Categories
KENYATAAN MEDIA

MB: Selangor hargai sumbangan Irene Fernandez

Kerajaan Negeri merasa sedih dengan kehilangan mendiang Irene Fernandez yang telah meninggal dunia pada Isnin lalu di Hospital Serdang akibat komplikasi jantung.

Kehilangan beliau amat dirasai oleh rakyat Malaysia kerana jasanya dalam memperjuangkan hak dan keadilan untuk kaum wanita di samping kelantangan beliau membangkitkan isu-isu antarabangsa khususnya dalam isu anti pemerdagangan manusia.

ireneMendiang turut menyumbang bakti kepada Kerajaan Selangor sebagai Penasihat kepada Skim Mikrokredit Wanita Ladang atau WALA yang bertujuan meningkatkan pendapatan kaum wanita pekerja ladang.

Sumbangan dan bakti beliau akan sentiasa dikenang. Takziah daripada Kerajaan Negeri kepada ahli keluarga mendiang Irene Fernandez.

 

YAB TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Categories
NASIONAL

Aktivis pekerja Irene Fernandez meninggal dunia

SHAH ALAM 31 MAC: Antara Pengasas Parti Keadilan dan aktivis hak asasi manusia, Irene Fernandez, 67, meninggal dunia pada jam 10.58 pagi tadi, menurut twitter Keadilan Untuk Semua.

Irene Fernandez adalah seorang ahli politik PKR dan aktivis hal pekerja asing di Malaysia yang juga pengasas dan pengarah eksekutif pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Tenaganita Sdn. Bhd.

ireneBeliau merupakan wanita Malaysia yang terkenal kerana berani mempertahankan hak asasi manusia seperti hak pekerja asing di Malaysia.

Pada 1995 beliau mendedahkan kepada umum keadaan buruk yang wujud di pusat tahanan Imigresen dalam satu memorandum bertajuk Abuse, Torture and Dehumanised Conditions of Migrant Workers in Detention Centres (Penyalahgunaan, Penderaan dan Layanan Tidak Berperikemanusiaan Terhadap Pekerja Asing di Pusat-pusat Tahanan).

Berikutan kesalahan menerbitkan dengan niat jahat satu berita palsu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun penjara mengikut Seksyen 8A (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Tetapi pada 24 November 2008, Hakim Datuk Mohamed Apandi Ali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membebaskan Irene Fernandez setelah mengenepikan sabitannya atas kesalahan menerbitkan berita itu.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 Irene mewakili PKR telah bertanding di kawasan parlimen P97 – Subang, Selangor yang mempunyai 93,177 pengundi.

EZY

Categories
SELANGOR

815 mangsa pemerdagangan manusia di Selangor sejak 2011

Oleh : AFIX REDZUAN

SUBANG 19 DIS: Majlis Antipemerdangan Manusia Negeri Selangor (MAPMAS) memaklumkan 815 orang menjadi mangsa pemerdangan manusia yang dicatatkan di nSelangor, sejak tahun 2011 sehingga Disember 2012.

Timbalan Pengerusi Jawatankusa Bertindak MAPMAS, Rozaini Mohd Rosli berkata, kes pemerdagangan manusia yang berlaku bukan sahaja membabitkan pendatang asing tetapi penduduk tempatan turut menjadi mangsa.

IMAG0383Katanya, persepsi isu pemerdagangan manusia yang hanya membabitkan warga asing adalah tidak tepat dan perlu diperbetulkan.

“Antara kes yang biasa berlaku membabitkan tenaga kerja termasuk penduduk tempatan dan kebanyakannya daripada syarikat keselamatan.

“Baru-baru ini, terdapat kes 64 orang pekerja warga Malaysia tidak dibayar gaji lebih setahun. Mereka dikerah kerja lebih masa tanpa bayaran.

“Kita sebolehnya melihat kepada undang-undang dan memohon mereka yang ada kuasa memudahkan urusan rakyat supaya tidak ada sistem birokrasi yang membebankan. Mereka mengambil masa dua tahun untuk turun naik Mahkamah Buruh bagi memfailkan kes dalam usaha mendapatkan pembelaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Advokasi Anti Pemerdagangan Manusia Selangor peringkat Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), di sini, hari ini.

Di Malaysia, pemerdagangan manusia diletakkan di bawah Akta Antipemerdangangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan adalah kesalahan yang boleh dituduh dengan penajara selama 20 tahun dan didenda sebaynyak RM1 juta.

Irene FernandezSementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak MAPMAS, Dr Irene Fernandez, berkata persediaan dan pengetahuan berkenaan pemerdagangan manusia perlu diberikan sejak di bangku sekolah kerana kegiatan itu sudah mula menular di peringkat sekolah.

Katanya, tahun lalu terdapat satu kes budak perempuan diculik dan dimasukkan ke dalam kontena untuk diperdagangkan, namun berjaya melepaskan diri.

“Ada ibu bapa memberitahu kita ada proses kerahan daripada sindiket pemerdagangan dengan membayar pelajar lelaki untuk memikat pelajar perempuan yang cantik. Mereka kemudian dibawa ke tempat tertentu lalu diculik,” katanya.

asmawi kasbiBagi Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi, MPSJ akan membantu dalam usaha memberikan publisiti dan informasi kesedaran kepada orang awam berkenaan perkara itu.

Kepada orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kes pemerdagangan manusia, mereka boleh menghubungi Hotline Negeri Selangor di talian 03-5519 0600.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Penyokong PR Diminta Jangan Respon Kepada Provokasi – BULETIN 13


 

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 29042013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Pakatan Rakyat meminta semua penyokong parti politik supaya berkempen secara profesional dan bersama menolak keganasan.

2. Polis Pulau Pinang yakin dapat menyelesaikan kes letupan di kawasan ceramah BN berhampiran Georgetown, Selasa lepas, dalam masa terdekat.

3. Pakatan Rakyat buat sekian kali mengajak Pengerusi Barisan Nasional Dato Seri Najib Abdul Razak untuk berdebat secara terbuka, membincangkan isu-isu berkepentingan rakyat.

4. Pakatan Rakyat dipercayai telahpun bertapak kukuh di hampir separuh daripada 11 kawasan parlimen yang disasarkannya di negeri Johor.

Categories
NASIONAL

Bersih Pandang Serius Umno-BN Guna Kenderaan Kementerian Penerangan

irene2

KUALA LUMPUR 11 APRIL : Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim perlu memberi respon berhubung isu kenderaan kementeriannya yang digunakan dalam salah satu kempen Umno-BN di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bersih 2.0 menerusi jawatankuasa memantau keganasan politik dan penyalahgunaan kemudahan awam beranggapan sikap berdiam dirinya dalam perkara itu membawa pengertian beliau menerima dan menganjurkan perlakuan ugutan dan keganasan tersebut.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa, Irene Fernandez berkata, alasan diberikan Rais bahawa waktu kempen rasmi belum lagi bermula tidak boleh diterima.

Menurutnya, beliau turut gagal menjelaskan mengenai kejadian seorang wartawan  diugut dengan keganasan oleh seorang pegawai Umno-BN apabila disoal tentang penggunaan kenderaan tersebut.

“Satu pertikaian bermula apabila Rais mengatakan kerajaan sementara boleh menggunakan kenderaan dan kemudahan kementerian.

“Rakyat  memberi respon dan menolak pendapatan itu dengan alasan ia adalah duit rakyat. Maka ia tidak boleh digunakan mana-mana parti politik,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Selain itu, Irene berkata pihak Bersih turut menerima laporan berhubung poster atau billboard digunakan pihak tertentu terdapat unsur keganasan dan ugutan terhadap rakyat.

“Poster sebegitu mewujudkan keadaan menakutkan dan keganasan digunakan di mana ia tidak boleh diterima. Kita tolak kempen seperti ini.

“Kempen dijalankan mesti dibuat secara bersih dan bebas,” katanya.

Tegasnya, sebagai kerajaan sementara, pemimpin seharusnya tahu membezakan antara tanggungjawab kerajaan atau parti apabila bertemu rakyat.

Irene turut menyentuh isu pengunaan saluran media melibatkan wang rakyat seperti RTM yang dilihat lebih memihak kepada Umno-BN.

Categories
SELANGOR

Media patut lebih peka- Rodziah

SHAH ALAM, 22 MAC : Kerajaan Selangor menuntut supaya media massa menghentikan liputan sensasi tentang kes penculikan Nazatul Fardiana  Mohd. Izwan yang di selamatkan dan di bawa pulang dari Thailand baru- baru ini.

Sehubungan itu, Kerajaan Selangor akan menghulurkan bantuan kaunseling dan kebajikan kepada Nazatul Fardiana bagi membina semula kehidupan mereka selepas tragedi ini.

Selain itu, kerajaan negeri juga membidas kekontangan etika yang dipamerkan oleh segelintir media massa yang tidak bertanggungjawab dan bertindak tanpa memikirkan kesan liputan tersebut terhadap masa depan pelajar Tingkatan 2 itu.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi Rodziah Ismail mengesa media massa dan wartawan terbabit supaya memfokuskan kemahiran dan kreativiti mereka kepada usaha-usaha sebenar untuk membasmi pemerdagangan manusia dan memberkas penjenayah.

“Insiden pendedahan tanpa rasa bersalah oleh sebahagian media massa dan polis amatlah memalukan dan telah meletakkan Malaysia dalam posisi dan imej yang amat rendah di mata masyarakat antarabangsa.

“Kejadian yang berlaku kepada Nazatul yang diculik dan telah dibawa ke Bangkok tempoh hari telah disensasikan tanpa sebarang belas kasihan dan keinsanan terhadap mangsa oleh segelintir media massa di Malaysia,” ujar Rodziah di dalam satu sidang media di luar Dewan Negeri Selangor hari.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Majlis Anti-Pemerdagangan Manusia (MAPMAS) Dr Irene Fernandez.

Nazatul kembali ke Malaysia pada hari Isnin 19 Mac lalu  selepas dibawa lari ke Bangkok, Thailand kerana dipercayai diculik dan di bawa ke negara itu. Remaja itu dijumpai oleh polis Thailand dan di bawa ke kedutaan Malaysia di Thailand.

Beliau dibawa pulang dengan kerjasama pejabat DUN Kota Anggerik.

Rodziah menambah, etika kewartawanan menghendaki para wartawan memelihara keselamatan mangsa dalam liputan mereka.

Beliau, yang juga ADUN Batu Tiga, menggesa polis untuk menjaga sensitiviti mangsa dan keluarganya dengan tidak mempamerkan gambar mereka kerana ia mengundang risiko yang tinggi.

Sementara itu Irene berkata PDRM seharusnya lebih peka terhadap peningkatan kes-kes penculikan di negara ini.