Categories
NASIONAL

Bersih Pandang Serius Umno-BN Guna Kenderaan Kementerian Penerangan

irene2

KUALA LUMPUR 11 APRIL : Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim perlu memberi respon berhubung isu kenderaan kementeriannya yang digunakan dalam salah satu kempen Umno-BN di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bersih 2.0 menerusi jawatankuasa memantau keganasan politik dan penyalahgunaan kemudahan awam beranggapan sikap berdiam dirinya dalam perkara itu membawa pengertian beliau menerima dan menganjurkan perlakuan ugutan dan keganasan tersebut.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa, Irene Fernandez berkata, alasan diberikan Rais bahawa waktu kempen rasmi belum lagi bermula tidak boleh diterima.

Menurutnya, beliau turut gagal menjelaskan mengenai kejadian seorang wartawan  diugut dengan keganasan oleh seorang pegawai Umno-BN apabila disoal tentang penggunaan kenderaan tersebut.

“Satu pertikaian bermula apabila Rais mengatakan kerajaan sementara boleh menggunakan kenderaan dan kemudahan kementerian.

“Rakyat  memberi respon dan menolak pendapatan itu dengan alasan ia adalah duit rakyat. Maka ia tidak boleh digunakan mana-mana parti politik,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Selain itu, Irene berkata pihak Bersih turut menerima laporan berhubung poster atau billboard digunakan pihak tertentu terdapat unsur keganasan dan ugutan terhadap rakyat.

“Poster sebegitu mewujudkan keadaan menakutkan dan keganasan digunakan di mana ia tidak boleh diterima. Kita tolak kempen seperti ini.

“Kempen dijalankan mesti dibuat secara bersih dan bebas,” katanya.

Tegasnya, sebagai kerajaan sementara, pemimpin seharusnya tahu membezakan antara tanggungjawab kerajaan atau parti apabila bertemu rakyat.

Irene turut menyentuh isu pengunaan saluran media melibatkan wang rakyat seperti RTM yang dilihat lebih memihak kepada Umno-BN.

Categories
NASIONAL

Tawaran 10 Minit Rais Yatim Tidak Adil

anwar mb pc pkr hq 01

PETALING JAYA 26 MAC : Pakatan Rakyat mengumumkan pendirian rasmi parti kompenan itu yang sebulat suara menolak tawaran muncul di RTM selama 10 minit untuk menjelaskan manifesto Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tawaran 10 minit yang diberikan oleh Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Rais Yatim dilihat memperolokkan sistem demokrasi dan kebebasan media.

Tawaran Rais dikatakan tidak adil kerana gagasan Umno-BN diberikan 23 jam 50 minit untuk mempromosikan dasar-dasar mereka menerusi rangkaian media kerajaan itu.

“Umno-BN diberikan 23 jam 50 minit, sedangkan PR hanya 10 minit, itu pun belum tentu ia disiarkan semua atau penuh.

“Jika mereka memberikan ruang yang adil dan media yang bebas atau semangat yang merujuk ke arah itu, pasti kami akan mempertimbangkannya,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR.

Sehubungan itu, Anwar berkata PR membuat keputusan untuk bergerak pantas dalam kempen PRU 13 bagi membincangkan program bersama dengan negeri PR.

Katanya, PR akan menampilkan pimpinan PR dalam program-program itu bagi menangkis tohmahan fitnah yang dilemparkan oleh Umno-BN.