Categories
NASIONAL SELANGOR

Selangor Kecam Pihak Hina Islam Dan Agama Lain – FOKUS


 

Sinopsis

FOKUS Untuk 18072013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 2.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Kerajaan Negeri mengecam mana-mana pihak yang menghina Islam mahupun agama lain.

2. Kerajaan Selangor mengalu-alukan kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang memberi jaminan untuk tidak akan meminggirkan negeri Pakatan Rakyat (PR) dalam industri pelancongan.

3. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) digesa agar lebih proaktif menangani masalah harga ayam dengan menetapkan tempoh masa harga silling bagi dengan lebih awal.

4. Ketua Polis Lahad Datu Superintenden Shamsudin Mat menafikan beliau pernah bermesyuarat dengan Pegawai Daerah Lahad Datu Zulkifli Nasir dan memberitahu rancangan militan Sulu menceroboh Sabah.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Kerajaan Selangor Alu-Alukan Kerjasama Kerajaan Pusat Bangun Pelancongan

maskot sekinchan elizabeth ng suee lim 01

SHAH ALAM 17 JULAI : Kerajaan Selangor mengalu-alukan kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang menjamin untuk tidak meminggirkan negeri Pakatan Rakyat (PR) dalam pembangunan pelancongan.

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata, kerjasama itu penting kerana ia masalah yang sudah berlarutan sejak Pakatan Rakyat mengambil alih negeri itu sejak 2008.

Katanya, beliau yakin dengan komitmen menteri berkenaan bagi kerjasama itu memandangkan Tahun Melawat Malaysia 2014 bakal berlangsung kira-kira enam bulan sahaja lagi.

“Kita akan merangka pertemuan dengan pihak Menteri bagi mengemukakan pelan dan inisiatif pelancongan oleh Kerajaan Selangor dengan harapan pertemuan itu akan membuahkan hasil,” kata beliau semasa sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini.

Tambah Elizabeth, beliau menolak cadangan Nazri berkenaan perlantikan pihak ketiga bagi membincangkan pelancongan di negeri Selangor kerana ia hanya akan mewujudkan suasana kecelaruan dan salah faham.

Elizabeth meminta Nazri mempertimbangkan cadangan agar Jawatankuasa Bertindak Pelancongan Selangor diletakkan di bawah selian Exco Pelancongan Selangor seperti yang diamalkan sebelum ini.

“Ia agar kerjasama baik dapat dihasilkan antara pihak Menteri, Kerajaan Selangor dan industri pelancongan,” kata beliau.