Categories
SELANGOR

Kitar Semula Peringkat Sekolah, MBSA tawar RM27,700

OLEH: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 15 APR: Pertandingan Kitar Semula Peringkat Sekolah anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kembali lagi dengan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM27,700.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad, berkata pertandingan yang memasuki tahun ke-10 itu mencipta kelainan dengan mensyaratkan sekolah terlibat menyediakan laman kitar semula.

Katanya, bagi menggalakkan penyertaan, setiap sekolah diberikan insentif berjumlah RM200.

MBSA Kitar Semula“Sekolah terlibat juga dikehendaki mengumpul barangan boleh dikitar semula seperti kertas, aluminium dan plastik.

“Sekolah berjaya mengumpul bahan kitar semula terberat akan menerima hadiah disediakan penaja utama, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Kitar Semula Peringkat Sekolah Bagi Tahun 2016 di Dewan Bankuet, Wisma MBSA, semalam.

Hadir sama, Pengurus Hal Ehwal Korporat F&N Beverages Sdn Bhd, Cariessa Goh dan Timbalan Datuk Bandar, Shukri Mohamad Hamin.

F&N Beverages menyumbang wang tunai berjumlah RM26,200 sementara Tetra Pak (Malaysia) Sdn Bhd menyumbang RM1,500 untuk Hadiah Anugerah Khas Tetra Pak Tertinggi.

Kitar semulaPertandingan terbuka kepada tiga kategori iaitu tadika atau pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah di kawasan pentadbiran MBSA.

Pada 2015, pertandingan ini berjaya mengumpul kutipan barangan kitar semula seberat 118,544 kilogram (KG) berbanding 2014 dengan 80,276KG.

Ia melibatkan penyertaan 5 sekolah tadika, 20 sekolah rendah dan 15 sekolah menengah.

-nR-

Stadium Shah Alam sedia diguna untuk Piala Sultan Selangor

Piala Sultan Selangor 2016 perlawanan pertama yang bakal dilangsungkan di Stadium Shah Alam selepas dibaik pulih.

RM10 juta diperuntukkan, atasi banjir di Sek.13 dan U1


RM10 juta diperuntukkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi perlaksanaan projek mitigasi banjir di Seksyen 13 dan Seksyen U1.

Categories
SELANGOR

Perluas program tukar sisa makan jadi baja

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 8 DIS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melancarkan Pusat Pengkomposan Sisa Makan Pasar Moden Seksyen 6 sebagai inisiatif mengurangkan pembuangan sisa pepejal.

Dato’ Bandarnya, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad, berkata projek perintis itu membolehkan sisa makanan diurai menjadi baja organik menggunakan mesin berteknologi hijau.

MBSA KOMPOS“MBSA milik tapak Pasar terbabit sebagai pusat Pengkomposan Sisa Makanan ekoran ia mengeluarkan sisa pepejal tertinggi setiap hari.

“Kita menempatkan dua unit mesin bernilai RM420,000 sejak Oktober lalu bagi mengurangkan kadar pencemaran alam sekitar akibat sampah sarap dan limpahan air ‘leachate’ serta menjimatkan kos pelupusan yang ditanggung MBSA,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu pelancaran Pusat Pengkomposan Sisa Makan Pasar Moden Seksyen 6, di sini, hari ini.

Difahamkan, MBSA merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama yang melaksanakna program itu dengan kerjasama dari Syarikat Mentari Eko Sdn. Bhd.

Mesin tersebut boleh menampung sisa sayur, ikan dan buah seberat 250 kilogram dan berkeupayaan memproses sisa pepejal tersebut selama 12 jam untuk menghasilkan baja kompos.

MBSA KOMPOS 1Katanya, laporan rekod sampah yang diperoleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam mendapati sisa pepejal mencatatkan pengurangan kepada 58.5 tan berbanding Oktober sejumlah 63.3 tan.

“Kita dapat menjimatkan kos pelupusan sampah hampir RM1,936 sebulan.

“Kita juga berhasrat untuk memperluaskan penggunaan mesin pengkomposan tersebut di setiap pasar dan gerai milik MBSA disamping mengkomersilkan baja organik yang terhasil,” katanya.

-nR-