang dan Hulu Langat), WP Kuala Lumpur, Pahang (Daerah Cameron Highlands, Lipis, Raub dan Bentong) dan

Sarawak : Bahagian Mukah dijangka berterusan sehingga awal petang, Ahad 5 November 2017.

SUMBER: METMALAYSIA

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA

Amaran angin kencang & laut bergelora sehingga 21 Okt

KUALA LUMPUR 18 OKT: Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua dijangka berlaku di kawasan perairan Sulu sehingga Sabtu, 21 Oktober.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, keadaan angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50-60 km sejam ini boleh menyebabkan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil.

Sementara itu, amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama juga dijangka berlaku di perairan Reef North, Layang-Layang dan Palawan sehingga Sabtu, 21 Oktober.

Keadaan angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 km sejam dan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dijangka berlaku sepanjang tempoh berkenaan.

Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

SUMBER: BERNAMA