Categories
ADN SELANGOR

175 warga emas, OKU DUN Permatang terima baucer Jom Shopping SMUE

KUALA SELANGOR, 22 SEPT: Seramai 175 warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang menerima Baucer Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas (SMUE), hari ini.

Ahli Dewan Negerinya, Rozana Zainal Abidin berkata, sumbangan baucer bernilai RM100 itu disampaikan beliau di Pasaraya Mustafa, Pasir Penambang, Kuala Selangor, di sini.

“Penerima sangat gembira dengan jumlah diterima dan mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri atas inisiatif dalam menghargai golongan seperti mereka.

“Pada masa sama, kita turut meraikan hari lahir penerima yang lahir pada bulan ini dengan mengadakan majlis potong kek,” katanya.

Terdahulu, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM6 juta bagi melaksanakan program Jom Shopping SMUE yang bermula bulan ini sehingga Disember depan.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari mengumumkan penjajaran semula skim terbabit yang memperuntukkan RM100 setiap tahun kepada golongan berkenaan menerusi program Jom ‘Shopping’ Warga Emas.

Sehingga kini seramai 317,932 warga emas dan OKU mendaftar di bawah skim berkenaan.

Pendaftaran SMUE boleh dibuat dimana-mana pejabat Pusat Khidmat DUN terdekat dengan kawasan tempat tinggal.

Sebarang pertanyaan berhubung SMUE, sila hubungi Careline YAWAS di talian 03-5481 8800.

Categories
SELANGOR

30 wanita DUN Permatang sertai bengkel buat kek

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 8 MEI: Seramai 30 wanita di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang menyertai Bengkel Belajar Buat Kek anjuran Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN itu, di Balairaya MPKK Kampung Permatang, di sini hari ini.

Ahli Dewan Negerinya, Rozana Zainal Abidin berkata, program itu terbuka kepada suri rumah di kawasan Permatang untuk mengisi masa terluang dengan menceburkan diri dalam pembuatan kek.

“Program ini amat bersesuaian bagi memenuhi masa terluang suri rumah terutama pada Ramadan untuk menambah pengetahuan berkaitan pembuatan kek.

“Selain itu, wanita atau suri rumah ini boleh menjana pendapatan dengan mengambil tempahan bersempena Aidilfitri yang bakal menjelma,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Rozana berkata, beliau menyokong program sebegini dilaksanakan kerana ia mampu menjadikan suri rumah lebih yakin melangkah ke hadapan.

Beliau turut komited menerapkan elemen “Gift To Empowerment” kepada wanita di DUN Permatang, selain memberi keyakinan ia juga mampu menjadikan mereka lebih berdikari.

Dalam program itu, suri rumah terbabit diajar membuat tiga jenis kek iaitu kek lobak, kek coklat moist dan kek koko.

 

Categories
SELANGOR

DUN Permatang anjur KASURA’19, rapat jurang komuniti

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

TANJONG KARANG, 11 APR: Dalam usaha merapatkan jurang komuniti di bawah satu bumbung, Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang bakal mengadakan Karnival Sukan Rakyat (KASURA’19), di Kampung Parit Serong, di sini, pada 19 hingga 21 April ini.

Program dengan kerjasama Majlis Perwakilan Ketua Kampung (MPKK) DUN Permatang, Penggerak Belia Tempatan (PeBT) dan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) itu dikelola sepenuhnya Persatuan Anak Muda Bersatu Tanjong Karang.

Ahli Dewan Negerinya, Rozana Zainal Abidin berkata, edisi ketujuh penganjuran itu antara lain bagi mempopularkan acara sukan rakyat supaya tidak dilupakan masyarakat, khususnya anak muda.

Katanya, selain menggabungkan golongan belia yang cenderung dengan kegiatan sukan, KASURA’19 adalah medan terbaik bagi menerapkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk setempat.

“Kita tidak mahu menyisihkan bakat anak muda dalam aktiviti sukan kerana di sini ruang dan peluang untuk mereka menunjukkan bakat, kemahiran dan kepakaran, selain menguji tahap kekuatan fizikal serta mental.

“Malah, program seumpama ini akan memastikan sukan rakyat dapat dihidupkan meskipun pada masa ini kita tinggal dalam suasana kehidupan serba moden.

“Saya optimis karnival ini juga mampu menjadi enjin penyatuan yang dapat memecah tembok pemisah antara masyarakat tempatan,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Pada masa sama, katanya, KASURA’19 dilihat berupaya mewujudkan daya saing dan semangat kesukanan dalam kalangan peserta terlibat.

“Sekurang-kurangnya kita mahu melihat hasil dan impak positif terhadap penganjuran itu, terutama dalam meningkatkan mutu sukan melalui bakat serta kemahiran dimiliki peserta,” katanya.

KASURA’19 yang mengetengahkan tema ‘Merakyatkan Sukan Untuk Kesihatan Dan Perpaduan’ terbuka kepada semua penduduk menetap, bekerja atau belajar di kawasan DUN Permatang.

Sebanyak 10 acara bakal dipertandingkan antaranya bola sepak, bola tampar dan bola jaring termasuk permainan sukan dalaman (indoor games) seperti futsal serta badminton, selain beberapa sukan tradisional.

Turut diadakan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan aktiviti kepada wanita melalui pusat wanita berdaya (PWB).

Difahamkan, setakat ini seramai 15 kontinjen sudah mengesahkan tempat bagi merebut trofi kejuaraan.

Categories
SELANGOR

Jom zumba, utama kesihatan wanita

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 6 NOV: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang mengajak golongan wanita, di kawasan itu menyertai kelas zumba secara percuma, di Dewan Kampung Raja Musa, pada setiap Ahad.

Ahli Dewan Negerinya, Rozana Zainal Abidin berkata, program kendalian Pusat Wanita Berdaya DUN Permatang dan YesFit itu bertujuan menghilangkan tekanan dan menggalakan penjagaan kesihatan wanita.

“Kelas ini diadakan untuk mensejahterakan kesihatan penduduk setempat terutama masyarakat di kawasan kampung.

“Selain melakukan senaman, kita juga dapat mengeratkan silaturahim sesama wanita dan pada masa sama, bertukar fikiran berkenaan aktiviti yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang,” katanya kepada SelangorKini.

Katanya, kelas zumba selama itu diadakan dari jam 8 pagi hingga 9 pagi.

“Saya menyeru semua wanita terutama di DUN Permatang untuk bersama hadir menyertai kelas zumba ini, pada setiap minggu dan bersama memeriahkannya,” katanya.

Terdahulu, Rozana bersama 55 wanita di DUN Permatang menyertai kelas zumba yang pertama kali dianjurkan di DUN itu.

Categories
SELANGOR

Fiestar #Smart Selangor 4 Disember tampil pelbagai acara

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 24 NOV: Pusat Khidmat DUN Permatang bakal menganjurkan
Fiestar #SmartSelangor pada 4 hingga 6 Disember ini dengan pelbagai program pengisian bertempat di Perkarangan Apps Hotel, Pasir Penambang.

Program itu dijayakan dengan kerjasama Persatuan Pengguna Murni Selangor, JKKK DUN Permatang, Majlis Daerah Kuala Selangor, Hijrah Selangor, Unisel, Kolej Inspen dan Penisular Park.

12241205_978977298816628_241958528100225640_n (1)Antara aktiviti dijalankan ialah pertandingan mencanting batik, pertandingan pakaian tradisional, pertandingan congkak, persembahan masakan oleh chef selebriti, demonstrasi kecantikan dan aksesori wanita, pertandingan memasak duo masakan tradisional dan pertandingan aksi teh tarik

Bagi acara sukan remaja disediakan pertandingan street soccer, istana takeshi, larian Permatang ‘run for fun’ bersama ikon anak muda artis Johan As’ri dan motor show.

Selain itu, orang ramai berpeluang menyertai Seminar Kepenggunaan dan Keusahawan mengenai Hak Pengguna, Peluang Keusahawanan Dana Pembiayaan Mikro Selangor, Usahawan Perangsang dan Usahawan PKNS.

12226963_979783558736002_5980002166124872641_nLebih menarik turut disediakan gerai jualan produk dari Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan pameran dari beberapa agensi Kerajaan Selangor bagi memberikan maklumat terkini antaranya Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Hadiah Masuk IPT dan Hadiah Perkhawinan Belia

Beberapa agensi lain juga bakal terlibat antaranya Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Pejabat Tanah Daerah Kuala Selangor (PTDKS), Zakat Selangor, Polis, Bomba dan Keselamatan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta beberapa lagi agensi.

Program itu mensasarkan penduduk di Daerah Kuala Selangor, anak muda serta golongan wanita untuk bersama dalam slot persembahan masakan.

Turut hadir bakal memeriahkan Fiestar ialah Exco Pembanguna Usahawan, Generasi Muda, Sukan Selangor, Amirudin Shari dan Exco Pembangunan Pelancongan, Kepenggunaan, Alam Sekitar, Elizabeth Wong.

EZY

JURNAL BERITA – Daim: Kerajaan BN pimpinan Najib Razak tidak cekap

<center><iframe width=”560″ height=”315″ src=”//www.youtube.com/embed/BrgnaMN7Swg” frameborder=”0″ allowfullscreen></iframe></center>

 

 

1. Daim: Kerajaan BN pimpinan Najib Razak tidak cekap

2. Human Right Watch kritik kepimpinan Najib

3. Pakatan Rakyat ulangi kesedian bincang dengan BN isu kepentingan rakyat

4 Nik Nazmi kemuka rayuan APA langgar Perlembagaan

5 MB dedah dokumen isu ahli Perbadanan PKNS

6. Skim Mesra Usia Emas perkenal insentif tambahan rai hari lahir ahli

7. Program Community Chef DUN Permatang galak masyarakat sedia menu berkhasiat

8. Elak lori treler hempap rumah berulang, 9 keluarga diberi penempatan baru

9. MBPJ naik taraf kemudahan Pusat Komersil SS2 PJ, penuhi kehendak masyarakat

10.SPAD digesa turun padang pantau kenaikan tambang bas sekolah

11.PR anjur konvensyen pasca PRU-13 pada 8 Mac ini

12.Pertandingan wau tarik minat golongan muda dekati warisan

Categories
SELANGOR

Program Community Chef DUN Permatang galak masyarakat sedia menu berkhasiat

Oleh : LIZAWATI MADFA

KUALA SELANGOR, 22 JAN: Dalam usaha mendedahkan masyarakat kepada cara penyediaan menu makanan yang sihat serta berkhasiat, pejabat Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang menganjurkan program Community Chef.

Penyelaras DUN Permatang, Yahya Sahri, berkata program terbabit terbuka kepada semua anggota masyarakat setempat sama ada golongan wanita, remaja atau lelaki yang bergelar bapa.

Katanya, peserta program juga berpeluang untuk mempelajari teknik penyediaan makanan yang betul daripada tenaga pengajar di kalangan chef profesional dan berpengalaman luas.

1yahya-1024x460“Peserta program juga boleh mempelajari cara bagaimana untuk memasak pelbagai jenis makanan berasaskan kaum seperti masakan Melayu, Jawa, Siam, Cina, Arab dan Jepun.

“Selain berpeluang mempelajari cara penyediaan menu makanan berkhasiat, peserta juga akan didedahkan kepada penyelenggaraan dan penyediaan tempat memasak yang bersih, kemas dan teratur,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Yahya berkata, tidak ada bayaran yuran dikenakan kepada sesiapa yang berminat kerana segala kos ditanggung sepenuhnya oleh pusat khidmat DUN Permatang selain sumbangan daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

permatang“Program ini dianjurkan pada hujung minggu sahaja iaitu pada hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum. Masyarakat setempat diminta untuk tidak melepaskan peluang kerana kita hanya menerima maksima 30 orang sahaja bagi setiap sesi,” katanya.

Sebanyak 20 sesi program Community Chef dijadualkan sepanjang tahun 2014 dan dua siri pertama berjaya dilaksanakan sehingga kini.

Pusat Komuniti Wanita Tanjung Karang, Taman Nilam dipilih sebagai tempat rasmi sesi program selain beberapa tempat lain seperti di balai raya dan dewan masyarakat kampung.

-NFN-