Categories
AGAMA NASIONAL

Pembangunan mesra rakyat, mahu laksana modul MAPIM secara ‘smart partnership’

OLEH NORHAYATI UMOR

SUBANG JAYA, 2 SEPT: Kerajaan hari ini komited dalam membangunkan pembangunan bersifat mesra rakyat dan mengutamakan kesejahteraan semua.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ia membabitkan pelbagai golongan dan peringkat sama ada dari sebuah kariah sehingga peringkat negara.

Katanya, usaha digerakkan oleh kerajaan tidak akan lengkap dan berkesan sekiranya tiada kerjasama dari masyarakat setempat.

“Oleh itu, program Transformasi Qaryah yang menyediakan wadah lokal sebagai medan perubahan di peringkat mikro akan membantu kerajaan untuk merealisasikan perubahan di peringkat makro.

“Kita sedar dan insaf terhadap realiti masyarakat kita kini berdepan dengan cabaran sosial budaya, ekonomi dan pengurusan masyarakat yang mencabar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Pelan Tiga Tahun Transformasi Qaryah Malaysia di Geno Hotel, di sini, malam tadi.

Dr Wan Azizah berkata modul yang disediakan oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) itu adalah untuk merealisasikan suatu pembinaan masyarakat yang lebih berdikari dan berdaya saing dalam melaksanakan tanggungjawab membangun umat terbaik.

Katanya, 10 modul dalam Program Transformasi Qaryah yang membabitkan perlindungan zuriat, pembinaan keluarga, hidup mandiri, pembangunan wanita dan generasi muda, interaksi antara kaum, institusi sekolah dan masjid jelas menyentuh aspek penting dalam pembinaan masyarakat.

“Modul-modul ini sangat membantu penggerak masyarakat untuk memulakan proses perubahan. Ia boleh memberi panduan kepada pemimpin masyarakat untuk memulakan inisiatif perubahan diperingkat lokal.

“Saya faham bahawa inisiatif ini bukan mudah, dengan segala jentera dan dana kerajaan yang ada belum tentu mampu membawa agenda perubahan.

“Kita mahu beranjak dari budaya kebergantungan, feudal dan penting diri kepada hidup berdikari, demokratik dan mengutamakan kepentingan kolektif,” katanya.

Pada masa sama, Dr Wan Azizah mahu modul itu dapat dikemukakan oleh MAPIM dengan intensif kepada jabatan-jabatan dan kementerian yang berkaitan untuk dilaksanakan secara ‘Smart Partnership’.

“Cabaran kira yang pelbagai memerlukan usaha semua pihak. Modul ini adalah projek besar MAPIM untuk menyumbang kepada islah masyarakat berdikari dan berinisiatif.

“Ini adalah gerak kerja yang sangat serius, merentas generasi, sangat terfokus dan merangkumi seluruh masyarakat,” katanya.

 

Categories
NASIONAL

Jawatankuasa tambah baik Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 ditubuh

BANGI, 24 JUL: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menambah baik Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 (Akta 308) yang berkaitan dengan pengasuh kanak-kanak di rumah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata jawatankuasa melibatkan beberapa kementerian dan agensi berkaitan itu antara lain akan melihat aspek pemantauan, khususnya kepada pihak yang menjalankan aktiviti mengasuh atau menjaga kanak-kanak di rumah.

“Memang kita ada kekangan untuk melakukan pemantauan kerana bidang kuasa yang ada merentasi kementerian.

“Kekangan dan kelompangan ini yang harus ditambah baik, diselaras dan difikirkan oleh jawatankuasa khas tersebut,” katanya mengulas sama ada kerajaan mempunyai perancangan dalam menangani hal berkaitan aktiviti asuhan kanak-kanak di rumah.

Bercakap pada sidang media selepas merasmikan sambutan Tujuh Dekad Majlis Belia Malaysia (MBM) di sini semalam, Dr Wan Azizah berkata penambahbaikan itu perlu merangkumi perkara siapa perlu bertanggungjawab sepenuhnya menguruskan aktiviti tersebut termasuk penyediaan garis panduan sekiranya berlaku sesuatu kejadian tidak diingini terhadap kanak-kanak yang diasuh.

Beliau mengakui akta sedia ada mempunyai kelemahan dalam aspek undang-undang, khususnya terhadap individu yang menjalankan aktiviti asuhan di rumah.

Dr Wan Azizah berkata penambahbaikan itu juga turut mengambil kira kemungkinan bayaran yang dikenakan menjadi lebih mahal sekiranya asuhan di rumah diinstitusikan.

“Sebab itu, kita kena ada kajian menyeluruh agar satu garis panduan atau piawaian standard dapat diwujudkan bagaimana perkara berbangkit dapat diatasi secara holistik,” katanya.

Beliau berkata keengganan pengusaha asuhan di rumah mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), yang merupakan satu syarat wajib sebelum mengambil upah menjaga kanak-kanak juga perlu diberi perhatian oleh jawatankuasa tersebut.

Menurut Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 (Akta 308), pengasuh kanak-kanak terutama suri rumah yang menjaga antara empat dan sembilan anak-anak perlu berdaftar dengan JKM bagi membolehkan perjalanan taska dan keselamatan kanak-kanak diselia oleh agensi kerajaan berkenaan.

SUMBER: BERNAMA

Categories
SELANGOR

Himpunan merah tak perlu demo di Kajang, patut tumpu isu semasa

Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 30 SEP: Pengerusi NGO Melayu, Datuk Jamal Md Yunos tidak perlu membuang masa mengadakan demonstrasi di Kajang kerana tiada masalah di kawasan itu, kata Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, tindakan itu lebih kepada usaha mengalihkan isu pada negara berhadapan pelbagai masalah seperti krisis imej Perdana Menteri dan 1MDB.

Wan AzizahSebaliknya, adalah lebih baik beliau dan kumpulan pendesak yang lain membuat demonstrasi mengenai isu semasa yang melanda ketika imej negara dipandang serong masyarakat luar.

“Buat apa buat (demonstrasi) di Kajang. Ini taktik mengalihkan isu.

“Buatlah pasal jerebu, 1MDB, ekonomi dan publisiti negatif yang diterima Najib,” katanya ketika diminta mengulas mengenai hasrat Jamal untuk mengadakan perhimpunan baju merah ‘berskala’ besar di Kajang.

EZY

JURNAL BERITA – Manifesto: 4 teras utama apabila menang PRK Kajang

)

1. MB: Menangkan Dr Wan Azizah dengan majoriti lebih besar

2. Penstrukturan Semula Air Selangor, Kerajaan Pusat guna WSIA

3. Rumah Selangorku akan dijual pada harga kurang RM250,000

4. MB : Rakyat diminta jimat penggunaan air

5. Umat Islam disaran hayati al-Quran, pelihara akhlak

6. Manifesto: 4 teras utama apabila menang PRK Kajang

7. Wan Azizah: PRK Kajang, referendum rakyat tolak kezaliman BN

8. Selangor peruntuk RM20,000 selenggara kemudahan Pangsapuri Makmur

9. Dr Wan Azizah: “Saya selesa dipanggil Kak Wan”

10. Anwar : Tawaran Konsensus Nasional PR-BN batal

11. Tanda tanya gambar pemilik pasport palsu MH370

12. AS periksa kemungkinan lebih ramai rakyatnya atas MH370

13. Penyokong BN minta Anwar tandatangan di topi

14. Rafizi : Kawat besi lambang penindasan Israel