Categories
NASIONAL SELANGOR

Selangor Kecam Pihak Hina Islam Dan Agama Lain – FOKUS


 

Sinopsis

FOKUS Untuk 18072013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 2.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Kerajaan Negeri mengecam mana-mana pihak yang menghina Islam mahupun agama lain.

2. Kerajaan Selangor mengalu-alukan kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang memberi jaminan untuk tidak akan meminggirkan negeri Pakatan Rakyat (PR) dalam industri pelancongan.

3. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) digesa agar lebih proaktif menangani masalah harga ayam dengan menetapkan tempoh masa harga silling bagi dengan lebih awal.

4. Ketua Polis Lahad Datu Superintenden Shamsudin Mat menafikan beliau pernah bermesyuarat dengan Pegawai Daerah Lahad Datu Zulkifli Nasir dan memberitahu rancangan militan Sulu menceroboh Sabah.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Lebih 500 Pengundi Ragu Dikenalpasti di Klang

charles pengundi ragu SPR 01

KLANG 3 MEI : Seramai 571 pengundi ragu dari Sabah dikenal pasti didaftarkan di bawah kawasan Parlimen Klang.

Menurut penyandangnya, Charles Santiago, jumlah itu merupakan tertinggi di Selangor diikuti dengan 352 pengundi di kawasan parlimen Kota Raja dan 249 pengundi di Kuala Langat.

” Nama-nama itu dibentangkan dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

” Kebanyakkan nama-nama daripada pengundi itu adalah keturunan Bugis dan Sulu,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Parlimen Klang, di sini.

Charles menambah pihaknya akan memastikan mereka yang di dalam senarai itu tidak dibenarkan mengundi.

Sehubungan itu, Charles akan mengerahkan Agen tempat mengundi  untuk tidak membenarkan nama-nama yang diragui itu mengundi semasa hari mengundi.

” Kita akan hantar surat ke Suruhanjaya Piliharanraya (SPR) untuk meminta mereka ini tidak mengundi.

Difahamkan PACA (Agen tempat mengundi dan agen mengira undi) boleh membuat bantahan jika berlaku kes meragukan.

” Sebelum ini, ada kes dimana pengundi ini yang tinggal di Luar Negara didaftarkan tanpa pengetahuannya. Selepas saya berjumpa dengan Pengarah SPR negeri, Dzulkifli Ab Rahman beliau mengatakan bantahan boleh dibuat,” katanya.

Semalam,  Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mensahkan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa terdapat penerbangan khas membawa pengundi daripada timur Malaysia ke Semenanjung.

Bernama melaporkan, Tengku Adnan mengaku kewujudan penerbangan sedemikian dan menegaskan bahawa khidmat itu ditaja oleh ?rakan-rakan BN.?