Categories
NASIONAL

Majlis Profesor Negara perlu bantah penyingkiran Pengarah UMCEDEL

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 30 JUN: Majlis Profesor Negara (MPN) digesa supaya bangkit menyatakan bantahan terhadap tindakan parti politik sempit yang menyingkirkan Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Zulkifli Ahmad, berkata MPN perlu berani membuat tentangan terhadap kes seperti itu demi kelangsungan institut pengajian tinggi (IPT) seterusnya melahirkan ahli akademik yang kreatif, bebas dan berintegriti.

Katanya, tindakan segera itu perlu ditangani bagi mengelakkan kejadian seperti itu berlaku lagi pada masa hadapan.

prof redzuan“Kita tidak mahu lagi politik sempit, politik membunuh dan politik dendam ini merebak kepada cendiakawan dalam IPT.

“Seharusnya, golongan ini berani menyatakan kebenaran juga membela rakan kerana mungkin akan datang mereka pula akan menjadi mangsa seperti Prof Mohamad Redzuan yang dikatakan melangkaui batas dan garis yang dibenarkan Umno serta Barisan Nasional (BN),” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Dr Zulkifli yang juga bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) mahu menteri yang bertanggungjawab tidak membisu dan memberi alasan sewajarnya ekoran tindakan Kementerian Pendidikan itu.

“Tindakan BN ini adalah tindakan yang sangat mundur. Malang bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kononnya melaungkan transformasi tetapi melakukan tindakan mundur.

dr dzul green 01“Kementerian perlu berani bukannya membisu jika tidak akan lahirnya pensyarah kangkung, ‘cap ayam’ dan mundur jika mereka tidak diberi kebebasan,” katanya.

Beliau turut menyifatkan tindakan pemecatan itu sebagai langkah ke belakang yang sangat mengaibkan IPT.

“Saya ingatkan kepada pemimpin politik, jangan sampai kemajuan IPTA terhalang dek kerana sikap mereka yang menyebabkan kebebasan ahli akademik disekat.

Datuk-Saifuddin-Abdullah“Dulu, IPTA seperti Universiti Malaya (UM) adalah universiti yang hebat, tetapi kerana sikap pemimpin politik menjadi punca kejatuhan kedudukan IPT di Malaysia. Pemimpin politik ini menunjukkan sikap yang menekan ahli akademik,” katanya.

Beliau berkata, tindakan Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah meletakkan jawatan sebagai Felo Penyelidik Kanan UM berkuatkuasa hari ini itu juga bertepatan.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA

Kenapa KPMG saran kenaikan gaji 6% awam dan swasta – Dr Dzulkefly Ahmad

Apabila Pakatan Rakyat (PR) meletakkan syarat ketat dan tegas kepada kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mesti dipenuhi sebelum cukai barangan dan perkhidmatan (GST) boleh dilaksanakan, BN dan pengkritik menyelar kami sebagai hanya mahu membangkang.

Pakatan tidak tahu mentadbir, dakwanya. Akhirnya ada firma audit besar yang berani bersuara. Maksudnya perlu difahami.

Dengan kenyataan Pengarah baru KPMG, antara firma audit terbesar, the Big Four itu terserlah hakikat senario yang mendatang. Sukar untuk mereka menyatakan sikap dan pendirian yang tegas seperti itu kerana tentunya ada kepentingan bisnes dengan Putrajaya.

Namun KPMG menggesa supaya pihak awam dan swasta menaikkan gaji pekerja sebanyak 6% berdepan dengan pelaksanaan GST tahun depan, April 2015.

naik.jpg

Ini kerana, katanya, kos barangan dan perkhidmatan yang semua mengalami kenaikan harga. Untuk ingatan umum, pelbagai subsidi ditarik balik bermula, sekali gus mencetuskan kenaikan 11% bahan bakar, 14% gula serta kenaikan tarif elektrik daripada 15% hingga 16.9%, tol dan pengangkutan awam dan pelbagai lagi.

Persoalan yang tidak digarap oleh KPMG adalah bagaimana pula dengan golongan tidak bergaji untuk dinaikkan. Mereka adalah rakyat yang terdiri daripada golongan petani sawah, pekebun kecil, nelayan dan peniaga pasar malam dan yang mengambil upah bekerja di kampung.

Pendapatan mereka kekal pada takuk lama sementara kos sara hidup terus melambung. Bahkan sebaliknya ada peniaga di kalangan mereka berdepan dengan pengurangan pendapatan, apabila rakyat umumnya mengalami penguncupan kuasa membeli dengan kenaikan harga barang.

Inflasi diramalkan di paras 2.9% pada 2014 sehingga ke paras setinggi 3.3% tahun depan. Ramalan inflasi ke tahap Harga Pengguna (CPI) mencecah 3.3% ke 3.5% adalah ganas atau ‘vicious’.

Sementara pihak eksekutif akan mendapat kenaikan gaji sebanyak 5.63% berbanding 6.31% pada tahun 2012 dan golongan bukan eksekutif akan mendapat kenaikan ke 5.65% berbanding 6.7% pada 2012. Dapatan ini adalah daripada informasi Persekutuan Majikan Malaysia (MEF). Pelaksanaan gaji minima sepatutnya membantu golongan pekerja sokongan dan bukan eksekutif diharap mendapat bonus lebih baik.

Gst biasaSekali lagi golongan yang tidak terbela adalah golongan bekerja sendiri, yang akan menjadi sasaran. GST jelasnya akan memangsakan golongan berpendapatan rendah dan yang bekerja sendiri. Ini yang dimaksudkan dengan kesan “regressif” atau ‘songsang’ kerana 6% GST daripada ‘pendapatan boleh berbelanja’ berpendapatan rendah ini adalah jauh lebih besar peratusya berbanding golongan berpendapatan tinggi.

Sehubungan itu, hujah meletakkan syarat pelaksanaan GST adalah munasabah dan antaranya;

a. Tingkatkan dahulu pendapatan rakyat khususnya golongan rendah dan sederhana.

b. Tutup dahulu lubang kebocoran bagi meningkatkan pendapatan kerajaan dan kenalkan cukai seperti CGT dahulu atau Capital Gain Tax atau cukai untung modal seperti saham dan bon. Contoh yang dilaksanakan kerajaan sekarang ialah cukai keuntungan menjual hartanah atau cukai RPGT.

c. Pastikan dahulu amalan tender terbuka bagi mendapatkan ‘value for money’ iaitu nilai terbaik dan elakkan amalan runding langsung dengan “harga membengkak”atau “bloated prices”.

d. Elakkan dahulu pembaziran dan projek mega infrastuktur yang didakwa pakar integriti adalah sarat dengan amalan ‘kickback’, rasuah dan amalan kronisme dan selalu berakhir dengan ‘cost-overrun’ yang besar. (Combating Corruption, Anis Yusal et al).

Oleh itu, kami tegaskan jangan memangsakan rakyat kerana untuk tangani kebejatan hutang kerajaan pusat dan defisit fiskal dengan menarik balik subsisdi dan mengenakan cukai regressif seperti GST adalah satu langkah ‘jalan pintas’ yang tidak bertanggungjawab.

Reformasi struktural serta penambahbaikan

Dalam aspek tadbir urus serta komitmen kepimpinan untuk mendayakan pelbagai polisi.

Laksanakan langkah yang lebih utama dan mapan yang dicadangkan pelbagai pihak dahulu termasuk Pakatan Rakyat.

Sesungguhnya KPMG, sebagai sebuah entiti korporat juga tahu bahawa impak kewangan kenaikan kos barangan dan perkhidmatan tambahan dengan GST adalah sangat berat dan parah kepada rakyat teramai.

Itu tidak lagi mengambil ramalan impak sosial, gejala jenayah termasuk kemalangan apabila rakyat mula membuat segala-galanya untuk menyara kehidupan keluarga dengan merubah cara hidup termasuk naik motosikal ke pejabat dan cari pekerjaan kedua atau ketiga yang mengancam kesejahteraan hidup berkeluarga.

Apakah cukup untuk KPMG dan seangkatan dengannya sekadar membuat saranan? – 9 Januari, 2014.

* Dr Dzulkefly Ahmad ialah Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.

Dipetik : The Malaysian Insider

Categories
NASIONAL

ASB2: Strategi Baru, Pendekatan Lama

dr zul ahmad pic mzaSHAH ALAM, 15 SEPTEMBER – Permodalan Nasional Berhad (PNB) memerlukan perubahan struktur supaya ia menjadi lebih dinamik dan dapat bersaing secara agresif bagi menjana pendapatan tinggi.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Pas, Dr Dzulkefli Ahmad berpandangan pendekatan sedia-ada antara faktor hasil pulangan yang rendah seperti simpanan tetap 8 hingga 10 peratus sahaja.

Menurut beliau, PNB sebenarnya boleh mengerakkan Amanah Saham Berhad 2 (ASB2) tanpa perlu menunggu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berbuat demikian.

“PNB 1 ini mengambil pendekatan jalan selamat. Mereka tidak agresif untuk membangunkan dan mengangkat pendapatan negara kasar (GNI) berkapita orang Melayu kerana kaedah perlaksanaan kerja masih sama.  Mereka masih menggunakan pendekatan tidak mahu mengambil risiko, dengan kata lain tidak mahumemecah dan menembus pasaran rantaian pembekalan,” jelas Dr Dzulkefli.

PNB merupakan syarikat pengurusan modal terbesar di Malaysia dengan misi sebagai organisasi pelaburan untuk meningkatkan kekayaan ekonomi Bumiputera. ASB2 diumum semalam oleh Najib Razak sebagai sebahagian dari inisiatif pemerkasaan ekonomi Bumiputera.

Menyifatkan pengumuman Najib itu sebagai melepaskan batuk di tangga, Dr Dzulkefli berpendapat program-program yang diumum tidak mengambil iktibar daripada kegagalan program-program terdahulu. Jelas beliau pendekatan lama hanya membantutkan matlamat mendapatkan pendapat lebih tinggi.

“Pada saya kalau mereka berfikir secara bersungguh, memikirkan dan menganalisa apa lompang serta kegagalan model yang lalu khususnya untuk mengangkat apa yang dikatakan pendapatan berkapita org melayu. Dalam hal ini, saya dapati mereka tidak menganalisa secara mendasar dan struktural.

“Mengambil contoh kalau kita katakan PNB2 mempunyai ‘terms of reference’ yang bukan sahaja mengambil pendekatan jalan selamat tetapi terlibat dalam membangunkan ‘upstream’, ‘down stream’ termasuklah terlibat dalam urusan pasaran.

“Tidak hanya mengambil ekuiti semata-mata tetapi mempunyai keprihatinan seluruh vendor. mereka terlibat dalam menjana nilai tambah dan mempunyai keprihatinan untuk membangunkan seluruh vendor dalam supply change itu,” katanya.