Categories
NASIONAL

Dr Asri kembali dilantik jadi Mufti Perlis

SHAH ALAM 2 FEB: Pensyarah Datuk Dr Asri Zainul Abidin sekali lagi dilantik sebagai mufti Perlis menggantikan Datuk Dr Juanda Jaya yang telah tamat kontrak.

Beliau berkata mahu memenuhi tanggungjawabnya kali ini untuk mempamerkan Islam sebagai “rahmat kepada seluruh alam”.

Dr MAZA“Islam ini punca rahmat, bukan punca masalah. Isu-isu berkaitan Islam tidak harus menjadi punca rakyat berpecah belah.

“Rakyat harus lihat Islam sebagai penyelesaian,” katanya dipetik Malaysiakini.

Beliau memulakan tugas di pejabatnya di Kangar hari ini.

“Pohon doa semua rakyat Malaysia,” katanya dalam Facebook beliau.

Categories
NASIONAL

Dr Asri: Bersihkan KL dari pusat maksiat sebelum bertindak kepada gelandangan

SHAH ALAM 4 JULAI: Kerajaan Pusat dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) digesa untuk membersihkan Kuala Lumpur daripada pusat hiburan merosak dan meruntuhkan moral sebelum mahu membersihkan bandar raya itu dari peminta dan pemberi sedekah.

Mantan Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Asri Zainul Abidin, berkata beliau mahu agar Kerajaan menjadikan kota Kuala Lumpur sebagai bandar raya yang selamat dan berkat.

BrogLWKCcAExFUY“Makmurkan ia dengan kesantunan dan kemakmuran yang mendamaikan jiwa setiap pengunjung.

“Jadikanlah ia kota yang setiap orang yang masuk ke dalamnya merasa aman untuk dirinya, keluarganya dan temannya,” kata Dr Asri dipetik dari Facebooknya.

Beliau berkata Kerajaan perlu membuktikan bahawa negara yang berpegang kepada Islam maka ibu kotanya juga patut melambang kemakmuran, kedamaian, keluhuran budi dan kesantunan moral selaras dengan kehendak Islam.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata tindakan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengarahkan ‘Soup Kitchen’ berpindah adalah tidak berperikemanusiaan.

Izzah menggesa agar Tengku Adnan memperbetulkan kesilapan yang melampau ini.

Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata DBKL wajib membantu Dapur Jalanan dengan berganding tangan dengan NGO-NGO yang terbabit dengan Soup Kitchen dan bukan menghalau mereka.

Kata, jika kebersihan menjadi satu masalah kepada Tengku Adnan, beliau sepatutnya mengarahkan DBKL untuk membantu membersihkan kawasan digunakan selepas habisnya aktiviti kebajikan mereka.

EZY

Categories
NASIONAL

Dr Asri: Kuasai ilmu sebelum kritik Dr Yusuf Al-Qaradawi isu gelatin babi

SHAH ALAM 9 JUN: Mantan Mufti, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau terkejut dengan seorang penceramah agama di negara ini mengulas isu kenyataan al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai kesan DNA khinzir dalam makanan dan bahan yang terdapat secara meluas.

dr yusofKatanya, ulasan penceramah itu seakan Dr Yusuf al-Qaradawi, Majlis Fatwa Eropah yang terdiri daripada ramai tokoh ilmuwan antarabangsa, beberapa persidangan Fekah di peringkat antarabangsa dan lain-lain yang mengharuskan itu tidak tahu bahawa babi itu haram.

Dr Asri berkata, penceramah itu secara ‘janggal’ menyebut empat mazhab mengharamkan babi apabila berlaku hanya khilaf tentang kulit babi.

“Sesiapa ingin mengulas sesuatu hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan tentang apa yang dia ulas. Jika tidak ia hanya menampakkan kedangkalan diri dalam dunia ilmu,” kata Dr Asri dipetik di laman Facebooknya Dr.MAZA.

Beliau berkata, Dr Yusuf al-Qaradawi, Majlis Fatwa Eropah, Persidangan Fekah Perubatan yang berlangsung di Morocco pada tahun 1997 dan lain-lain bukan tidak tahu bahawa babi itu haram.

Namun isu dibahaskan ialah istihalah yang merubah sifat sesuatu bahan. Para ulama dalam pelbagai mazhab Islam mempunyai perbezaan pendapat dalam hal ini.

“Isunya, bukan ingin makan seketul babi goreng ataupun sup babi, tetapi ingin memakan coklat, ataupun biskut tapi terdapat kesan DNA babi disebabkan bahan tertentu yang asal-usulnya babi namun telah berubah sifat kimianya,” tulisnya.

Mohd Asri Zainul AbidinDr Asri berkata, kenyataan penceramah itu berhujah bahawa mazhab empat mengharamkan khinzir amat canggung.

Beliau perlu tahu bahawa bukan setakat empat mazhab, bahkan semua mazhab termasuk al-Auza’i, al-Thauri, Laith bin Sa’d, Zahiri, Zaidi dan lain-lain semuanya mengharamkan khinzir.

Ia ijmak. Namun, bukan itu isunya. Apa yang dibincangkan isu istihalah.

Adapun kata beliau khilaf ulama hanya tentang kulit babi, sebenarnya bukan sahaja tentang kulit babi, tapi juga tentang tulang dan bulu.

“Apakah boleh dibuat sesuatu yang bermanfaat, seperti kasut ataupun bone china seperti hari ini ataupun tidak boleh?

“Walaupun banyak imam yang melarang perkara itu, tetapi ramai juga para imam yang membolehkan,” tulisnya.

Dr Asri berkata, contoh boleh dilihat nukilan al-Imam Ibn Qudamah dalam al-Mughni yang menyebut beberapa pendapat.

Jika disemak pendapat yang membolehkan itu dipertahankan oleh beberapa tokoh ulama termasuk al-Imam al-Syaukani.

“Sebenarnya, masalah istihalah babi ini masalah khilafiyyah. Ada yang membolehkan seperti Majlis Fatwa Eropah, al-Qaradawi, Persidangan Fekah Perubatan di Morocco 1997 dan lain-lain. Ada pula yang mengharamkan seperti Majma al-Fiqh al-Islami di Jeddah, Arab Saudi.

“Hal ini khilaf pendapat dalam kalangan ulama. Setiap orang membaca, meneliti dan mengikut apa yang dia yakin lebih diredhai Allah untuk dirinya,” tulisnya.

Beliau berkata, fatwa ini dibincangkan oleh para sarjana Islam moden sebab bahan berkena kepada banyak produk yang wujud terutama mereka yang hidup di negara minoriti muslim.

“Sementara sifat Islam itu memudahkan umatnya yang dalam kesulitan. Kita juga perlu ingat hal ini berlaku apabila kita tidak menjadi pengeluar dan asyik jadi pengguna,” tulisnya.

EZY

Categories
NASIONAL

Dr Asri: Cari MH370, ‘Alangkah indahnya jika negara punyai kapal selam boleh berfungsi’

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 2 APRIL: Mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata membaca berita negara asing yang menghantar kapal selam untuk membantu mencari pesawat MH370 terasa alangkah indahnya jika Malaysia juga mempunyai kapal selam yang boleh berfungsi baik.

Dr Asri berkata, pelbagai isu kapal selam negara sudah lama kedengaran dengan kos pembelian Kapal Selam Scorpene daripada Peranchis dianggarkan berjumlah USD580 juta.

Kapal Selam“Dalam keadaan seperti ini alangkah cantiknya jika ia dapat memberi sedikit sumbangan sepadan dengan harganya yang mahal,” tulis Dr Asri di laman sosial Facebooknya.

Beliau berkata, walaupun ada yang berkata ia tidak sesuai kerana tidak seperti yang dimiliki oleh ‘jiran sebelah’, tapi jawapan itu tidak memberikan kebanggaan pada negara.

Sebelum ini, Kapal selam kelas Trafalgar Britain, HMS Tireless, telah tiba di selatan Lautan Hindi tatkala misi mencari pesawat Malaysia yang hilang di kawasan itu masuk hari ke-26 hari ini.

Kerajaan UK juga membantu dengan meminjamkan pakar untuk memberikan bantuan teknikal dan keupayaan kepakaran dari Kementerian Pertahanan, Pejabat Hidrografik, Jabatan Pengangkutan dan Pejabat Meteorologi untuk membantu mengesan pesawat itu, katanya.

9M-MRI-Malaysia-Airlines-Boeing-777-200_PlanespottersNet_217658Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Misi mencari pesawat itu melibatkan pelbagai negara, pada mulanya di kawasan Laut China Selatan dan kemudiannya – selepas pesawat itu dikesan melencong daripada laluan – di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.

Berikutan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah Lautan Hindi, barat Perth, Australia.

EZY

Categories
SELANGOR

Dr Asri: Kerajaan jujur, bersih rasuah seperti Selangor layak naik gaji

Oleh Nazli Ibrahim

SHAH ALAM 30 NOV : Anggota pentadbiran kerajaan yang jujur, bebas rasuah dan memiliki kemampuan kewangan kukuh layak menerima kenaikan gaji, kata bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

ru_03.1Mengikut perspektif Islam, beliau berkata, langkah itu mampu membendung Menteri Besar, Speaker dan Timbalan Speaker, Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu dari terjebak dalam rasuah.

“Kalau soal akauntabiliti itu betul-betul sudah ditekankan, kemudian dinaikkan gaji sebagai  satu lagi langkah mengangkat akauntabiliti, tidak mengapa.

“Tidak kira Menteri Besar, ADUN atau Ahli Parlimen sekalipun boleh naik gaji kalau benar terbukti mereka tidak pernah ambil apa-apa keuntungan  selain gaji mereka semata-mata,” katanya kepada Selangor Kini.

Bagaimanapun, beliau berkata, sesebuah kerajaan negeri harus terlebih dahulu mengkaji sama ada kenaikan itu memberi kesan negatif dari sudut ekonomi kepada rakyat.

1234“Bukan Selangor sahaja naik gaji, Ahli Parlimen, Perdana Menteri juga akan naik gaji pada tahun hadapan. Sebelum ini, Sarawak juga naik gaji lebih tinggi dari Selangor.

“Ada laporan 300 peratus kenaikan gaji di Selangor, memanglah. Saya mula-mula terkejut tetapi bila teliti gaji lama memang sangat rendah,” katanya.

Dr Asri berkata, langkah menaikkan gaji sama ada pemimpin negeri atau negara untuk mengelakkan rasuah bukan  baru, malah ia dipraktik di Singapura dan negara maju lain.

Katanya,  tuduhan kenaikan itu tidak wajar kerana ada rakyat masih berada di bawah paras kemiskinan tidak timbul kerana ia memudahkan pemimpin membantu golongan sedemikian.

“Dalam kerangka politik Malaysia, perbelanjaan ahli politik besar sebab ramai rakyat datang minta duit. Walaupun bukan wajib diberi tetapi dalam pengurusan politik selalunya  bagi juga, tidak banyak sedikit.

“Bukan YB sahaja, tokoh lain seperti tokoh agama, selebriti pun begitu, orang jumpa orang minta. Kalau gaji rendah, untuk keluarga sendiri tak lepas. Sebab RM10,000 bukan besar untuk seorang tokoh yang ke sana ke mari,” katanya.

Sebaliknya, Profesor Madya Fakulti Pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia (USM) itu, berkata kenaikan berkenaan menjadi sia-sia dan tidak adil kepada rakyat jika  gejala rasuah berlaku dalam pentadbiran negeri.

sidang dun 01“Selangor ada beberapa kelebihan. Pertama, duit  banyak. (Tapi) sebab Selangor negeri Pakatan Rakyat, jadi banyak mata tertumpu. Ini bagus sebab menjadikan mereka lebih berhati-hati,” katanya.

Dr Asri berkata, wang rizab Selangor yang ketika ini hampir mencecah RM3 bilion pula mampu memberi manfaat besar kepada segenap lapisan rakyat.

“Selangor sebuah negeri yang efisyen dari sudut laporan audit dan sebagainya. Tiada kes rasuah disabitkan dan pendapatan tinggi. Cuma kena fikirkan bagaimana nak belanjakan duit yang banyak itu kepada rakyat,” katanya.

-EZY FZL