Categories
NASIONAL

Cub Prix: Kasma raih kemenangan keempat di Teluk Intan

TELUK INTAN 31 JULAI: Kasma Daniel Kasmayudin meraih kemenangan keempat dalam saingan CP130 dengan aksi dominan sejak sesi pertama sehingga ke perlumbaan akhir pusingan kelima Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim 2016 yang berlangsung di Teluk Intan, Perak, hari ini.

Pelumba PETRONAS Yamaha Maju Motor yang bermula dari petak pertama itu berjaya menamatkan 18 pusingan keseluruhan dengan masa 16’04.642s, 8.115s dihadapan rakan sepasukan, Ahmad Fazli Sham yang menamatkan perlumbaan dengan masa 16’12.757s.

Adik Fazli, Ahmad Fazrul Sham dari pasukan AHM Motorsports menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan masa 16’15.894s.

“Saya berada di kedudukan terbaik untuk memenangi perlumbaan, jadi saya hanya kekal fokus di sepanjang perlumbaan dan cuba menjarakkan diri dari Fazli yang berada di belakang.

“Kemenangan hatrik dan keempat pada musim ini membantu saya untuk naik ke tangga teratas keseluruhan namun bukan jaminan untuk saya memenangi gelaran musim ini. Ahmad Fazli hanya dua mata di belakang dan saingan musim ini juga masih panjang,” jelas Kasma.

Kemenangan ini meletakkan Kasma di tangga teratas dengan 100 mata diikuti Fazli, 98 dan Norizman Ismail (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) ketiga, 52 mata.

CP115-03 (1)
CP115

Dalam kelas CP115, Md Syafiq Rosli meraih kemenangan pertamanya pada musim ini dalam pertembungan sengit bersama pendahulu, Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang).

Namun, pelumba M-Seki Liberty Honda itu berjaya mengatasi cabaran Tengku Amirul untuk menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa 13’55.485s manakala Tengku Amirul ketinggalan 6.7s di belakang untuk berada di kedudukan kedua.

Md Akid Aziz (PETRONAS Yamaha Maju Motor) di kedudukan ketiga dengan masa 14’02.418s.

Tengku Amirul kekal sebagai pendahulu dengan mengumpul 90 mata diikuti Akid kedua, 61 mata dan rakan sepasukan Akid, Md Haziq Fairues ketiga, 60 mata.

Dalam saingan kelas Wira, pelumba pasukan kendalian bekas juara kelas perdana Kejuaraan Cub Prix, IUGB AFB Tech Racing, Md Helmi Azman meraih gelaran juara buat pertama kali dengan catatan masa 11’16.566s diikuti Md Amirul Arif Ramlee (PETRONAS Yamaha) kedua, 11’22.066s diikuti Md Afizi Supaaat (Persendirian) ketiga, 11’32.148s.

Pelumba Idemitsu Kozi Yam Honda Racing, MMd Shafiq Ezzariq mendahului kedudukan pelumba dengan 113 mata diikuti Helmi kedua, 78 mata dan Amirul ketiga, 52 mata.

Keputusan:
CP130
Perlumbaan akhir:
1. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) Yamaha 16’04.642s 2. Ahmad Fazli Sham (PRK) Yamaha 16’12.757s 3. Ahmad Fazrul Sham (PRK) Yamaha 16’15.894s 4. Norizman Ismail (SGR) Honda 16’16.799s 5. Md Azhar Abd Jalil (SGR) Yamaha 16’18.242s

Kedudukan keseluruhan:
1. 1. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) Yamaha 100 mata 2. Ahmad Fazli Sham (PRK) Yamaha 98 mata 3. Norizman Ismail (SGR) Honda 52 mata 4. Ahmad Fazrul Sham (PRK) Yamaha 51 mata 5. Md Hafiz Nor Azman (PRK) Honda 47 mata

CP115
Perlumbaan akhir:
1. Md Syafiq Rosli (PRK) Honda 13’55.486s 2. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Yamaha 14’02.227s 3. Md Akid Aziz (KUL) Yamaha 14’02.418s 4. Ahmad Syukran Aizat (TRG) Yamaha 14’04.444s 5. Md Haziq Fairues (SGR) Yamaha 14’07.920s

Kedudukan keseluruhan:
1. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Yamaha 90 mata 2. Md Akid Aziz (KUL) Yamaha 61 mata 3. Md Haziq Fairues (SGR) Yamaha 60 mata 4. Md Harith Farhan Baharin (TRG) Honda 51 mata 5. Ahmad Syukran Aizat (TRG) Yamaha 50 mata

WIRA
Perlumbaan akhir:
1. Md Helmi Azman (SGR) Yamaha 11’16.566s 2. Md Amirul Arif Ramlee (JHR) Yamaha 11’22.066s 3. Md Afizi Supaat (SGR) Yamaha 11’32.148s 4. Md Shafiq Ezzariq (SGR) Honda 11’35.635s 5. Md Yusri Md Salehan (SGR) Yamaha 11’41.652s

Kedudukan keseluruhan:
1. 4. Md Shafiq Ezzariq (SGR) Honda 113 mata 2. Md Helmi Azman (SGR) Yamaha 78 mata 3. Md Amirul Arif Ramlee (JHR) 52 mata 4. Md Afizi Supaat (SGR) Yamaha 47 mata 5. Mq Qhuwarismi Md Nasir (PNG) Yamaha 47 mata

EZY

Categories
NASIONAL

Cub Prix: Kasma terpantas di Teluk Intan

TELUK INTAN 30 JULAI : Kasma Daniel Kasmayuddin meneruskan aksi cemerlang apabila memulakan saingan separuh musim kedua Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS dengan mencatat masa terpantas pada sesi ujian masa kategori CP130 di Teluk Intan, Perak, hari ini.

Pelumba PETRONAS Yamaha Maju Motor yang masih segar dengan pengalaman menjalani latihan di Akademi VR46, akademi milik juara dunia, Valentino Rossi mencatat masa terpantas 53.059s mengatasi catatan dua rakan sepasukan, Abdul Muhaimin Roslan dan Ahmad Fazli Sham.

Abd Muhaimin muncul pelumba kedua terpantas dengan masa 53.269s manakala Ahmad Fazli dengan masa 53.516s.

KASMA DANIEL KASMAYUDDIN“Terdapat sedikit perubahan dimana sesetengah selekoh menjadi lebih lebar dan menyaksikan pelumba dapat mencatat masa yang lebih pantas.

“Jika bukan disebabkan masalah enjin pada penghujung sesi ujian masa, saya yakin dapat mencatat masa di bawah 53 saat,” jelas Kasma.

Sementara itu, Norizman Ismail muncul pelumba terbaik yang menggunakan jentera Honda apabila pelumba Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing itu di mencatat masa keempat terpantas dengan masa 53.609s diikuti rakan sepasukan, Md Hafiz Nor Azman dengan masa 53.617s.

Sementara itu, Tengku Amirul Haffirudin dari pasukan Motul Zeneos Yamaha YY Pang mencatat masa terpantas dalam kategori CP115 dengan masa 54.769s manakala Md Helmi Azman (IUGB AFB Tech Racing) muncul pelumba terpantas kategori Wira dengan masa 55.656s.

Keputusan Ujian Masa:

CP130
1. Kasma Daniel Kasmayuddin (JHR) Yamaha 53.059s 2. Abd Muhaimin Roslan (SGR) Yamaha 53.269s 3. Ahmad Fazli Sham (PRK) Yamaha 53.516s 4. Norizman Ismail (SGR) Honda 53.609s 5. Md Hafiz Nor Azman (PRK) Honda 53.617s

CP115
1. Tg Amirul Haffirudin (TRG) Yamaha 54.769s 2. Md Syafiq Rosli (PRK) Honda 54.797s 3. Md Fareez Afeez (JHR) Yamaha 54.869s 4. Md Akid Aziz (KUL) Yamaha 54.906s 5. Md Muzakkir Mohamed (SGR) Yamaha 55.137s

WIRA
1. Md Helmi Azman (SGR) Yamaha 55.656s 2. Md Anuar Ibrahim Pawi (PRK) Honda 55.903s 3. Md Shafiq Ezzariq (SGR) Honda 56.245s 4. Md Qhuwarismi Md Nasir (PNG) Yamaha 56.437s 5. Md Amirul Arif Ramlee (JHR) Yamaha 56.777s

EZY

Categories
NASIONAL

Cub Prix: Tengku Amirul tekad buru mata maksimum

SHAH ALAM 30 JULAI : Tengku Amirul Haffirudin tekad memburu mata maksimum bagi menebus kehilangan mata dalam usaha untuk memburu gelaran juara keseluruhan CP115 pada pusingan kelima Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Teluk Intan, Perak, hujung minggu ini.

Pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang itu memulakan kempen musim 2016 dengan cemerlang setelah berjaya meraih tiga podium pada permulaan musim.

Namun usaha Tengku Amirul untuk terus mendominasi saingan CP115 tidak kesampaian setelah dikenakan penalti akibat melakukan aksi berbahaya pada pusingan keempat di Kelantan meskipun berjaya menjuarai perlumbaan.

tengku-02Akibat insiden tersebut, Tengku Amirul dikenakan penalti menyaksikan penyertaannya dibatalkan dan 25 mata yang diraih turut terbatal.

Keputusan tersebut bagaimanapun tidak menjejaskan kedudukan Tengku Amirul apabila masih mengungguli kedudukan pelumba CP115 dengan 70 mata, 19 mata dihadapan pencabar terdekat, Harith Farhan Baharin.

“Meskipun saya masih berada di atas, namun kelebihan jurang mata semakin mengecil. Dengan hanya berbaki enam pusingan pada musim ini, saya perlu kembali melebarkan jurang pungutan mata.”

Saingan pusingan kelima Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS berlangsung pada 30 dan 31 Julai di Stadium Mini Teluk Intan. Masuk adalah percuma.

EZY

Categories
SELANGOR

Cub Prix bersambung ke Teluk Intan

SHAH ALAM 25 JULAI : Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS kembali ke Teluk Intan, Perak, daerah terkenal dengan bangunan ikonik menara condong, 11 bulan selepas insiden hujan lebat dan ribut yang melanda sehingga perlumbaan terpaksa dibatalkan pada musim 2015 pada 30 dan 31 Julai ini.

Selepas berehat sepanjang Ramadan dan sambutan hari raya Aidil Fitri, kerancakan saingan kini kembali apabila pasukan PETRONAS Yamaha Maju Motor dijangkakan meneruskan dominasi di dalam kelas CP130.

Gandingan juara dua kali kelas perdana, Ahmad Fazli Sham dan pelumba muda sensasi, Kasma Daniel Kasmayudin kini 30 mata mendahului kedudukan keseluruhan pelumba.

kasmavsfazli-02Manakala dalam kelas CP115, pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang, Tengku Amirul Haffiruddin menguasai kedudukan dengan kelebihan 19 mata berbanding pencabar di kedudukan kedua.

“Teluk Intan merupakan antara lokasi yang popular dikalangan peminat Cub Prix kerana merupakan satu-satunya perlumbaan yang dijalankan di tengah bandar.

“Malangnya, perlumbaan akhir musim lepas terpaksa dibatalkan disebabkan kejadian ribut dan mujurlah kejadian tersebut tidak mendatangkan sebarang kecederaan.

“Tahun ini pasukan, pelumba dan pihak penganjur berharap cuaca yang baik sewaktu perlumbaan,” jelas Ketua Operasi Cub Prix, Shafry Azizan.

EZY

Categories
SELANGOR

Cup Prix: Selepas 4 pusingan, Selangor ungguli kategori wira

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 30 MEI: Selepas empat pusingan Kejuaraan Cub Prix Petronas AAM Malaysia 2016 dijalankan, pelumba Selangor, Md Shafiq Ezzariq meninggalkan jauh pencabar terdekatnya selepas berjaya mengutip mata penuh dengan menyapu bersih tempat pertama bagi kategori Wira.

Beliau yang kini mengutip 100 mata, menunggang jentera Honda bernombor 16 mewakili pasukan Idemitsu Kozi Yam Honda Racing meninggalkan seorang lagi pelumba dari Selangor, Md Helmi Azman yang kini mengumpul 53 mata keseluruhan.

Cub Prix get back in action on March 12 at Maeps SelangorMd Helmi Azman menunggang jentera Yamaha nombor 11 mewakili pasukan IUGB AFB Tech Racing.

Mengikuti rapat di tempat ketiga, pelumba Pulau Pinang, Md Qhuwarismi Md Nasir yang menunggang jentera Yamaha bernombor 12.

Beliau yang mewakili pasukan Weststar Motorsport kini mengumpul 47 mata keseluruhan, hanya enam mata di belakang Md Helmi.

Sebelum ini, empat pusingan Cup Prix Petronas Malaysia 2016 yang sudah dilangsungkan adalah di MAEPS Selangor; Batu Kawan, Pulau Pinang; Kangar, Perlis dan Pasir Mas, Kelantan.

Kejuaraan Cub Prix 2016 berehat panjang sebelum bersambung pada pusingan kelima di Teluk Intan, Perak pada 30 dan 31 Julai ini.

EZY

Categories
NASIONAL

Cub Prix: Kemenangan Tengku Amirul dibatal

SHAH ALAM 23 MEI: Tengku Amirul Haffirudin, pendahulu kategori CP115 dikenakan tindakan selepas mempamerkan aksi kurang semangat kesukanan semasa perlumbaan akhir pada saingan pusingan keempat Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Pasir Mas, Kelantan.

Pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang itu didapati memasuki ke laluan pelumba lain sewaktu perlumbaan akhir CP115 bermula.

CP115 riderAkibat tindakan itu menyebabkan tiga pelumba terbabit kemalangan dan perlumbaan dihentikan seketika selepas bendera merah dikibarkan akibat insiden iru .

Selepas siasatan steward perlumbaan, keputusan Tengku Amirul dikeluarkan daripada Pusingan 4 dan menyaksikan Md Haziq Md Fairues dari pasukan PETRONAS Yamaha Maju Motor yang berada di kedudukan kedua muncul juara perlumbaan diikuti pelumba M Seki Liberty Honda, Mohd Aznil Mohd Ali dan pelumba GiVi Honda Yuzy Racing, Azroy Hakeem Anuar yang naik ke kedudukan kedua dan ketiga.

Tengku Amirul kehilangan 25 mata kejuaraan yang dimenangi sebelum ini namun tidak menjejaskan kedudukan sebagai pendahulu keseluruhan dengan 70 mata.

EZY

Categories
NASIONAL

Cub Prix: Kasma rapatkan jurang pendahulu

KELANTAN 22 MEI: Pelumba rookie CP130, Kasma Daniel Kasmayudin merapatkan jurang pendahulu kepada tiga mata berbanding pendahulu yang juga rakan sepasukan, Ahmad Fazli Sham apabila berjaya menjuarai perlumbaan akhir CP130 pada Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berakhir di Pasir Mas, Kelantan, semalam.

Meskipun bermula agak perlahan dan sedikit ketinggalan pada peringkat awal perlumbaan, Kasma berjaya menamatkan 20 pusingan perlumbaan dengan masa 13’56.822s, hanya 0.012s dibezakan dengan Ahmad Fazli selepas aksi pintas memintas diantara kedua-dua pelumba itu.

MHF_4425Tempat ketiga milik Md Zaqhwan Zaidi (Givi Honda Yuzy Racing) yang menamatkan perlumbaan dengan masa 13’58.310s.

“Permulaan saya tidak begitu baik ditambah dengan kesilapan di selekoh pertama menyebabkan saya sedikit ketinggalan pada peringkat awal perlumbaan.

Namun pasukan berjaya menyediakan jentera yang begitu baik dan membantu saya untuk kekal berada dalam kelompok depan. Saya hanya mengekori Fazli sehinggalah Hafiz Nor Azman berada di belakang saya dan melakukan percubaan untuk memintas.

Selepas itu saya mula mencari ruang untuk berada di depan Fazli namun pada masa sama kami pula saling bertukar kedudukan sehinggalah ke pusingan terakhir,” jelas Kasma.

Selepas empat pusingan, pelumba PETRONAS Yamaha Maju Motor itu kini mengumpul 75 mata hasil tiga gelaran juara termasuk pusingan pembukaan di Serdang, Selangor dan pusingan ketiga di Kangar, Perlis manakala Fazli di tangga teratas dengan 78 mata sambil Zaqhwan naik ke tangga ketiga dengan 45 mata.

Kemenangan ini juga meletakkan pasukan PETRONAS Yamaha Maju Motor selesa mendahului kedudukan berpasukan dengan mengumpul 163 mata diikuti pasukan Motul Zeneos Yamaha YY Pang dengan 89 mata dan Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing ketiga, 77 mata.

Dalam saingan CP115, Tengku Amirul Haffirudin meraih kemenangan ketiganya pada musim ini setelah berjaya mengungguli 12 pusingan perlumbaan yang dihentikan seketika selepas bendera merah dikibarkan akibat insiden kemalangan membabitkan enam pelumba pada permulaan perlumbaan.

Sebaik perlumbaan bersambung, Tengku Amirul berjaya mendahului kedudukan sehingga ke garisan penamat dan menamatkan perlumbaan dengan masa 8’32.857s.

Tempat kedua milik Md Haziq Md Fairues (PETRONAS Yamaha Maju Motor) dengan masa 8’34.043s dan Md Aznil Md Ali (M Seki Liberty Honda) ketiga dengan masa 8’35.172s.

Kemenangan ini meletakkan Tengku Amirul selesa di tangga teratas keseluruhan pelumba dengan mengumpul 95 mata sementara Md Harith Farhan Baharin (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) kekal ditangga kedua dengan 51 mata. Md Akid Aziz dan Md Haziq terikat di tangga ketiga dengan 44 mata.

Sementara itu, Md Shafiq Ezzariq (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) meneruskan kecemerlangan apabila mencatat kemenangan keempat berturut-turut dalam kategori Wira pada musim ini dan seterusnya memungut 100 mata maksimum untuk terus mendahului kedudukan keseluruhan pelumba.

Shafiq yang bermula dari petak kedua menamatkan 14 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan mengatasi Md Helmi Azman (IUGB AFB Tech Racing) yang sekali lagi terpaksa berpuas hati di kedudukan kedua dengan masa keseluruhan 10’00.107s. Tempat ketiga milik Md Qhuwarismi (Weststar Motorsport) dengan masa 10’09.616s.

Tempat kedua keseluruhan kekal milik Md Helmi dengan mengumpul 53 mata manakala Md Qhuwarismi berada di tangga ketiga dengan 47 mata.

Keputusan Pusingan 4
CP130
Akhir
1. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) Yamaha 13’56.822s 2. Ahmad Fazli Sham (PRK) Yamaha 13’56.834s 3. Md Zaqhwan Zaidi (SGR) Honda 13’58.310s 4. Abd Muhaimin Roslan (SGR) Yamaha 14’01.533s 5. Md Azhar Abd Jalil (SGR) Yamaha 14’02.033s

Kedudukan Keseluruhan

1. Ahmad Fazli Sham (PRK) Yamaha 78 mata 2. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) Yamaha 75 mata 3. Md Zaqhwan Zaidi (SGR) Honda 45 mata 4. Norizman Ismail (SGR) Honda 39 mata 5. Md Adib Rosley (SGR) Yamaha 38 mata

CP115
Akhir
1. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Yamaha 8’32.857s 2. Md Haziq Md Fairues (SGR) Yamaha 8’34.043s 3. Md Aznil Md Ali (TRG) Honda 8’35.172s 4. Azroy Hakeem Anuar (KUL) Honda 8’35.406s 5. Saiful Izman Ahmad Zamani (SGR) Yamaha 8’35.766s

Kedudukan Keseluruhan
1. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Yamaha 95 mata 2. Md Harith Farhan Baharin (TRG) Honda 51 mata 3. Md Akid Aziz (KUL) Yamaha 44 mata 4. Md Haziq Md Fairues (SGR) 44 mata 5. Md Haiekal Akmal Zakaria (JHR) 40 mata

WIRA
Akhir:
1. Md Syafiq Ezzariq (SGR) Honda 9’59.874s 2. Md Helmi Azman (SGR) Yamaha 10’00.107s 3. Md Qhuwarismi Md Nasir (PNG) Yamaha 10’09.616s 4. Saiful Azhary Muhamad (JHR) Honda 10’09.843s 5. Md Afizi Supaat (SGR) Yamaha 10’18.823s

Kedudukan keseluruhan:
1. Md Syafiq Ezzariq (SGR) 100 mata 2. Md Helmi Azman (SGR) Yamaha 53 mata 3. Md Qhuwarismi Md Nasir (PNG) Yamaha 47 mata 4. Saiful Azhary Muhamad (JHR) Honda 47 mata 5. Md Aiman Tahiruddin (KUL) Yamaha 40 mata

Categories
NASIONAL

Cub Prix: Harith tekad tebus kecewa

SHAH ALAM 20 MEI : Md Harith Farhan Baharin tekad menebus kecewa dengan mensasarkan untuk menamatkan perlumbaan kategori CP115 di atas podium apabila turun beraksi pada Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Pasir Mas, Kelantan, 20 dan 21 Mei ini.

Pelumba Idemitsu Kozi Yam Honda itu memulakan aksi musim pertama dalam kelas CP115 dengan cemerlang apabila muncul pemenang tempat ketiga pada pusingan pembukaan di Serdang, Selangor sebelum muncul juara pada pusingan berikutnya di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Harith tekad bangkit rebut podiumNamun hasrat juara Wira musim 2015 itu untuk menaiki podium buat kali ketiga tidak kesampaian setelah sekadar menamatkan perlumbaan pusingan lepas di Kangar, Perlis di kedudukan keenam akibat masalah enjin yang dihadapi sewaktu pusingan ujian masa.

Masalah tersebut menyebabkan Harith gagal melayakkan diri ke pusingan ‘Shootout’ dan terpaksa memulakan perlumbaan akhir dari petak ke-19.

“Saya agak kecewa kerana terpaksa berhadapan dengan masalah mekanikal enjin sehingga gagal mendapatkan masa yang baik ketika sesi latihan bebas dan ujian masa. Masalah tersebut bermula seawal sesi latihan bebas dan berterusan ke sesi ujian masa.”

“Namun dengan kecekapan tenaga kerja pasukan, masalah tersebut dapat diatasi pada hari kedua dan bertambah baik menjelang perlumbaan akhir,” kata Harith.

Menurut pelumba kelahiran Terengganu itu lagi bukan mudah untuk mengejar pelumba di hadapan apabila terpaksa bermula dari petak ke-19.
“Saya bertungkus lumus sepanjang perlumbaan.untuk memintas seorang demi seorang namun hanya berjaya tamat di kedudukan keenam.

“Apa-apapun saya berterima kasih kepada kru pasukan yang berjaya memperbaiki jentera saya dengan cukup baik. Mudah-mudahan masalah tersebut tidak lagi berlaku dan saya akan dapat kembali ke kelompok hadapan pada perlumbaan minggu ni.”

Selepas tiga pusingan, Harith kini berada di tangga kedia keseluruhan dengan 51 mata manakala kedudukan pendahulu milik Tg Amirul Ariffin (Zeneos Motul Yamaha YY Pang) dengan 70 mata dan tempat ketiga milik Md Fareez Afeez (IUGB AFB Tech Racing) dengan 38 mata.

EZY

Categories
NASIONAL

Cub Prix: Kemenangan di Buriram kejayaan penting Zaqhwan

SHAH ALAM 17 MEI: Md Zaqhwan Zaidi menyifatkan kemenangan SuperSports 600cc di Thailand baharu ini merupakan antara kemenangan penting dalam karier perlumbaannya khususnya menjelang pusingan keempat Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Kelantan, minggu ini.

Penantian pelumba berusia 21 tahun sejak musim lepas akhirnya berbaloi dan pada masa sama kembali meningkatkan keyakinan pelumba itu untuk menghadapi pelbagai perlumbaan selepas ini.

Zaqhwan berjaya meraih gelaran juara pada Perlumbaan 2 Kejuaraan Motosikal Asia FIM di Litar Antarabangsa Chang, Buriram pada 8 Mei lepas.

Zaqhwan in action during Cub Prix in Kangar“Sejak saya kembali ke Cub Prix dan ARRC pada pertengahan 2015, saya menghadapi masalah untuk mendapatkan kembali rentak kemenangan.

“Selalunya bagi kebanyakan atlet, jika berada pada tahap ini ada kalanya mampu untuk merosakkan karier mereka. Saya cuba untuk kekal positif namun bukan mudah menepis perasaan sendiri yang menganggap prestasi saya tidak cukup bagus,” kata Zaqhwan.

Tambah Zaqhwan, “Kalah kepada Azlan pada pusingan terakhir sewaktu di Pasir Gudang tempoh hari juga mengganggu moral saya. Jika saya sekali lagi kalah kepada Azlan di Bururam, rasanya keyakinan saya semakin menurun.

“Kemenangan di Thailand bermakna. Ia membuktikan saya masih mempunyai sentuhan menewaskan pelumba berkelas dunia seperti Azlan, rakan sepasukan Yuki Takahashi, Tomoyoshi Koyama, Ahmad Yudhistira dan Anthony West.

“Mudah-mudahan nama Zaqhwan Zaidi yang pernah meraih gelaran berganda CP130 dan SuperSports 600cc pada 2014 akan kembali,” kata Zaqhwan.

Zaqhwan akan tampil bersama pasukannya Givi Honda Yuzy Racing dalam saingan CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Pasir Mas, Kelantan, 20 dan 21 Mei ini.

Setakat tiga pusingan, Zaqhwan kini menghuni tangga ketujuh keseluruhan dengan 29 mata manakala pendahulu milik Ahmad Fazli Sham dengan 58 mata.

EZY

Categories
NASIONAL

Cub Prix: Penyertaan bertambah, promoter timbang tambah kumpulan

SHAH ALAM 3 MEI : Pihak Promoter Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS bersedia mempertimbangkan kemungkinan untuk menambah jumlah kumpulan.

Ia berikutan peningkatan ketara jumlah pelumba dalam kategori persendirian – PETRONAS Sprinta Pro-Am sebaik pusingan ketiga berakhir di Kangar, Perlis, Ahad lepas.

Sepanjang pusingan kedua di Pulau Pinang dan di Perlis, kategori itu mendapat penyertaan maksimum 48 pelumba persendirian di grid, dan jika sambutan menggalakkan diterima, promoter kejuaraan, Safe Aim Mutual Sdn Bhd mungkin mengubah jadual perlumbaan dan mewujudkan tiga kumpulan untuk sesi latihan dan kelayakan.

Kategori Pro-Am menerima penyertaan menggalakkan“Pendaftaran pelumba kategori persendirian sepanjang dua pusingan lepas merupakan yang tertinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ketika ini pelumba kategori Pro-Am dibahagikan kepada dua kumpulan – A dan B.

Jika sambutan seperti ini berterusan ke pusingan berikutnya di Kelantan dan lain-lain, kami sedia untuk menambah Kumpulan C mengikut kesesuaian jumlah peserta,” jelas Ron Hogg, Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd.

Kelas Pro-Am merupakan singkatan kepada pelumba ‘Amatur Profesional’ khusus buat pelumba yang tidak mempunyai kontrak bersama pasukan ataupun penaja korporat.

Pelumba berlumba menggunakan motosikal sendiri dengan peraturan ubahsuai minimum sebagai langkah untuk mengurangkan kos perbelanjaan peserta.

Setiap pusingan menawarkan jumlah pungutan mata untuk mencari juara keseluruhan kategori tersebut pada penghujung musim.

Selepas tiga pusingan, pelumba dari Terengganu, Mu’izz Al-Atrash Abd Ghani mendahului kedudukan dengan 65 mata selepas meraih tiga podium termasuk gelaran juara di Kangar.

Ron percaya penjenamaan semula kelas persendirian ini merupakan antara faktor kategori ini semakin mendapat sambutan mereka yang ingin berlumba secara kompetitif di pentas perlumbaan profesional.

“Kelas persendirian ini ditukarkan kepada kategori Pro-Am pada 2014. Pelumba persendirian memainkan peranan penting mereka kepada perlumbaan Cub Prix, jadi kami turut memberikan status mereka sebagai pelumba amatur profesional,” jelas Ron.

EZY

Categories
NASIONAL

Cub Prix: Kasma tawan pusingan 3 Kangar

KANGAR 2 MEI: Pelumba 16 tahun, Kasma Daniel Kasmayudin meraih kemenangan kedua pada musim ini setelah menamatkan 18 pusingan perlumbaan kategori CP130 dengan masa keeluruhan 12’57.333s pada pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berakhir di Kangar, Perlis, semalam.

Bermula dari petak pertama, pelumba PETRONAS Yamaha Maju Motor itu bermula dengan baik namun ketinggalan kepada Md Adib Rosley (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) yang mendahului kedudukan sehingga ke pusingan kelima.

MCP KGR 2-20Namun Kasma yang mengekori di belakang berjaya memanfaatkan kepantasan jentera untuk memintas dan seterusnya mendahului kedudukan sehingga ke garisan penamat.

Adib menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua dengan masa 12’58.889s manakala Hafiz Nor Azman (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) berpuas hati di kedudukan ketiga dengan masa 12’59.201s.

“Permulaan saya tidak begitu baik. Saya terlepas kedudukan pendahulu kepada Adib namun menggunakan peluang mengekori di belakang untuk melihat keupayaan jentera Adib.

“Saya sedar jentera Yamaha saya mempunyai kelebihan dan mencari ruang untuk memintas seterusnya memenangi perlumbaan. Saya berterima kasih kepada seluruh pasukan PETRONAS Yamaha Maju Motor kerana menyediakan jentera terbaik,” kata Kasma.

WIRA-02Sementara itu, rakan sepasukan Kasma, Ahmad Fazli Sham yang menamatkan perlumbaan di tempat keempat mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu keseluruhan dengan 58 mata manakala Kasma naik ke tangga kedua dengan 50 mata diikuti Norizman Ismail (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) ketiga dengan 39 mata.

Dominasi Kasma dan Fazli sepanjang tiga pusingan ini juga meletakkan pasukan mereka selesa di tangga teratas berpasukan dengan 118 mata, 40 mata mengatasi Motul Zeneos Yamaha YY Pang.

Saingan kelas CP115 menjadi milik Tengku Amirul Haffirudin apabila meraih tiga podium berturut-turut setelah menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa 11’05.122s.

Pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang itu mengatasi pelumba PETRONAS Yamaha CKJ, Ahmad Syukran Aizat yang berada di kedudukan kedua dengan masa 11’08.604s diikuti Md Akid Aziz (PETRONAS Yamaha Maju Motor) di tempat ketiga dengan masa 11’15.373s.

Tiga podium diraih membantu Tengku Amirul mendahului kedudukan dengan 70 mata diikuti Md Harith Farhan Baharin (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) kedua dengan 51 mata manakala Md Fareez Afeez (IUGB AFB Tech Racing) ketiga dengan 38 mata.

Saingan kelas Wira menyaksikan pelumba Idemitsu Kozi Yam Honda Racing, Md Shafiq Ezzariq meraih kemenangan hatrik setelah mendominasi 12 pusingan perlumbaan dengan selesa apabila menamatkan perlumbaan bersendirian dengan masa 9.02.042s.

Md Helmi Azman (IUGB AFB Tech Racing) dan Md Idil Fitri Mahadi (Zeneos Yamaha Racing) di kedudukan kedua dan ketiga, masing-masing dengan masa 9’03.221s dan 9’08.570s.

Shafiq kekal di tangga teratas dengan 75 mata maksimum diikuti rakan sepasukan, Saiful Azhary Muhamad kedua dengan 34 mata dan Helmi ketiga, 33 mata.

Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2016 akan berlangsung di Pasir Mas, Kelantan pada 21 dan 22 Mei ini.

CP130

1. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) Yamaha 12’57.333s

2. Md Adib Rosley (SGR) Yamaha 12’58.889s

3. Md Hafiz Nor Azman (PRK) Honda 12’59.201s

4. Ahmad Fazli Sham (PRK) Yamaha 13’02.431s

5. Md Izzat Zaidi Salehan (SGR) Yamaha 13’07.987s

Kedudukan Keseluruhan

1. Ahmad Fazli Sham (PRK) Yamaha 58 mata

2. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) Yamaha 50 mata

3. Norizman Ismail (SGR) Honda 39 mata

4. Md Adib Rosley (SGR) Yamaha 38 mata

5. Md Hafiz Nor Azman (PRK) Honda 38 mata

CP115

1. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Yamaha 11’05.122s

2. Ahmad Syukran Aizat (TRG) Yamaha 11’08.604s

3. Md Akid Aziz (KUL) Yamaha 11’15.373s

4. Md Syafiq Rosli (PRK) Honda 11’16.452s

5. Md Haziq Md Fairues (SGR) Yamaha 11’16.898s

Kedudukan Keseluruhan

1. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Yamaha 70 mata

2. Md Harith Farhan Baharin (TRG) Honda 51 mata

3. Md Fareez Afeez (JHR) Yamaha 38 mata

4. Ahmad Syukran Aizat (TRG) Yamaha 50 mata

4. Md Akid Aziz (KUL) 34 Yamaha mata
WIRA
1. Md Shafiq Ezzariq (SGR) Honda 9;02.042s

2. Md Helmi Azman (SGR) Yamaha 9’03.221s

3. Md Idil Fitri Mahadi (SGR) Yamaha 9’08.570s

4. Md Aiman Tahiruddin (KUL) 9’10.756s

5. Md Qhuwarismi Md Nasir (PNG) Yamaha 9’12.379s

Kedudukan Keseluruhan

1. Md Shafiq Ezzariq (SGR) Honda75 mata

2. Saiful Azhary Muhamad (JHR) Honda 34 mata

3. Md Helmi Azman (SGR) Yamaha 33 mata

4. Md Qhuwarismi Md Nasir (PNG) 31 mata

5. Md Aiman Tahiruddin (KUL) 31 mata

EZY

Categories
NASIONAL

Fenomena Superkip tarik minat pelumba muda

SHAH ALAM 30 APR: Kejayaan Khairul Idham Pawi menyaksikan pasukan profesional menerima permohonan daripada ibu bapa untuk meletakkan anak mereka beraksi dalam kelas Wira di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2016 yang memasuki pusingan ketiga di Kangar, Perlis, minggu ini.

Berbeza dengan kelas CP130, kategori Wira merupakan kelas apabila kebanyakan pasukan dan pelumba memulakan penglibatan mereka dalam siri kejuaraan kebangsaan ini manakala pasukan ternama dalam kelas CP130 pula tidak dibenarkan menyertai kelas ini bagi membuka lebih banyak peluang kepada pasukan dan pelumba untuk bersaing di litar.

MHF_1249Bagi pasukan Hyperlube PJM Racing Team, perlumbaan minggu ini menyaksikan mereka turut menyenaraikan pelumba muda berusia 14 tahun, Muhammad Izam Ikmal Izamli sebagai pelumba baharu pasukan.

Pemiliknya, Mohd Salleh Md Isa melihat Izam Ikmal yang menandatangani kontrak pelumba Asia Talent Cup sebagai seorang pelumba berbakat dan jika mendapat bimbingan yang betul, tidak mustahil mampu pergi lebih jauh.

“Kami nampak Izam sebagai pelumba muda yang bagus dan berbakat namun masih kurang pengalaman dan latihan. Ini merupakan perlumbaan pertamanya menggunakan jentera underbone di kejuaraan ini berbanding jentera ‘full frame’ yang digunakan dalam perlumbaan lain.

Kami di Hyperlube PJM Racing akan cuba untuk mengasah bakat dan melatih Izam,” jelasnya.

Beliau berkata untuk pergi lebih jauh, dia perlu dibimbing oleh individu yang betul dan berpengalaman kerana sukan permotoran bukan seperti sukan bola sepak, golf, badminton ataupun renang.

Katanya, semua ibu bapa mahukan kejayaan terhadap anak mereka – namun mungkin dalam sukan permotoran, ada beberapa perkara seperti isu teknik berada di luar kemahiran ibu bapa.

“Ada diantara perlumbaan di peringkat pembangunan, pihak pengurusan melarang ibu bapa dari berada di padok kerana mereka mahu memberikan yang terbaik kepada pelumba. Kami sangat berminat dengan bakat dan kemampuan Izam Ikmal.

“Kami berharap keluarganya sedia memberi sepenuh kepercayaan untuk kami melatih, memberi tunjuk ajar dan pendedahan untuk memantapkan lagi kemahiran Izam Ikmal,” katanya.

EZY